Friday 30 July 2021

MUSIM DURIAN DATANG LAGI!

Durian Batu Kurau tidak lagi perlu diperkenalkan akan keenakannya dan sentiasa menjadi tumpuan kepada penggemar raja buah ini apabila tiap kali tibanya musim durian setiap tahun. Seperti tahun sebelumnya, durian mula mengeluarkan hasil seawal bulan Mei sehinggalah ke bulan Ogos secara berperingkat. 

Dusun durian

Aku nak kongsikan juga pengalaman dan aktiviti aku setiap kali tibanya musim durian. Alhamdulillah, walaupun tempoh PKP sejak tahun lalu hingga kini, aku masih berkesempatan untuk menjengah dusun kepunyaan ibu bapa aku yang terletak di Kg. Ayer Hitam, Jelai Batu Kurau, Perak. Jika diimbau semasa zaman persekolahan dulu, memang dusun ni selalu datang dengan arwah ayah aku. Sama ada ketika musim durian mahupun di luar musim. Kebiasaannya jika sewaktu musim durian tiba, kami akan melakukan mengutip hasil durian untuk dibawa pulang. Kadang-kadang datang dengan kereta (mak aku yang drive, sebab arwah ayah tidak ada lesen kereta dan memang tak pandai bawa kereta) bersama abang dan juga adik-beradik yang lain. Memandangkan dusun durian kami di atas bukit, dan di bawahnya merupakan kawasan air terjun dan kawasan perkelahan sememangnya menarik dan cantik. Tetapi kebanyakkannya, aku datang dengan arwah ayah berdua je dengan menaiki motorsikal. Kalau hari cuti, kami akan pergi awal pagi. Tetapi kalau dalam waktu persekolahan, kebiasaannya kami akan pergi sebelah petang.

Pelbagai aktiviti dilakukan. Paling tidak pun, menebas kawasan dusun supaya kelihatan bersih. Takla dipenuhi semak samun. Dusun kami taklah sebesar mana cuma kira-kira 2 ekar je. Bilangan pokok durian lebih kurang 30 pokok. Tetapi kini, rasanya dah tak sampai. sebab ada yang dah mati dan tumbang. Selain dari pokok durian, di dusun ini juga mempunyai tanaman lain seperti pokok jering, petai, tampoi, limau purut dan rambutan. Disamping itu juga, jangan korang tak tahu di dusun bukit ni juga terdapat banyak pokok cili burung yang tumbuh secara biologi yang dibawa oleh burung. Pedasnya memang membuatkan menitis air mata kepada mereka yang memang tak tahan pedas. Aku suka kutip cili burung ini untuk dibawa pulang sebab terasa akan kepedasannya. 

cili burung yang dipetik.(kecil tapi pedas)


Kebanyakkan orang-orang di sini akan mengutip cili ini dari dusun mereka dan jika banyak akan dijual di pasaran. Harganya mahal. Sekitar RM12.00/kg hingga RM 20.00/kg. Bergantung kepada harga dipasaran. Selain cili burung, tumbuhan lain seperti pucuk paku, pokok salang dan juga terung belanda boleh didapati dengan senang sekali di sini. Termasuklah pucuk dan herba lain. Bagi aku, kebiasaan yang dikutip adalah cili burung dan pucuk salang. Pucuk salang ni mak aku selalu masak sayur manis atau masak lemak. Perghh memang sedap. Dulu di dusun, kami ada dangau yang dibina kukuh. Aku secara peribadi pernah tidur di sana sekali gitulah. Memang tenang dan merasai suasana dekat dengan alam. Namun, sejak masing-masing telah meningkat dewasa, dan menyambung pelajaran di luar kemudiannya bekerja di merata, dusun ini tidak lagi dikunjungi sekerap dahulu. Ditambah pula, arwah ayah dah meninggal memang lagi lah kurang masa untuk ke dusun. Kebanyakkannya, apabila tiba musim durian mak akan pajak saja kepada jiran-jiran di dusun tu. Tapi, yelah mana nak dapat orang jujur. Tiap musim ditipu orang. Selepas musim, pemajak datang bayar RM 200 sahaja dengan beri pelbagai alasan. Kononnya, duit lain ditolak dengan upah menebas, buat jalan dan sebagainya. Mak tahu tu semua tipu. Aku dan adik beradik lain tahu itu semua helah mereka. Tapi, realitinya kami tak ada orang yang boleh usahakan dusun tu secara konsisten atas faktor tugas sekarang. Tetapi sejak tahu lepas, kami nekad untuk tidak lagi memajakkan kepada orang. Sebaliknya kami nekad untuk ambil sendiri hasil durian. Di sana juga kalau tidak ada tuan yang datang menjenguk dan menjaganya, pencuri banyak yang terdiri daripada penagih dadah. Walaupun kami tahu risiko buah akan dicuri, tapi sekurang-kurangnya kami dapat merasa durian dari dusun sendiri. Selebihnya kami sedekahkan kepada jiran tetangga. 

Seingat aku, sejak aku kecil lagi tiap kali tiba musim durian, arwah ayah dan mak tak pernah jual durian. Sebaliknya kami akan bawa pulang untuk makan dan diberikan kepada jiran tetangga, dan kawan-kawan. Sampailah ke hari ini. Tahun ini, musim durian tiba kami seperti tahun lepas tidak memajakkan kepada sesiapa. Aku kebetulannya ketika hari raya korban baru-baru ini mempunyai sedikit masa lapang bersama adik aku, kami ke dusun untuk memungut hasil durian. Alhamdulillah, dapat juga merasa durian sendiri dan selebihnya bersedekah seperti biasa. 

dah lama tak mendaki bukit, boleh tahan mengahnya weh,. kawasan dusun pun dah semak

Aktiviti mencari durian memang part paling thrill aku rasa..itulah hasil yang dijumpai 



Sebahagian hasil durian yang dibawa pulang.

Ketika musim durian, di kawasan kampung ayer hitam meriah sekali dengan aktiviti turun naik bukit orang ke dusun, peraih durian yang menunggu hasil orang kampung dengan aktiviti penggredan buah, jual beli hasil dan sebagainya. Aku sempat juga bertanya, berapa harga ketika ini dijual kepada peraih? Katanya buah gred A sekarang sekitar RM 3.00/kg, gred B RM 1.50 dan gred C pula adalah RM 0.50/kg. Harga dikatakan jatuh kerana faktor PKP. 

Aku bercita-cita untuk jaga dusun ini sebaiknya. Insya Allah, selagi hayat dikandung badan dan kudrat diizin tuhan. Dusun ini banyak meninggalkan kenangan sewaktu aku kecil dulu. Ketelah 4-5 hari kami naik turun dusun ini, memang sakit segala urat peha, kaki jangan cakaplah. Tapi berbaloi rasanya. Durian yang kami berjaya bawa pulang dalam 250 biji. Di bawah dusun kami ada air terjun yang sejuk sekali airnya dan sungguh jernih. Masih terpelihara khazanah alam yang cukup berharga ini. Airnya selamat untuk diminum. Aku sempat mandi manda di sini sambil berendam merehatkan minda dan mendapat ketenangan sebelum berangkat pulang.

Tengok air lata yang jernih ni. Sejuk dan bersih.

Ok, itu saja perkongsian kali ini. see you in the next entry ya! bye.




Monday 26 July 2021

HARTAL DOKTOR KONTRAK, APA KESUDAHANNYA?

Ketika isu berkaitan penempatan serta masa depan doktor yang tamat pengajian sejak 2016 hingga kini dikatakan tidak lagi ditawarkan tempat di sektor kerajaan untuk dilantik berkhidmat secara tetap. Sebaliknya, mereka ditawarkan dengan jawatan kontrak di seluruh negara secara bertempoh. Malah difahamkan ada juga graduan perubatan masih menunggu-nunggu panggilan untuk berkhidmat. Ditambah pula dengan pusat-pusat pengajian mereka ada pula yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Malaysia Medical Association (MMA) sehinggakan graduan perubatan yang tamat pengajian dalam bidang mereka tetapi tidak mendapat kelulusan daripada badan berkenaan untuk praktis. Maka kekallah mereka sebagai penganggur. Untuk meminta jawatan lain di bidang lain tentu sekali tidak boleh kerana bidang mereka adalah secara pengkhususan. Ini menambahkan lagi derita dan menjanjikan masa depan yang gelap di tanah air. Atas alasan itu, didapati sebahagiannya ada yang membuat keputusan untuk berhijrah dan bekerja di luar negara yang mana mereka ditawarkan berkhidmat di sana.

Hari ini malah sebulan sebelum ini dikatakan ketidakpuasan hati mereka yang dikategorikan sebagai Doktor Kontrak ini akan masa depan mereka. Lalu, terdapat gerakan yang mendesak kerajaan untuk menyerap mereka ke jawatan tetap dalam sektor kerajaan. Jika permintaan mereka tidak dilayan, maka kumpulan berkenaan dikatakan akan mengadakan mogok dengan slogan #hartaldoktorkontrak pada 26 Julai 2021 bagi menunjukkan protes mereka terhadap layanan kerajaan ke atas permintaan mereka. Berdasarkan jumlah keseluruhan doktor kontrak yang sedang berkhidmat kini menurut akhbar-akhbar tempatan adalah sekitar 23,000 orang. Tentu sekali, jika kita atau ahli keluarga kita merupakan graduan perubatan sudah tentulah kita selaku ahli keluarga begitu gembira kerana yakin bahawa suatu hari nanti abang atau kakak atau adik kita akan jadi seorang doktor. Tambahan pula, sesiapa yang mengambil bidang perubatan sebelum ini sudah tentu mempunyai jaminan kerja dan masa depan yang cerah. Tetapi malangnya, sejak beberapa tahun kebelakangan itu kita dapati mereka yang mengambil bidang perubatan di negara ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak menentu dan bukan lagi sebagai salah satu bidang yang mempunyai masa depan dan jaminan. Sebaliknya, graduan bidang ini juga harus merisikokan diri sepertimana bidang-bidang lain yang tiada jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian. 

Perkara ini tentunya mengingatkan aku semasa kecil dulu, arwah ayah aku ceritakan kepada kami bahawa semasa dia kecil dulu ada seorang lelaki india yang datangnya dari negara india masuk ke kampungnya untuk menjual barang-barang seperti periuk dan sebagainya. Semasa sampai itu, berlakulah persembangan kecil antara lelaki india tadi dengan bapa ayah aku. Ringkasnya, lelaki india ini menyatakan dia merupakan lulusan undang-undang dari universiti di India, tetapi tidak menjadi peguam kerana di negaranya tidak semestinya seseorang graduan undang-undang akan menjadi penguam lantikan kerajaan. Sebaliknya perlu mencari kerja sendiri. Demikian juga, di sana bagi mana-mana graduan perubatan juga tidak semestinya akan berkhidmat di sektor awam sebagai doktor. Katanya lagi, suatu hari nanti Malaysia akan jadi seperti negara India, di mana graduan bidang perubatan dan juga undang-undang juga tiada lagi jaminan pekerjaan. 

Hari ini, ungkapan puluhan tahun itu kembali terngiang di telinga aku apabila melihat senario graduan perubatan di sini berdepan masalah lambakan sehingga menyukarkan peluang penempatan dilakukan. 

Hari ini, jika ditinjau di media sosial didapati beberapa hospital dalam negara para doktor kontak telah memulakan hartal dan ada di antaranya telah hats-off dan meninggalkan hospital dengan berpakaian hitam. Apa kesudahannya? Aku sendiri tidak pasti sejauh mana tindakan berani ini akan mengubah keputusan kepada keputusan kerajaan sebelum ini iaitu dengan bersetuju untuk menyambung kontrak mereka selama 4 tahun lagi dan tawaran melanjutkan pengajian sama seperti doktor lantikan tetap. 

Tetapi yang pastinya, sekiranya beberapa orang dikalangan doktor kontrak yang menyertai hartal ini akan ada pro dan kontranya. Jika negatif, tindakan mungkin diambil terhadap mereka yang terlibat dalam mogok ini. Tetapi jika dengan perjuangan mereka ini akhirnya akan mencapai keputusan yang baik termasuk diserap, maka yang akan nikmatinya adalah rakan-rakan mereka yang tidak menyertainya dan kekal dalam perkhidmatan. Bukannya buat mereka yang protes dan meletak jawatan serta merta. Aku doakan semoga perkara ini dapat ditangani sebaik mungkin, insya Allah.

Wallahu'alam.

Tuesday 20 July 2021

HARI RAYA AIDILADHA : MENGHAYATI PENGORBANAN SEBENAR

 


Hari ini merupakan hari yang disambut oleh semua umat islam khususnya di Malaysia iaitu hari raya aidiladha. Hari raya aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban disambut setiap tahun oleh umat islam. Hari raya koban juga mempunyai kisah tersendiri yang tercatat di dalam al-quran yang mengisahkan pengorbanan Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Allah Ismail as. Peristiwa yang membuktikan keteguhan iman keduanya terhadap perintah Allah swt walau terpaksa mengorbankan anak yang dikasihi demi menegakkan agama sangat menyentuh perasaan. 

Erti sebuah pengorbanan sangat besar dan luas. Dalam konteks kita hari yang terpaksa berdepan dengan pandemik covid-19 memerlukan pengorbanan jiwa dan menahan nafsu serta kesabaran yang tinggi untuk memastikan kita mesti menang dalam perperangan melawan covid-19. Sudah pelbagai usaha dan tindakan telah diambil dan dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan pandemik ini dapat diatasi sebaiknya. Pengorbanan barisan hadapan kita juga sangat dihargai. Lebih penting dan banyak berkorban adalah RAKYAT MALAYSIA yang sentiasa patuh kepada segala macam SOP yang diperkenalkan dan arahan-arahan pihak berkuasa seharusnya disanjung dan sangat dihargai. Bukan sedikit pengorbanan rakyat yang patuh kepada semua ini adalah demi kepentingan awam dan bukannya mementingkan peribadi adalah satu sikap terpuji. Bayangkan sudah lebih 1 tahun tidak dapat beraya di kampung halaman masing-masing masih tetap akur dan sabar. Hari ini juga tidak dibenarkan mana-mana orang untuk merentas negeri dan daerah untuk berhari raya. 

Ini merupakan pengorbanan yang perlu dilakukan. Dalam tempoh-tempoh getir ini, ada dikalangan kita yang telah kehilangan keluarga tersayang mungkin, rakan taulan, sahabat handai dan sebagainya akibat wabak yang menyerang dunia keseluruhannya. Sehinggakan, ziarah kematian juga tidak dibenarkan untuk memberi penghormatan terakhir. Tetapi apakan daya, hanya doa dapat dikirim sebagai tanda mengingati dan merindui mereka yang telah pergi.

Marilah kita bersama bersatu hati untuk sama-sama memainkan peranan masing-masing dalam memastikan pandemik covid-19 ini berjaya ditangani dengan sebaik mungkin. Insya Allah. Kepada semua, aku ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha walau di mana anda berada. Ayuh kita menghayati pengorbanan kali ini dalam erti kata yang sebenar.

Friday 16 July 2021

PENGGUNAAN BAHASA KESAT DI MEDIA SOSIAL DAN KESAN KEPADA GENERASI AKAN DATANG?

Jika dilihat di dalam social media (socmed) hari ini, timbul kebimbangan terhadap gaya bahasa dan budaya masyarakat di alam maya. Bagaimana bahasa dan kata-kata digunakan ketika membicarakan sesuatu isu menggusarkan. Kata-kata nista dan maki hamun dihambur secara terang-terangan tanpa berselindung. Misalnya, jika terdapat sesuatu perkara yang dirasakan kutukan dan cercaan di socmed, maka anda boleh baca komen-komen di Facebook atau melihat ciapan di Twitter mengenai netizen yang memberi ulasan mengenainya. 

Persoalannya, apakah sudah menjadi suatu kebiasaan atau budaya masyarakat kini untuk menghambur kata-kata kesat dan tidak sepatutnya diungkapkan tetapi telah diungkapkan di dalam socmed secara meluas. Perkataan-perkataan seperti 'pu** mak', 'but*oh', 'babi','celaka','sial','haramjad*h' dan pelbagai lagi kata-kata yang tidak sepatutnya tetapi kelihatannya berleluasa. Kecenderungan netizen di media sosial kini juga seolah-olah tidak boleh ditegur. Jika ada yang menegur tentang penggunaan bahasa kesat dan tidak sopan mereka, maka mereka akan ubah perkataan dengan niat menyindir. Contoh, perkataan pu** mak akan digantikan dengan 'baiklah, supaya lebih sopan biar saya gunakan 'faraj umi' untuk nampak lebih timur.' Hal ini bukan sesuatu yang lawak untuk dijadikan bahan jenaka. Ini suatu penyakit kronik masyarakat di alam maya masa kini yang kelihatannya semakin kronik.

Secara peribadi aku terfikir tentang budaya ini. Budaya yang memperlihatkan seolah-olah orang-orang yang masuk ke socmed ini telah bertukar sifat dan wajah untuk menjadi lebih ganas dan tidak berperikemanusiaan. Apakah budaya dan penggunaan bahasa negatif seumpama ini tidak memberi kesan kepada generasi akan datang? Apakah mereka-mereka yang bersikap dan tingkahlakunya seumpama ini tidak akan tua? Cuba bayangkan untuk 20-30 tahun akan datang, mereka yang kini berumur sekitar belasan tahun atau awal 20an akan memasuki fasa orang dewasa dan tua. Adakah ini gaya bahasa yang akan digunakan kepada anak-anak mereka, jiran tetangga, masyarakat apabila mereka berkomunikasi? Dan apakah ini budaya yang harus diwariskan kepada generasi anak cucu kita nanti?

Kita tanya diri kita hari ini. Apakah yang membentuk kita hari ini? Sudah tentu kita tidak dapat menafikan terhadap pengaruh persekitaran dan pergaulan turut menyumbang kepada pelakuan dan tingkahlaku kita hari ini selain didikan keluarga bukan? Sewaktu kita kecil, kita dapati bahawa orang-orang tua peringkat bapa kita dan datuk kita adalah terdiri daripada orang-orang yang dihormati bukan sahaja kerana usia mereka tetapi juga kerana tingkahlaku, sikap, bahasa lembut digunakan selain tindak tanduk mereka yang menjadi ikutan. Kita diasuh sejak kecil tentang menghormati orang yang lebih tua dari kita. Jika masuk ke rumah orang hendaklah memberi salam serta mencium atau menundukkan kepada sedikit merendah kepada mereka yang lebih tua bukan? Itulah didikan dan asuhan serta contoh teladan yang ditinggalkan kepada kita dan diajarkan kepada kita dalam masyarakat. Kita belajar semua ini hasil daripada didikan serta pengalaman melihat bagaimana ibu bapa kita melakukannya kepada atuk kita? contoh, mereka akan bersalaman dan mencium tangan sebelum beredar. Maka, kita pun sedikit sebanyak juga terpengaruh budaya itu dan akhirnya menjadi adab kita sebagai orang timur!

Berbalik kepada dunia hari ini yang segalanya di dalam socmed, jika mereka kini muda dan membudayakan carutan dan maki hamun setiap hari, anda boleh bayangkan bagaimana generasi akan datang. Hal ini kerana mereka-mereka ini akan tua dan penggunaan bahasa kesat ini akan digunakan kerana seolah sudah sebati dalam diri mereka sejak muda (jika tidak berubah). Sudah tentu ayat-ayat atau gaya bahasa diturutkan kepada anak-anak mereka atau jiran tetangga sudah terbiasa. Maka generasi kecil dan muda akan merasakan 'oh, ini caranya melayan atau bercakap dengan orang lain'. Sama sepertimana kita melihat ibubapa kita bersalaman dan mencium tangan ayah mereka sebelum beredar.

Apabila majoriti masyarakat menjadikannya amalan, maka sudah tentu ianya akan diterima oleh keseluruhannya. Bayangkan, seorang anak muda suatu masa nanti akan bercakap 'aku kau' sahaja dengan ibu bapa mereka tanpa rasa hormat. Atau juga pelakuan menerajang seorang tua apabila berlaku perselisihan faham dan pertengkaran. Tidak ada lagi belas ihsan dalam jiwa masyarakat merupakan suatu penyakit hati dan juga barah dalam masyarakat. Ingat, anak-anak kita suatu hari nanti juga akan terdedah dengan socmed, dan mereka akan secara langsung akan melihat gaya bahasa dan tingkahlaku manusia di dalamnya yang sungguh dahsyat. Jika negatif yang dihidangkan, maka kita sedang mempersiapkan generasi akan datang negara ini ke arah kehancuran!

Budaya dan adab ketimuran akan mula luntur dan akhirnya hancur dengan diselubungi oleh budaya dan cara yang merosakkan seumpama ini. Persoalannya, adakah kita ditegah untuk mengekspresi perasaan kecewa dan marah kita di media sosial? bukan begitu. Ya, kamu berhak marah atau meluah rasa kamu di media sosial, tetapi berpada-pada lah dalam melayan emosi itu. Jika berlebihan ianya boleh menjadi racun yang merosakkan. Kadang-kadang kita dapati seseorang itu sangat berbeza sekali apabila masuk ke alam maya berbanding berada di alam realiti. Mereka akan  bertukar serta merta menjadi ganas di alam maya. Kononnya sebagai salah satu cara meluah rasa. 

Bukankah dikatakan sarjana, mata pena lebih tajam dari mata pedang. Hari ini apabila kita menulis di media sosial tanpa ada sekelumit rasa bersalah, mungkin suatu hari nanti kesannya lebih buruk. Justeru, berhati-hati menggunakan media sosial supaya ianya tidak menggelincirkan kita atau memudaratkan kita. Sepatutnya kita gunakan platform ini sebagai sesuatu yang memberi manfaat dan kebaikan kepada seramai mungkin dalam masyarakat kita berbanding membentuk budaya buli siber atau pemikiran dan didikan negatif yang bakal dilihat dan dicontohi generasi mendatang. Jika kita, terlibat dengan pelakuan tidak betul sama ada dari segi gaya bahasa digunakan di socmed atau video-video memaki orang sana sini, eloklah dihentikan dan cuba beralih serta mencari content yang lebih baik. Jangan terlalu ghairah untuk cari publisiti atau meraih viewers atau likes atau kejar rating tiap kali buat posting sanggup masukkan content-content sampah. Ubah ke arah kebaikan. Lakukan perubahan sekarang, untuk kesan panjang. Asuh dan didik generasi akan datang dengan adab dan mengekalkan budaya ketimuran.

wallahu'alam.

Thursday 15 July 2021

Those were the days : tribute to my old friend and our memories

 


Lagu ini merupakan salah satu lagu lama yang didendangkan oleh Mary Hopkin sekitar tahun 1968. Melodinya mengasyikkan dan mengimbau kenangan. Walaupun saya dilahirkan kemudian daripada lagu ini didendangkan, namun liriknya mengesankan dan mengingatkan saya tentang seorang kawan. Kenangan ketika waktu persekolahan dan zaman remaja yang mengujakan. Kini semuanya telah tinggal kenangan yang kekal dalam ingatan.

Selain itu juga, ianya turut membuatkan saya teringat akan perjalanan yang ditempuhi sepanjang kehidupan ini. Terima kasih kepada semua yang pernah datang dalam hidup saya sejak kecil hinggalah ke hari ini. 


Tuesday 13 July 2021

UMNO : KEMBALIKAN SEMULA ASAS PENGHAYATAN SEBAGAI PARTI KHIDMAT

Sejarah penubuhan parti keramat United Malays Nation Organization (UMNO) pada tahun 1946 merupakan titik tolaknya yang menyaksikan sebuah parti siasah orang-orang melayu di tanah air ini sehinggalah ke hari ini. Salah sebuah parti yang kewujudannya sebelum merdeka masih wujud hingga kini. Parti yang sudah berjasa sekian lama bukan sahaja kepada orang-orang melayu bahkan kepada rakyat keseluruhannya dan negara yang dicintai ini amnya. Malah UMNO juga telah menerajui pemerintahan di negara ini lebih 60 tahun. Perdana Menteri sebelum PRU14 kesemuanya datang daripada parti UMNO. 

Ternyata track record UMNO dan BN telah terbukti dalam usaha memacu negara ini untuk mencapai kejayaan demi kejayaan sepanjang tempoh pemerintahannya. Namun, apakah puncanya menyebabkan parti yang berjasa ini mula ditolak dan akhirnya rebah dalam PRU yang lalu? Sudah tentu ramai dikalangan pembaca di luar sana tahu puncanya. Salah satu puncanya adalah rakyat sudah semakin bosan dengan pemimpin yang hanya mengutamakan kedudukan, pangkat, harta dan juga keluarga melebihi keutamaan kepada membela rakyat. Itu sebabnya UMNO dan BN ditolak dalam pru yang lalu. Jika kita dalami dan perhalusi lagi, penolakkan dan kebencian masyarakat terhadap UMNO adalah kerana asas perjuangan parti yang telah ditinggalkan. Apa dianya asas perjuangan parti ketika mula ditubuhkan?

Asas perjuangan UMNO adalah membela rakyat. Bagaimana yang dikatakan membela rakyat? Membela rakyat adalah dengan menjadikan parti UMNO ini sebagai alat untuk pemimpin berkhidmat kepada rakyat dalam negara ini. Berkhidmat kepada rakyat bukan sahaja memberi sekampit dua beras ketika tiba musim pilihanraya sahaja, bahkan memperjuangkan untung nasib rakyat dan negara ini. Saya yakin jika UMNO tidak lari daripada asas untuk menjadikan parti khidmat, UMNO masih kekal berkuasa hingga ke hari ini dan selamanya sebagaimana cogan kata UMNO iaitu DULU, KINI dan SELAMANYA.

Tetapi apabila zaman berubah, pemimpin-pemimpin UMNO sudah melihat bahawa parti keramat yang diasaskan untuk berkhidmat sebagai peluang mereka mencipta kekayaan, maka lama-kelamaan akan hancurlah parti ini. Saya dapati dahulunya, pemimpin-pemimpin UMNO mempunyai karisma dan aura tersendiri. Mungkin kerana mereka meletakkan asas kepada perkhidmatan kepada masyarakat melebihi daripada yang lain. Cuba bayangkan, 60 tahun mentadbir negara ini jika tidak diuruskan dengan baik mana mungkin negara ini pernah dihormati oleh pemimpin dunia suatu ketika dahulu. Mana mungkin beberapa kejayaan direkodkan diperingkat antarabangsa. Misalnya, Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah negara islam yang moderate, dihormati, diberi peranan besar oleh negara-negara dalam dunia islam mengetuai NAM, dan sebagainya termasuk penyelesaian konflik selatan filipina. Banyak negara luar sana mencemburui Malaysia di atas keharmonian rakyatnya, kemajuan negaranya dan juga kestabilan yang dicipta telah memungkinkan kemakmuran digarap bersama. Tetapi malangnya, negara yang harmoni ini telah runtuh dari paksinya apabila pemimpin yang tidak bertanggungjawab telah menjahanamkan nama baik parti menerusi skandal-skandal rasuah dan juga pembongkaran kekayaan yang luar biasa telah menyebabkan orang mula lari dan menjauhi parti ini.

Cubalah kita tengok semula sejarah, dahulunya pemimpin-pemimpin pelajar dan para cendekiawan memilih UMNO sebagai wadah perjuangan. Bukan parti-parti lain. Kerana apa? bukan kerana mereka inginkan mengejar kekayaan atau pangkat tetapi mereka ingin menyumbang khidmat bakti kepada nusa dan negara yang dicintai. Tidak ada perebutan yang dahsyat dalam parti yang mendorong kepada rasuah atau beli undi. Sebaliknya memilih kepada pemimpin yang dirasakan oleh ahli parti yang mampu melaksanakan dan memikul tanggungjawab. Hari ini, kita dapati bahawa ada sesetengahnya diangkat bukan kerana rekod cemerlang atau pemimpin yang berjasa, sebaliknya atas dasar membeli undi untuk naik ke hierarki kepimpinan parti supaya akhirnya akan menguntungkan pemimpin itu sendiri. 

Parti telah mula dikemudi dan dikuasai oleh mereka yang mengejar pangkat dan kedudukan serta kepentingan diri serta keluarga semata-mata. Makanya, mana-mana orang yang muda, mempunyai wawasan yang ingin turut menyumbang khidmat bakti serta kepandaian mereka telah diketepikan parti malah di cawangan-cawangan pula, akan tidak diterima untuk menjadi ahli parti kerana bimbang akan kedudukan mereka di cawangan atau bahagian jika menerima orang yang lebih berkelayakan daripada mereka. Sebab itu, orang lari dari parti ini. Disamping itu juga, dengan paparan di dada-dada akhbar serta media menyaksikan hampir kebanyakan pemimpinnya didapati terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, sombong, dan seolah terpisah daripada kehidupan rakyat jelata maka meningkatkan lagi kebencian masyarakat kepada parti UMNO. Masyarakat dan anak muda khususnya akan mula mencari wadah baharu. Mereka akan merasakan jika mereka menyertai UMNO adalah sesuatu yang memalukan kerana menyertai parti yang tidak lagi berpegang kepada integriti. Lihatlah, ahli-ahli parlimen yang dipilih secara sah di dalam pilihanraya telah melompat ke sana sini mencari pelindungan dan untuk menyelamatkan diri sahaja tetapi bertopengkan pula slogan 'Demi Rakyat'. Ini menyebabkan rakyat bertambah meluat dan sakit hati atas tindakan-tindakan seumpama ini seolah sanggup menggadaikan perjuangan untuk menyelamatkan diri. Banyaklah lagi contoh lain jika dilihat dalam landskap dan suasana politik kini. 

Adakah bermakna UMNO sudah ditolak habis-habisan dan tidak lagi mampu kembali ke tampuk kuasa dan lebih bermakna lagi kembali bertaut di hati rakyat? Jawapannya, belum. UMNO masih berpeluang untuk kembali diterima rakyat keseluruhannya. Tetapi hendaklah UMNO terlebih dahulu menunjukkan bahawa UMNO telah kembali kepada asas perjuangannya yang terdahulu iaitu parti yang menjuarai isu-isu rakyat dan berkhidmat untuk rakyat. Bukan sahaja UMNO dilihat sebagai parti yang berkhidmat tetapi UMNO mesti terlihat berkhidmat. UMNO mesti kelihatan bersih daripada rasuah dan gejalanya serta UMNO juga mesti lebih mesra orang muda dalam erti kata sebenar. Apabila UMNO mempunyai pemimpin-pemimpin yang berkaliber, berwawasan, bijak, dan bersih dari segala skandal dan rasuah, saya cukup yakin bahawa UMNO akan mula diterima rakyat tanpa paksa.

Saya menyentuh kepada mesra kepada anak muda. Bukan bermakna hanya ada program-program bersifat one-off sahaja tetapi parti UMNO perlu mula menonjolkan lebih banyak bakat-bakat muda yang dilahirkan untuk diketengahkan sama ada mereka adalah calon parti di dalam pilihanraya, atau diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Majlis dalam PBT, menganggotai dan menerajui GLCs dan peranan-peranan untuk menyediakan mereka sebagai pelapis pemimpin masa depan. Tetapi harus diingat, pelantikan-pelantikan itu bukanlah hanya untuk sekadar memenuhi kuota sahaja tetapi mestilah datang dengan merit dan kelayakkan. Bukan kerana mereka telah menjadi Ketua Pemuda UMNO mana-mana cawangan maka perlu diberi jawatan itu sudah salah. Maksud saya adalah memberi peluang kepada orang muda yang berkelayakan untuk ke sesuatu jawatan. Kalaupun dia seorang ahli biasa tanpa jawatan dalam aprti tetapi berkebolehan maka berilah peluang.

Mana-mana ahli parti yang didapati merasuah, terlibat dalam pelbagai salahlaku parti perlu ambil tindakan tegas termasuk memecat mereka. Apa guna ramai kalau hanya memusnahkan parti dan menjadi parasit dalam aprti sendiri? Lebih baik utamakan kualiti. Biar orang datang kepada parti kerana mereka yakin dengan ketulusan parti dan tertarik dengan perjuangan yang dibawa parti berbanding daripada parti 'membayar' mereka untuk masuk dan join program-program yang dianjurkan parti dengan harapan kononnya nak tunjuk bahawa program parti mendapat sambutan ramai. Itu satu pemikiran yang salah. Saya fikir, UMNO mungkin mengambil masa sedikit untuk meyakinkan orang ramai terhadap partinya telah kembali kepada asas perjuangan. Tetapi jika istiqamah, orang akan mula menilai dan akan kembali sokong. Kita lihat bagaimana parti DAP. Dahulunya parti ini seolah-olah parti yang dijauhi oleh orang-orang melayu di negara ini. Tetapi kita dapati hari ini, parti DAP telah muncul dengan figura-figura melayu muda yang mula mendekati parti ini. Kebanyakkan mereka berpendapat DAP merupakan parti yang berkhidmat untuk masyarakat. Parti yang mengetengahkan orang muda dan berprinsip. 

UMNO perlulah belajar untuk kekal berprinsip. Ingat, prinsip parti bukan prinsip individu. Jangan taat pada individu, tetapi taat kepada apa yang dilakukan yang betul. Asal saja prinsip parti tidak digadai maka sokongalah. Setiap pemimpin perlu berlapang dada. Perbezaan pendapat bukan bermakna sesuatu yang mendatangkan keburukan. Tetapi raikan sebagai kebaikan. 

Saya hanya suarakan apa yang difikirkan saya selaku non-partisan untuk UMNO kembali menghayati semula asas sebagai parti khidmat. Dikala pandemik COVID-19 melanda negara, kelihatannya UMNO seolah lesu dan tidak bermaya. Walaupun tidak dinafikan terdapat beberapa kawasan dan tempat UMNO aktif dalam menyalurkan bantuan, namun lebih banyak kawasan yang seolahnya UMNO tidak kelihatan. Jika tidak, masakan rakyat mula menggerakkan kempen 'Bendera Putih' untuk bantu rakyat. Dalam konteks ini, UMNO perlu dilihat dan dirasakan sangat penting kepada rakyat untuk bergantung harap. Jika rakyat sudah mula bergerak sendiri tanpa mengharapkan UMNO, saya fikir UMNO mungkin akan terus dilupakan dalam politik tanah air. Harus diingat, dalam persada politik tanah air bukan lagi seperti dulu. Cabaran semakin besar. Kewujudan parti-parti baharu semakin banyak muncul dan dalam masa sama memberi alternatif kepada rakyat untuk memilih selain UMNO. Misalnya PPBM dan PEJUANG. Jika di Sabah parti WARISAN SABAH. Apakah sekadar melontarkan nostalgia lama UMNO cukup untuk berdepan dengan parti-parti yang disebutkan di atas yang kebanyakannya datang daripada bekas-bekas pemimpin UMNO suatu ketika dahulu?

Justeru, UMNO perlukan muhasabah yang lebih mendalam kerana didapati sejak kekalahan UMNO dalam pru lalu dijangka UMNO akan insaf dan kembali kepada landasan perjuangan asal, namun insaf itu kelihatannya seketika cuma tetapi kini ramai di luar sana melihat UMNO sebagai kekal enggan berubah sikap sebaliknya kembali kepada perangai lamanya. Seperti yang saya katakan di atas tadi, UMNO mampu kembali diterima rakyat tetapi hendaklah ianya terlebih dahulu kembali menghayati asas perjuangan sebagai sebuah parti khidmat kepada masyarakat dan Bersih!

Wallahu'alam.


Monday 12 July 2021

TRIP TO HANOI

 Dikesempatan masa terluang ini, aku just nak kongsikan pengalaman ketika ke Hanoi, Vietnam. Cerita ni dah lama sebenarnya sekitar tahun 2017 tapi saja nak kongsikan juga kepada anda yang sudi singgah di blog aku ni mengenai trip ke hanoi. 

Kepada yang pernah ke Vietnam tentu tahu kan macam mana suasana kat sana. Ramai je orang Malaysia yang melancong ke Vietnam (sebelum pandemik covid-19 melanda). Tempat tumpuan popular orang Malaysia ke sana adalah di bandar Ho Chi Minh. Di sana bandar Ho Chi Minh memang terkenal malah peniaga di sana pun dah pandai cakap melayu 😆. Tapi aku bukan nak cerita pasal Ho Chi Minh, tapi aku nak cerita pasal trip ke hanoi iaitu ibu negara vietnam. 

Perjalanan ke sana aku pergi dengan rakan-rakan di pejabat sekitar tahun 2017 menaiki flight AirAsia dari KLIA  terus menuju ke Noi Bai International Airport, Hanoi Vietnam. Ianya memakan masa kira-kira 3 jam sejauh 2092km untuk sampai ke negara yang mempunyai kepadatan penduduk sekitar 95 juta orang itu. Trip kami hanya 3 hari 2 malam sahaja.

Noi Bai International Airport 


Sebaik mendarat, kami di bawa oleh tour guide terus menuju ke hotel penginapan. Untuk makluman, di Hanoi berbeza dengan Ho Chi Minh, kerana di sini untuk mendapatkan makanan halal agak susah berbanding Ho Chi Minh. Dikatakan dalam kota raya Hanoi hanya 100 orang sahaja muslim dan ada satu masjid di tengah bandar hanoi iaitu Masjid Al Noor. Hari pertama kami sampai, mengikut jadualnya kami akan ikuti satu persembahan (lebih kurang wayang kulit kalau di Malaysia) di Lotus Water Puppet. Salah satu persembahan kebudayaan di sana. Sangat menarik. Wayang kulit di Malaysia dimainkan dibelakang kain tabir tapi yang ni masih dibelakang tabir jugak tapi menggunakan air.

Di dalam panggung melihat mereka sedang membuat persembahan

Walaupun ianya dilakonkan di dalam bahasa vietnam, tapi kami tetap terhibur melihat budaya dan cara serta seni yang dipertontonkan kepada pelancong.

Bergambar kenangan dihadapan Lotus Water Puppet

Selepas sahaja tamat persembahan kebudayaan di Lotus Water Puppet, kami hanya bersiar-siar di kawasan sekitar yang juga berhampiran dengan tempat hotel kami menginap. Malamnya kami ke pasar malam sambil mencuci mata. Kami diberi taklimat kemudiannya, bahawa keesokkan paginya kami akan mula bertolak ke Halong Bay iaitu salah satu tapak warisan yang telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO. Sebelum aku terlupa, di sana matawang yang digunakan adalah vietnamese Dong. Duit Malaysia tak laku. Kalau di Ho Chi Minh memang mereka turut menerima mata wang Malaysia, tapi apabila anda di Hanoi, mereka hanya menggunakan matawang Dong. Namun, jika korang menggunakan mata wang USD akan diterima di sana. Selain dari itu, memang mereka akan tolak. Apa yang aku perasan di sana, dari segi makanan, dalam setiap hidangan pastinya ada menu kangkung (tak kira lah sama ada kangkung yang digoreng ataupun dimasak air). Kalau ada mee atau kuey teow sup turut akan ada sayur kangkung disertakan. 

Satu lagi apa yang aku perasan, tentang kebanyakkan gigi diorang ni seolah-oleh berkarat. Ikut logik aku (dan mungkin aku salah) aku dapati antara penyumbang kepada gigit diorang ni berkarat mungkin disebabkan mereka suka makan makanan yang panas-panas terus masuk ke mulut. Contohnya, macam kangkung yang baru dimasak akan terus dimakan. Itu hipothesis aku jela. Mungkin sebenarnya tidak. haha

Hari kedua pula, kami bertolak ke Halong Bay menaiki sebuah bas persiaran. Perjalanan memakan masa kira-kira 3 jam lamanya. Sebaik sahaja sampai di sana, kami menaiki sebuah kapal yang disewa khas untuk kumpulan kami sahaja di dalamnya untuk ke Halong Bay. Atas kapal tu, sudah dipakejkan dengan makan tengahari sekali. Menikmati pemandangan yang indah di sana, memang mengujakan. Sambil melihat kebesaran Allah swt. 
Pulau Batu tu, ianya diletakkan dibelakang sekeping wang Dong

Bergambar kenangan di atas kapal 


Banyak lagi gambar-gambar sekitar di Halong Bay yang menarik dan cantik-cantik tapi tidaklah aku berhajat nak share kat sini semuanya. Halong Bay ni memang salah satu destinasi yang wajib korang pergi kalau dah sampai ke Hanoi ni. Rugi kalau tak pergi ke sini. Selain itu juga, kami juga berkesempatan untuk ke salah sebuah ladang tea. Merasai sendiri pengalaman memetik daun tea dan boleh masak dan minum sendiri tea yang dipetik dan jika mahu boleh juga untuk dibawa pulang dengan membayar mengikut timbangan sebagai tanda kenang-kenangan.

Pengalaman memetik daun tea ni secara jujurnya tidaklah mengujakan sangat sebab di cameron pon dah pernah tengok tea.. tapi layankan saja 


Kemudiannya kami turut dibawa ke salah sebuah pusat kraftangan yang menghasilkan kain sutera daripada ulat sutera menjadi kain. Memang sangat cantik dan harganya mengikut kualiti yang anda mampu. Aku pun ada jugak membelinya sebagai buah tangan bila balik ke Malaysia.
kain sutera yang ditenun menggunakan mesin penenun



walaupun mereka mempunyai GST, namun harga yang dijual masih murah berbanding di Malaysia

Jika korang berkunjung ke Vietnam especially jika ke Ho Chi Minh, jangan lepaskan peluang untuk buat tempahan satu suit blazer. Serious murah berbanding Malaysia. Pembuatannya pun cepat. 

Kesimpulan kepada trip ke Hanoi ni, ketika flight kami ingin mendarat dan juga mahu take off, kami dapati seluas-luas sawah padi yang terbentang. Kalau flight dah take off, kira-kira 20 minit tu masih boleh nampak lagi kawasan sawah padi yang menghijau. Betapa luasnya kawasan sawah padi di Vietnam. Yela, masa belajar dulu pun mereka kan antara negara pengeluar padi dunia. lembah mekong yang menjadi sumber utama pengairan sawah padi mereka di sana. Melancong ke sana kita akan dapat melihat budaya, makanan serta suasana di tempat orang-orang di Vietnam. Satu lagi yang aku perasan sepanjang berada di sana adalah setiap mereka seolah-olah berbangga dengan negara mereka dengan boleh dilihat di mana-mana bendera vietnam akan dikibar. Sama ada di motorsikal, kereta, bangunan premis hotel, rumah, restaurant dan sebagainya. Perkara ini boleh kita jadikan contoh untuk tanam dan budayakan kepada anak watan negara kita tentang semangat patriotisme. Di Malaysia misalnya, untuk mengibarkan bendera dilihat seolah bermusim sahaja. Apabila tiba bulan kemerdekaan barulah hendak dikibarkan. Mengapa kita tidak mengibarkannya sepanjang masa sebagai tanda semangat kita cintakan tanah air ini? Aku fikir sudah tiba masanya untuk kita mulakan menyemai budaya dan semangat ini supaya kita semua lebih menghargai dan mencintai tanah air ini yang kita sayangi!

Kepada yang belum pernah sampai ke Hanoi, masukkan di dalam kalendar pelancongan anda sebagai salah satu destinasi yang mesti dikunjungi ya!

Wallahu'alam.

SPANISH FLY?

Spanish Fly? Kini sedang berlegar di dalam social media berkenaan satu clip video seorang Menteri yang sebut pasal 'Spanish Fly' yang pernah melanda dunia. Maka ramailah netizen yang memaki berjemaah, berduyun-duyun netizen yang menjadikannya sebagai bahan jenaka dan mula troll. Di twitter, ianya diulang ciap dan diberikan pelbagai cercaan dan maki hamun kepada menteri tu yang antara lainnya sebagai bodoh dan tidak layak jadi menteri. Bagi ahli politik mereka mula mengambil peluang 'keemasan' ini untuk menghentam musuh politik mereka.

Bagi yang belum tahu, menteri tu sebenarnya pada pandangan peribadi aku, dia hanya tersalah sebut. Yang sepatutnya adalah Spanish Flu bukannya fly. Itu sahaja. Kalau diamati clip video tu pun menteri berkenaan pon sudah rasa bahawa sebuatannya bunyi kejanggalan. Tapi akhirnya telah ditular dan dijadikan bahan untuk dihentam kepada menteri berkenaan. Spanish flu ni merupakan satu pandemik yang melanda dunia sekitar tahun 1918 yang mengorbankan 1 juta orang seluruh dunia. 

Pada aku, ianya hanya tersalah sebut. Tak perlulah sampai nak dijadikan isu besar di socmed. Aku rasa menteri tu jugak seorang manusia biasa. Tersilap kata dan tersalah tu biasalah. Netizen yang dok hentam tu macamlah tak pernah langsung buat salah atau tersasul atau tersilap sebut. Come on guys, kita sekarang dah masuk tahun 2021. Pemikiran dan sikap kita yang masih mencari-cari kesalahan untuk dihebah dan diperbesarkan sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Aku boleh terima, jika ianya merupakan sesuatu yang melibatkan kepentingan awam. Tapi jika ianya bersifat untuk mengaibkan tubuh atau diri seseorang ianya tidak sepatutnya dilakukan. Aku bukannya alim. Tapi pada aku ianya sesuatu yang tidak disengajakan. Just move forward saja.  

Ingat, hari ini kita malukan orang, suatu masa nanti mungkin kita akan dimalukan dengan lebih hina lagi. Who knows kan? Jom kita betulkan minda dan diri kita reset ke arah yang lebih positif dan buat perkara yang lebih bermanfaat.

Wallahu'alam.

Sunday 11 July 2021

RESENSI BUKU : HOW TO READ A BOOK



 

Salam semua,

Aku nak tanya korang ni, time PKP dan kini negara memasuki fasa-fasa PPN (Pelan Pemulihan Negara) ni korang isi masa korang di rumah dengan membaca buku tak? then, kalau korang baca, boleh tak kongsikan buku apa yang korang sedang baca tu ye? 

Rasanya kita boleh buat unjuran dan penilaian sendiri berkenaan buku apa yang dibaca dan berapa buah buku yang telah selesai kita baca kan. Apa yang lebih penting lagi ialah bagaimana ilmu atau bahan bacaan daripada buku itu dapat kita ambil pengajaran dan refleksi kepada kehidupan kita untuk menjadi lebih bermakna. Pernah tak korang rasa yang pembacaan korang perlahan, rasa lambat gila nak habis bila baca buku atau mengantuk atau kesukaran untuk memahami sesebuah buku yang dibaca atau sebagainya? Tahu tak sebenarnya, dalam pada kita membaca buku ni perlu ada tekniknya untuk kita ketahui dan hadam buku berkenaan.

Ok guys, di sini aku nak share tentang buku yang aku baca iaitu "How to read a book". Buku How to read a book ni sebenarnya sebuah buku yang ditulis sekitar tahun 1940 yang mana penulisnya Mortimer J.Adler kemudiannya diulang cetak pada tahun 1967 dan seterusnya pada tahun 1972.  Sebuah buku yang 'berharga' seumpama ini selayaknya dimiliki oleh semua orang memandangkan ianya menerangkan kepada kita mengenai teknik-teknik bagaimana untuk membaca buku. 

Menurut Mortimer J.Adler dan  Charles Van Doren dalam buku ini, terdapat 4 tahap pembacaan iaitu;

(i) Tahap pertama : Elementary reading

Tahap pertama, adalah dimana kita boleh membaca dengan baik satu-satu baris ayat. Untuk mengetahui sama ada kita mencapai atau tidak tahap ini, jawab soalan ini "Apakah maksud ayat ini?" apabila kita mula membaca sebaris ayat dalam buku. 

(ii) Tahap kedua : Inspectional reading

Sementara inspectional reading pula, memerlukan pembaca untuk melihat kepada perkara  penting di dalam sesuatu perenggan atau petikan menerusi kaedah skimming and scanning.  Bagi tahap kedua pula, untuk menguji sama ada kita telah kuasai tahap kedua ini pula, tanya pada diri kita dan jawab mengenai soalan ini "Buku ini tentang apa?", Buku ini jenis apa sama ada sejarah, sains, fiksyen atau sebagainya.

(iii) Tahap ketiga : Analytical reading

Bagi tahap ketiga pula, ianya lebih kompleks dan lebih sistematik. Diperingkat ini lebih banyak soalan-soalan akan memerlukan kita mengukur penguasaan kita sama kita mampu atau tidak untuk menganalisis buku-buku yang dibaca dengan baik atau sebaliknya. Jangan bimbang, buku ini akan membantu korang langkah demi langkah.

(iv) Tahap keempat : Syntopical reading

Tahap ini merupakan tahap tinggi yang memerlukan pembaca mempunyai kemahiran untuk mensintesis buku-buku (lebih dari satu sumber) berkaitan tema yang sama untuk melihat para sarjana mengupas sesuatu tema dalam spektrum yang lebih luas. Pembaca yang capai tahap ini, mampu untuk mengaitkan dan perbandingan dari pelbagai cendekiawan untuk dirumuskan sebaiknya dan difahami seelok-eloknya.

Sesuatu yang tidak mudah, tetapi bukanlah sesuatu yang tidak mampu untuk dilakukan. 

Buku ini juga turut membantu menerangkan kepada pembaca tentang teknik dan cara membaca buku-buku berlainan genre dan juga bidang. Misalnya, bagaimana untuk membaca buku berkaitan sejarah, falsafah, matematik dan sains, puisi dan sastera dan sebagainya. Penulis juga turut membincangkan mengenai topik berkaitan untuk mengkritik buku yang dibaca secara adil.

Memandangkan buku ini merupakan buku praktikal, ianya turut menyelitkan latihan di akhir buku ini nanti untuk memberikan peluang kepada korang untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dari buku ini. 

Banyak lagi yang menarik mengenai buku ini kalau korang milikinya dan baca. Aku yakin insya Allah, korang akan dapat membantu untuk meningkatkan kualiti pembacaan korang dan juga menaikkan semangat korang untuk lebih seronok membaca buku apabila kena cara dan tekniknya.

Oh ya, Dimana nak beli buku ni? aku tak pasti kat mana tapi rasanya boleh cuba di Kinokuniya Bookstore, Amazon.com atau di Booksdepository. (p/s: aku beli buku ni di books depository) pada harga yang berpatutan. 

So, aku harap resensi buku yang aku share kali ini bermanfaat pada semua. 

Wallahu'alam.

Saturday 10 July 2021

HASRAT UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PERINGKAT MASTER

 Salam semua,

Minat dan hasrat untuk sambung belajar lagi mula datang sejak kebelakangan ni. Kali terakhir aku tinggalkan universiti tahun 2016. Masa tu aku buat ijazah sarjana muda di UPM. Lepas tu memang ada niat untuk further study ke peringkat master tapi yela..macam sebahagian yang lain niat sekadar tinggal niat sahaja. Tapi kali ni, aku sekali lagi terfikir untuk menyambung pengajian diperingkat master.

Jika diikutkan, masa peringkat diploma dulu aku ambil jurusan kejuruteraan. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian) di politeknik. Kemudiannya, ambil ijazah sarjana muda pula dalam bidang yang berlainan daripada engineering. Aku ambil course Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia) di UPM. Alhamdulillah, selepas tamat pengajian hingga sekarang aku belum sambung ke mana-mana institusi pengajian tinggi lagi. 

Aku pernah terfikir jika aku direzekikan lagi untuk sambung belajar, insya Allah aku nak ambil course yang boleh 'generate' duit pada aku menerusi certificate yang aku ada. Misalnya dalam bidang Occupational and Health ke untuk pursue aku punya cita-cita untuk buka firma sendiri suatu hari nanti yang mana firma tu merupakan firma consultantcy dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan sebagainya. Aku cuba buat carian dan semakan di universiti tempatan, course tu memang ada tapi yurannya mahal. Maybe aku tak mampu.😆 

Kebetulan, satu malam tu aku sembang-sembang dengan adik aku yang baru tamat pengajian dia diperingkat ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi. Dia share cerita dan pengalamannya semasa menjalani latihan industri sangat menarik. Lantas, ianya terus membuka pintu hati ini untuk melihat ke dalam bidang psikologi sebagai bidang pilihan untuk further nanti. Jadi aku mula buat carian dan semakan dan mengetahui secara asas bidang psikologi yang sesuai untuk buat master kalau bersesuaian. Belek punya belek, aku terjumpa satu course ni, Ijazah Sarjana Muda Industrial Organizational Pskilogi yang ditawarkan di UKM. Ianya turut menawarkan secara mode separuh masa. Dari segi kos pula, reasonable untuk ditanggung. 

Aku rasa bidang dan course tu sesuai untuk aku further study diperingkat master nanti insya Allah jika berpeluang nanti. Sekarang masih diperingkat menimbang-nimbang lagi untuk further atau tak. Kalau jadi, plan nya tu nak sambung mungkin tahun depan, Insya Allah. So, guys doakan aku ya!

Friday 9 July 2021

PILIHAN JURUSAN LEPASAN SPM: ADAKAH BIDANG PERTANIAN TIADA MASA DEPAN?

 PENDAHULUAN

Kira-kira dua bulan yang lalu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diumumkan dan keputusannya telah diketahui seluruh negara bagi para pelajar yang telah menduduki peperiksaan berkenaan tahun 2020 yang terpaksa menduduki peperiksaan SPM pada awal tahun ini. Tahniah diucapkan kepada mereka yang memperolehi keputusan cemerlang. Sementara kepada mereka yang kurang cemerlang, tidak mengapa.. Jangan mudah berputus asa. 

Sudah tentu keputusan yang diumumkan itu bukan sahaja diraikan oleh mereka yang mendapat keputusan berkenaan, bahkan turut dikongsi rasa bersama-sama dengan orang yang tersayang seperti keluarga dan sahabat handai.

Seperti biasa, selepas keputusan diumumkan maka para pelajar akan mula sibuk untuk membuat permohonan untuk memasuki institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta. Permohonan pula adalah semuanya berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh diperingkat SPM. Namun, kepada yang kurang baik keputusannya, sudah tentulah peluang untuk mendapatkan tempat diperingkat tinggi agak tipis tambahan pula jika bidang yang dipilih pula merupakan bidang atau jurusan yang popular serta menetapkan syarat-syarat khusus untuk mengikuti pengajian berkenaan. Sebagai contohnya, bidang-bidang seperti kejuruteraan, akauntan, IT, perniagaan, pentadbiran, Farmasi, Pendidikan dan sebagainya. 

BIDANG PERTANIAN KURANG POPULAR?

Jika dibuat sampel secara rawak terhadap pelajar lepasan SPM, adakah mereka akan memohon jurusan atau pengajian dalam bidang pertanian diperingkat IPT, sudah pasti jumlahnya adalah sedikit berbanding bidang-bidang lain bukan? Malah saya pasti bahawa para pelajar lepasan SPM menganggap bahawa bidang pertanian tidak senada dengan jiwa muda mereka. Mereka membayangkan bahawa bidang pertanian membawa suatun konotasi negatif apabila merasakan bidang pertanian perlu bergelumang dengan selut dan bernas terik di bawah pancaran matahari serta miskin.

Hal ini diburukkan lagi apabila stigma masyarakat yang tidak mendedahkan kepada anak-anak mereka akan kepentingan dan prospek bidang pertanian sejak dari awal lagi. Sebaliknya, masyarakat lebih memberi konotasi negatif seperti yang dinyatakan di atas tadi. Sebagai contoh, kita akan selalu terdengar kata-kata orang yang lebih tua daripada kita atau rakan sekampung yang tinggal di kampung apabila kita bertanya khabar sesekali apabila jarang pulang ke kampung dengan soalan "apa khabar, kerja apa sekarang?" mereka biasanya akan menjawab dengan nada yang agak merendahkan kerjaya mereka seperti "macamni laa kami kerja kampung saja.." atau "alah, kerja di kebun saja".

Malah bagi ibu bapa kita juga akan berikan contoh-contoh kepada anak-anaknya untuk tekun belajar dengan ungkapan "kalau kamu malas belajar, nanti bila kamu besar kamu pegang batang cangkul saja laa". Bahkan, jika memberi contoh kepada mereka yang malas belajar nanti tiada masa depan, duduk kampung tanam jagung akhirnya meresap ke dalam minda anak-anak ini yang akhirnya menjauhi bidang pertanian dan menyangka mereka yang menceburi ke dalam bidang pertanian merupaka individu yang gagal, miskin dan tiada masa depan. Sebenarnya, bidang pertanian adalah sangat luas dan tanggapan mereka menceburi bidang pertanian dengan mengambil jurusan atau bidang pertanian semasa di universiti akan menjadi 'Petani' atau 'Peladang' sebagai tanggapan yang kurang tepat dan cetek.

SEJAUHMANA BIDANG PERTANIAN TIADA MASA DEPAN?

Jika kita amati dan sanggup berfikir sejenak dengan akal fikiran kita bahawa sejak zaman sebelum merdeka sehingga kini, bidang pertanian merupakan bidang yang sentiasa relevan sepanjang zaman! Manusia tanpa makanan akan mati kebuluran. Ketika dunia berdepan dengan pandemik COVID-19 yang sedang melanda, sektor agromakanan dilihat sangat penting kepada sesebuah negara untuk memastikan kecukupan makanan kepada penduduk dikala tindakan kerajaan di serata dunia mengumumkan 'lockdown'. Kalau kita lihat negara kita misalnya, semasa pengumuman PKP 1.0 tahun lalu sehingga kini, walaupun kebanyakan sektor terpaksa ditutup namun, sektor pertanian dan agromakanan terus diberi keutamaan untuk beroperasi sebagai 'essential service'. Selain itu juga, kita dapati kebanyakkan bidang dan sektor terjejas dengan sangat teruk akibat dampak covid ini seperti sektor pelancongan, sektor peruncitan, sektor-sektor seperti PKS, kilang-kilang, dan sebagainya malah ramai yang dibuang kerja namun, kita dapati bidang yang tidak terjejas akibat covid ini adalah PERTANIAN! harga kelapa sawit mencanak naik sejak penghujung tahun lalu sehingga ke bulan Jun dan masih kekal bertahan. Pengeluaran sayuran, buahan, ternakan, ternak-air, unggas dan sebagainya terus berjalan tanpa sekatan.

Justeru, dapatlah kita ketahui bahawa bidang yang terjamin adalah bidang pertanian. Jadi, mengapa bidang ini masih dianggap sebagai tiada masa depan? Jika sebelum ini, ramai yang berfikir bahawa bidang ini tiada masa depan, aku fikir kita perlu mula berfikir semula tentangnya setelah melihat malapetaka yang melanda hari ini saat ribuan malah ratusan ribu hilang pekerjaan tetapi bidang ini kekal bertahan.

Aku teringat masa keputusan SPM aku keluar dulu, bidang yang banyak diisi dan dimohon masa tu (isi borang manual babe time tu) yang aku apply ialah Pertanian sama ada di Universiti dan Politeknik. Sejujurnya, pilihan bidang mak bapak aku yang dorong dan arah untuk pilih pertanian. Alhamdulillah, aku ditawarkan pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian) di Politeknik Kota Bharu masa tu. Tapi bila pergi bersama kawan-kawan ke rumah cikgu-cikgu berjalan raya sebelum kami masing-masing melanjutkan pengajian, cikgu-cikgu, jiran tetangga, pakcik-pakcik bawang akan tanya soalan sama "Dapat sambung mana?Course apa?" Bila kawan-kawan lain jawab bidang masing-masing kebanyakan respons mereka adalah "oklah tu, belajar rajin-rajin" tapi bila time aku bagitau yang aku dapat course kejuruteraan mekanikal pertanian, respons yang diterima sama mereka diam seketika, ada yang cubaa sedapkan hati dengan berkata "okla tu," tapi tak kurang juga dengan menyatakan dengan jelas dari hati nuraini mereka "Pertanian?, Pertanian is NO FUTURE". Kata-kata itu terngiang-ngiang sampai sekarang.


Tugas mulia

Sebenarnya, bidang pertanian merupakan salah satu tugas yang mulia. Apa tidaknya, menghasilkan pengeluaran makanan kepada manusia bukankah suatu tugas mulia? Namun, perlu diakui majoriti bidang ini dijalankan oleh mereka yang telah berusia. Bidang ini perlukan suntikan tenaga muda untuk menceburinya. Teknologi canggih seperti big data, IoT, Automasi, IR4.0 dalam pertanian dan pelbagai lagi bagi mendepani cabaran mendatang untuk memastikan kecukupan makanan kepada masyarakat sentiasa terjamin. Satu lagi, tidak bermakna pilih bidang pertanian ini anda perlu jadi pak tani sahaja. Bukan. Ingat, anda juga berpeluang untuk menjawat jawatan sebagai pegawai kerajaan, eksekutif, pengurus dan sebagainya sama ada di sektor awam mahupun swasta. Disini aku senaraikan antara jawatan atau bidang pertanian yang tak semestinya kamu perlu pikul cangkul macam makcik pakcik bawang ceritakan itu. 

  • Sektor Kerajaan
            - Jabatan Pertanian

            - Jabatan Perkhidmatan Veterinar

            - Jabatan Perikanan

            - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

            - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

            - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

            - Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI)

            - Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

            - MADA, KADA

            - LAIN-LAIN

  • Sektor Swasta
            - SYARIKAT-SYARIKAT PERLADANGAN (SIME DARBY, FELDA, FELCRA,                      TABUNG HAJI PLANTATION, KLK, UNITED PLANTATION, BOUSTEAD                                  PLANTATION,  GENTING PLANTATION, MALAKOFF dan sebagainya

Jika kamu mengambil jurusan Diploma Pertanian, kamu berpeluang untuk menjadi Penolong Pegawai Pertanian gred G29 di Jabatan Pertanian, MADA, KADA, RISDA dan sebagainya di sektor kerajaan. Gaji penjawat awam sekarang ini tidaklah terlalu kecil sangat tapi tidaklah semewah rakan-rakan di sektor swasta. Sementara jika kamu memilih di sektor swasta pula, mungkin kamu berpeluang menjawat jawatan eksekutif di syarikat-syarikat perladangan, dan sebagainya. Cumanya aku dapati bidang pertanian ini kurang popular kerana kurangnya pendedahan dan mungkin pengiktirafan yang selayaknya. 

Pengiktirafan

Dalam pada usaha kerajaan menghargai jasa dan pengorbanan para peladang, penternak dan nelayan kita saban tahun, Seharusnya, kerajaan perlu mula merangka untuk mengadakan satu hari sambutan untuk menghargai peranan yang dimainkan oleh para pegawai khususnya yang terlibat dalam sektor pertanian ini sebagai tanda menghargai mereka yang berdepan di lapangan termasuk membimbing dan mendidik para petani dan peladang kita dari segi aspek teknikal, khidmat nasihat dan juga ilmu pengetahuan serta kemahiran menerusi latihan. Sebagai contoh Sambutan Hari Pegawai Pertanian Malaysia atau Sambutan Hari Pegawai Peladang Malaysia. Sambutan ini sama sepertimana sambutan hari guru, hari jururawat, hari polis malah sambutan hari pustakawan juga ada disambut setiap 6hb Jun setiap tahun. Sambutan seumpama ini penting bagi menaikkan moral para pegawai supaya mereka merasakan sumbangan mereka sentiasa dihargai.

Penutup

Tiba masanya pendedahan kepada pelajar mengenai prospek bidang pertanian ini cerah dan menjamin masa depan. Kalau pun terpaksa menjadi petani, jadilah petani moden. Ramai di luar sana yang menceburkan diri di dalam bidang pertania telah berjaya walaupun tidak kurang juga ramai yang kecundang. Tetapi keazaman untuk merubah nasib dan menjadikan bidang ini penting serta dapat memastikan ianya menjadi pilihan utama masyarakat serta para pelajar akan datang harus dimulai dari sekarang. Antara usaha yang boleh dilakukan dengan kokorikulum sekolah perlu dimasukkan Kelab Pertanian Sekolah agar pendedahan diperingkat sekolah dapat dilakukan dari awal. Sementara diperingkat universiti pula, perlu diwajibkan satu pendedahan atau executive talk atau apa saja wacana kepada para pelajar universiti dengan menjemput para pegawai dalam bidang pertanian sama ada dari Jabatan Pertanian ke LPP ke MARDI ke atau Sime Darby atau Felda diberi slot untuk memberi pendedahan berguna kepada para pelajar selain memberi gambaran mengenai prospek sektor ini.

Iklan dan promosi menerusi tv, radio, media sosial dan sebagainya mengenai success story terhadap bidang pertanian dilakukan dengan lebih agresif supaya ianya dilihat sebagai satu kerjaya buruan. Kerajaan juga diseru supaya untuk mengkaji mengenai skim perkhidmatan bidang pertanian ini diangkat setingginya setaraf dengan perkhidmatan perguruan misalnya supaya menjadikan bidang ini lebih diminati oleh pelajar memilihnya.

Aku yakin, menerusi usaha-usaha menerangkan akan kepentingan dan kelebihan bidang yang ever green ni kepada mereka dibangku sekolah lagi dan berterusan diperingkat universiti, mampu mengangkat martabat selain mempopular bidang ini khususnya untuk menarik golongan muda tercapai, insya Allah.