Set sayuran fertigasi di bawah program Laman Makanan di Felda Changkat Perah |
Ketika seluruh negara mula dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lepas, dan pada awalnya kelihatan seperti panic buying berlaku apabila orang ramai berpusu-pusu ke kedai runcit dan sebagainya untuk membeli segala macam keperluan bagi menghadapi PKP ketika itu. Sementara bekalan sayuran pula turut dibimbangi akan ketidakcukupannya memandangkan keadaan yang masih baru dihadapi Malaysia. Namun, setelah jaminan diberikan pihak kerajaan, bahawa jaminan makanan kepada rakyat mencukupi barulah masyarakat seolah lega. Meskipun begitu, kesedaran bahawa akan kepentingan kepada makanan terutamanya barang-barang dapur seperti sayuran ini penting, maka Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jelai, Pahang terpanggil untuk menggerakkan satu program berorientasikan kepada komuniti yang memerlukan penglibatan komuniti setempat terlibat secara aktif untuk menghasilkan bahan makanan untuk sara diri melalui konsep "tanam apa yang dimakan, makan apa yang ditanam" .
Menyedari bahawa kepentingan kecukupan makanan ini kepada masyarakat, PPK Jelai tampil ketika itu untuk menggerakkan satu program yang dinamakan Program Laman Makanan. Program Laman Makanan ini digerakkan adalah untuk mencapai tujuan-tujuan berikut;
(i) Membantu mengurangkan belanja dapur yang dihadapi isi rumah khususnya komuniti peladang,
(ii) Mengaktifkan unit peladang menerusi program yang diadakan
(iii) Menggalakkan penglibatan golongan wanita (peladangnita) untuk sama-sama menyumbang kepada pengeluaran makanan untuk keluarga
(iv) Menyampaikan perkhidmatan PPK kepada masyarakat dengan pemindahan teknologi dan juga ilmu kepakaran di dalam pertanian
(v) Menterjemahkan konsep 'kehadiran PP dirasai dalam masyarakat' direalisasikan
Sebelum saya menghurai lanjut mengenai program ini, ada baiknya saya terangkan dulu mengenai Program Laman Makanan ini. Program Laman Makanan ini adalah tanaman sayuran fertigasi yang diusahakan oleh komuniti di kawasan rumah masing-masing dan akan dibimbing oleh PPK Jelai berkaitan input pertanian, ilmu dan juga pemindahan teknologi manakala hasil yang dikeluarkan adalah milik peserta itu sendiri.
Sasaran Program
Di awal hendak memulakan program ini, PPK meletakkan beberapa sasaran untuk dicapai sebagai penanda aras sama ada program ini berpotensi untuk diteruskan atau perlu dihentikan. Antara sasaran yang ditetapkan adalah seperti berikut;
(a) Sekurang-kurangnya terdapat 2 lokaliti perintis diwujudkan
(b) Penglibatan 20 orang peserta yang menyertai program Laman Makanan PPK Jelai
(c) 300 polibeg pelbagai sayuran yang dipasang oleh PPK di kawasan perumahan masyarakat setempat
(d) Membantu mengurangkan / Jimat belanja dapur warga peladang atau peserta
(e) Mewujudkan komuniti peladang menerusi program Laman Makanan
Bagi mencapai sasaran-sasaran yang ditetapkan, beberapa gerak kerja perlu dilakukan. Sehubungan itu, pasukan Laman Makanan (LM) PPK Jelai telah dibentuk yang diketuai oleh Pengurus Bahagian Perniagaantani untuk menggerakkan hebahan, iklan, promosi dan menggumpulkan para peladang untuk disampaikan taklimat berkaitan program ini. Alhamdulillah, berkat usaha keras yang dilakukan, Unit Peladang pertama yang diketuai oleh Ketua Unit Peladang Kg. Keledek telah memulakan usaha perintis ini dengan menjemput PPK untuk menyampaikan taklimat program kepada penduduk kampung yang rata-ratanya adalah ahli peladang. Taklimat disampaikan oleh Pengurus Besar PPK kepada hadirin yang hadir beserta demonstrasi set fertigasi. Semasa sesi taklimat berkenaan, PPK juga telah mendapat tempahan daripada mereka yang berminat. Sebagai makluman juga, set fertigasi di bawah program Laman Makanan, peserta yang berminat hanya perlu membayar RM180/set sahaja dan akan dibekalkan set fertigasi sayuran yang siap disemai dan bertanam sebanyak 20 polibeg lengkap dengan sistem pengairan yang disetkan secara automatik. Selain itu juga, mana-mana peserta yang mendaftar dan menyertai program ini akan menerima bimbingan percuma dan tips panduan penjagaan tanaman masing-masing menerusi bersemuka dan juga bimbingan secara aplikasi WhatsApp Group yang diwujudkan khusus kepada peserta-peserta mengikut lokaliti masing-masing.
Taklimat kepada sebahagian penduduk kampung di Lubuk Kulit mengenai Program Laman Makanan PPK Jelai |
Selain itu juga, para pegawai dari PPK Jelai akan juga turut mengadakan pemantauan berkala ke atas tanaman peserta di bawah program Laman Makanan untuk khidmat nasihat dan bimbingan. Seterusnya, apabila program ini mula diketahui, maka PPK telah menerima banyak tempahan daripada masyarakat yang berminat. Rata-rata yang tertarik adalah kerana program seumpama ini dapat membantu menjimatkan belanja dapur isi rumah. Dalam konteks ini, peranan suri rumah yang rata-ratanya ahli peladang dapat membantu suami masing-masing untuk menjimatkan belanja harian untuk keperluan dapur mereka. Sebagai contoh, sekiranya perbelanjaan dapur harian untuk memasak adalah bernilai RM30.00/hari untuk membeli ikan, sayuran dan barang basah lain. Tetapi jika mereka menyertai program Laman Makanan PPK Jelai ini, sekurang-kurangnya belanja untuk beli sayuran (anggaran RM7.00/hari) dapat dijimatkan kerana sayuran tidak lagi perlu dibeli mereka kerana telah tersedia di laman rumah mereka sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung setiap isi rumah dapat jimatkan belanja dapur mereka sekurang-kurangnya RM 210.00/bulan sekaligus membantu meringankan beban kos yang terpaksa ditanggung suami mereka dalam tempoh sebulan. Inilah peranan suri rumah secara tidak langsung malah membantu untuk menguruskan ekonomi rumah tangga masing-masing dengan lebih cekap. Disamping itu juga, sekiranya sayuran di bawah program Laman Makanan mereka begitu baik, mereka boleh menjualnya dan menjadi sumber pendapatan tambahan kepada keluarga.
Inilah konsep dan hasrat PPK cuba terapkan dalam kalangan masyarakat. Sasaran utama PPK adalah kepada penglibatan peladangnita yang rata-ratanya adalah tidak bekerja dan suri rumah. Program yang digagaskan ini telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat. Apa yang menariknya, adalah mereka diberi kebebasan untuk memilih jenis tanaman sayuran yang mereka kehendaki. Ada diantara mereka mahukan satu jenis sahaja tetapi tidak kurang juga mereka yang inginkan tanaman bercampur. Saya turut turun ke rumah-rumah peserta bagi tujuan pemasangan set fertigasi sayuran ini dan juga pemantauan, mendapati peserta sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada PPK atas inisiatif dan juga kesedaran yang diberikan. Bukan itu sahaja, PPK turut mendapat tempahan daripada TABIKA KEMAS untuk dipasang set fertigasi ini dan ini tentunya usaha terpuji memandangkan guru-guru KEMAS telah memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak di awal usia mengenai pertanian.
Sambutan penduduk kepada taklimat Program Laman Makanan PPK Jelai yang telah diadakan |
Antara hadirin yang mendaftar di bawah program Laman Makanan |
antara coretan WhatsApp Group Laman Makanan |
Pemantauan oleh Pegawai daripada PPK sendiri |
Anak benih aparagus yang siap dipindahkan ke dalam polibeg sebelum dibawa ke laman rumah peserta |
Tanaman terung |
Kacang bendi yang dipasang di rumah peserta |
Antara tanaman yang dimuatkan di atas hilux PPK untuk pemasangan di rumah-rumah peserta |
- Seramai 24 orang peserta yang menyertai atau 120%
- Sebanyak 5 lokaliti atau 250% diwujudkan
- Sebanyak 492 polibeg telah berjaya dipasang atau disediakan
- Terdapat 13 kluster tanaman sayuran disediakan berbanding hanya 4 kluster
- Nilai program sebanyak RM 4,480 berbanding sasaran hanya RM 3,600 sahaja
Kobis yang dikongsikan oleh salah seorang peserta Laman Makanan PPK Jelai |
Bagus juga program begini . Semua sayur2 nampak segar2
ReplyDeletebetul,,ianya melibatkan komuniti setempat khususnya kaum wanita
Delete