Friday 20 September 2013

Manusia mula mencari Tuhan ketika dalam kesusahan,

Sudah menjadi lumrah buat manusia ketika mereka merasakan diri sudah bergitu berjaya, mereka seakan terlupa bahawa yang Maha Kuasa sedang memerhatikan tingkah laku mereka. Seolahnya mereka ini apabila sudah mencapai sesuatu kejayaan ada diantaranya yang lupa untuk memanjatkan kesyukuran yang teramat kepada Allah yang menurunkan rezeki kepada hamba-hambaNYA.

Bagi sesetengah manusia, mereka ini apabila sudah mengecapi nikmat dunia, mereka biasanya menjauhkan diri daripada Allah s.w.t. Sedang mereka lupa bahawa kenikmatan yang diperolehi itu hanya sementara dan tidak kekal. Lupakah mereka ini tentang bagaimana kayanya karun? hebatnya firaun? Tetapi persoalannya berapa ramai diantara kita yang sentiasa bermuhasabah diri dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas nikmat yang diberi selama ini? Ketika aku mula menulis entri ini, aku melihat keadaan sekeliling yang menyumbang kepada perkara ini. Padahal, apabila kita (manusia) apabila ditimpakan musibah atau perkara buruk, manusia akan mula mencari tuhan!

Allah s.w.t merupakan pencipta yang maha pengasih lagi maha penyayang kepada makhluknya. Tetapi agak kesal, apabila makhluk mula mencari tuhan bila didatangkan kepada mereka akan sedikit ujian kesusahan. tetapi manusia mula mencari keseronokkan tanpa memikirkan tuhan dalam perbuatan! Seolah-olah melakukan sesuatu perkara yang menyalahi tuntutan agama merupakan suatu perkara biasa dan tidak perlu mempunyai perasaan takut atau gementar. 

Aku ingin mengajak semua kawan-kawan yang membaca entri ini termasuk aku yang menulis, jom kita muhasabah diri apakah sewaktu kita mendapat sesuatu nikmat keseronokkan atau sebagainya kita ingat kepada Tuhan. Dan mengapa apabila kita menerima berita kematian, kesusahan, hadapi masalah dalam kehidupan kita sangat-sangat mengingati tuhan. Jika kita pernah lalui perkara ini, marilah kita sama-sama bertaut kepada Allah swt sama ada ketika susah mahupun senang. Wasalam.

Saturday 24 August 2013

Insurans Perlindungan

Seperti biasa aku mulakan dengan salam dan selawat kepada nabi s.a.w dan memanjatkan rasa syukur kepada Maha Pencipta yang masih memanjangkan umurku hingga saat ini dan mesih meneguhkan hati dan imanku kepada agama Islam. Mudah2an nanti jika diizinkan Allah, akan ku mati dalam agama suci ini, insya Allah.

Bukan senang aku nak update blog-blog aku sekarang nih. Maklumlah, sejak kebelakangan nih, memang banyak sungguh keja yang terpaksa dibuat. Kalau tengak pada rakan blogger lain, diorang memang boleh dikatakan blogger yang aktif dengan entri-entri terbaru diorang. Aku nih boleh dikatakan blogger yang hanya update bila punya kesempatan macam sekarang nih. (sebelum masuk bilik air mandi dan persiapan solat maghrib),,hihi..

Kawan-kawan, di sini aku nak update sikit pasal insurans perlindungan. Ya, aku sedar yang tajuk ni bukanlah suatu benda baru, memang dah agak season dah pun,, hihi.. tapi aku nak tulis jugak. Cerita pasal insurans perlindungan diri. Tanggal 14.08.13 lalu, aku nekad untuk ambik insurans perlindungan diri. Kesedaran ini muncul sebab lihat ramai kawan-kawan dan saudara-saudara aku yang banyak jatuh sakit atau kemalangan tapi xpunya cukup kewangan untuk biayai kos perubatan. Akibatnya, mereka terpaksa dapatkan rawatan di hospital kerajaan yang dilihat agak kurang memuaskan dari segi treatment.

Jadi, hasil keputusan ini, aku amik untuk diri aku bukan dengan niat untuk dapat sejumlah wang jika aku ditimpa musibah, tapi untuk persediaan jika aku ditimpa musibah. Perbetulkan niat untuk ambik insurans. Ramai yang masuk insurans rasakan diri mereka dah pun selamat dari segala-galanya. Salah tu. Ini semua ketentuan Allah swt. Ramai jugak yang masuk insurans nih kerana dah pun target untuk dapatkan sejumlah wang yang banyak bila sakit atau sebagainya. Jika anda telah amik insurans dengan niat yang macamni, jangan mengeluh suatu hari nanti kenapa penyakit datang silih berganti pada anda!! Bukankah niat akan menterjemahkan tindakan?, jadi tanya diri soal iman masing-masing. Sebab itu, aku bila nekad amik insurans, bukan kerana berharap untuk dapatkan duit atau keuntungan, tapi niat untuk dapat ringankan kos rawatan jika ditakdirkan suatu hari nanti aku jatuh sakit atau sebagainya. Jika tidak, aku pohon supaya Allah peliharalah kesihatanku agar dapat terus menjadi hambanya yang bersyukur dan beriman kepadaNYA insya Allah.

Oh ya,, mungkin ada yang bertanya syarikat insurans mana yang aku pilih? hehe,, aku masuk Great Eastern Takaful. Untuk makluman, masa Great Eastern Takaful nih melaksanakan sistem konvensional, aku dah pun masuk waktu tu. Seingat aku masa aku keja swasta lagi, sekitar tahun 2007 macam tu. Tapi, aku berenti setahun kemudian sebab rasakan yang insurans tak penting waktu tu. ya lah, kan masih muda remaja lagi,,hehe.. tapi sekarang, alhamdulillah, bila dah beralih pada takaful, lagipun pengalaman kawan-kawan dan saudara-mara, menginsafkan aku. Aku sedar tak punya banyak wang untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital pakar swasta yang menelan kos puluh-puluh ribu misalnya, jadi aku pilih untuk sertainya. Lagipun, dengan takaful nih dijalankan secara islam dan dikeluarkan zakat pula, lebih meyakinkan aku kepadanya.

Buat kawan-kawan yang masih belum masuk mana-mana insurans, buatlah pilihan tepat dan yang penting, mengikut syariat islam. Insya Allah.

Thursday 22 August 2013

Kak,,, profesional lar sikit,,

Assalamualaikum wbt.,

SUdah jadi tabiat manusia yang nak buat yang terbaik dalam semua perkara. Kadang-kadang kita lupa bahawa tindakan-tindakan yang kita lakukan demi untuk capai kebaikan yang diinginkan tuh telah mengguris hati orang lain. Menyebabkan tindakan-tindakan kita tu nampak seperti cuba untuk menuang pasir dalam periuk nasi orang. Malah yang lebih teruk lagi, bila tindakan kita bila tiap kali berhadapan masalah, kita cuba pindahkan kesalahan tu pada orang lain supaya di mata bos atau orang atasan kita, yang kononnya kita ni terbaik dan tak pernah buat silap.

Menyentuh kepada perenggan mukadimah di atas tadi, aku ada sikit pengalaman yang cuba nak dikongsikan bersama dan terbuka untuk perbincangan,ulasan,komen dan pendapat daripada anda semua yang membaca entri ni. Ianya berlaku baru lagi,,minggu lepas. Puncanya, bila aku terima satu surat daripada cawangan lain, satu organisasi yang menulis surat kepada bos kami. Surat berkenaan ditulisnya kerana ingin menjelaskan punca cawangan dia tertunggak untuk buat bayaran pinjaman. Surat tu telah disalinkan kepada cawangan aku dan juga ke HQ. Apa yang dikesalkan apabila surat berkenaan isi kandungnya menyalahkan cawangan aku bulat-bulat yang menyebabkan cawangan dia gagal bayar pinjaman? banyak alasan yang dikemukakan pada pihak atasan kononnya cawangan aku gagal buat bayaran pada cawangannya hinggakan menyumbang kepada kegagalan cawangan dia untuk jelaskan pinjaman.

Sedangkan alasan-alasan yang ditulis dalam surat berkenaan tak lebih daripada untuk memindahkan kelemahan diri kepada orang lain. Dalam soal ini, dia nak pamerkan seolah-olah dia tak pernah bersalah. yang bersalah adalah orang lain. Setelah meneliti surat berkenaan, aku merasakan bahawa keperluan untuk aku jawab semula surat berkenaan dan menjelaskan kedudukan sebenar kepada pihak atasan. Tanpa bertindak seperti dia yang terang-terangan kepada orang lain dengan tidak punya fakta melainkan alasan dan tuduhan, aku telah meletakkan fakta dan menjaga profesionalisme dalam melayani surat berkenaan.

Dalam kerja ni, aku turut menasihati diri aku sendiri dan semua, perlu ada profesionalisme dan jangan berdendam. Jika kita punyai sifat suka berdendam dan ada niat jahat pada orang lain, akhirnya ia akan makan diri kita sendiri. Orang yang banyak sangat sifat negatif akan berada dalam kehidupan yang tertekan dan sentiasa xtenteram hidupnya. Sebab, mereka akan bersangka buruk dengan sesiapa sahaja. Tapi kalaulah kita ikhlas dan yakin akan kerja buat kita hari ni betul dan ikut peraturan, jaga hubungan rakan sekerja, insya allah, mungkin lebih luas pertolongan Allah pada kita, insya Allah.

Berbalik pada si dia ni..setelah aku selidik punca disebalik surat berkenaan ditulis, tak lain tak bukan adalah bermotifkan dendam. Yang aku pelik dan hairannya, aku agak kurang berurusan dengan dia ni.. jadi kenapa dia perlu dendam dan benci aku?? kononnya xsuka aku dengan pelbagai alasan. Kononnya kerana aku baru keja dah belagak tunjuk pandai pulak,,,adoiii kak,,apa dosa aku pd kak?sungguh aku xfaham... Kalau ya pun, tolonglah profesional,, ni xprofesional langsung.. aku hormat dia sebab dia lebih super senior dari aku,,tp kalau begini tingkahlakunya,,, hurmmmm,,, - membujur lalu, melintang patah.. ;)


Monday 19 August 2013

Kemalangan Lagi...Duit Oh Duit

Seperti yang selalu disebutkan 'Malang tak berbau'. Dulu aku agak kurang beri tumpuan dan memperdalam penghayatan kepada perpatah melayu lama ini. Namun, bila pada jumaat lalu, satu insiden yang buatkan duit aku melayang bilamana, persona aku mencium bontot kembara, maka ini petanda yang menunjukkan bahawa malang memang tak berbau.

Makanya, hari ini aku telah pergi ke bengkel kereta dan bincang mengenai berapakah kos yang diperlukan untuk repair semula kereta  ni. Anggaran sebanyak RM 1,500. Aduhhh,,, pening kepala aku nak cari duit repair. sakit2. Mana lah baru saja lepas menyambut aidilfitri, dan persediaan untuk masuk semester baru pada bulan september nih pun perlu RM 2k jugak bagi membolehkan pendaftaran semester baru dan subjek dilakukan buat para penuntut UPM seperti aku. huhu.

Selain tu jugak, duit memang banyak untuk dipakai pada masa akan datang. Seperti yang sahabat aku tulis di blognya mengenai majlis perkahwinan rakan kami masa sekolah rendah dulu. Demikian juga aku yang sedang dalam perancangan untuk membina masjid. Insya Allah. Tapi bila banyak sangat keperluan yang mendesak seperti penggunaan kewangan dalam masa terdekat ni,, memang perit betul. Tapi aku anggap ini semua dugaan dan ujian dari Tuhan. Mudah-mudahan ini semua akan ada hikmah disebaliknya.

Tuesday 4 June 2013

Kawan, tolong beri pendapat

Ketika aku dalam dilema nih aku perlukan kawan-kawan untuk bantu dorong untuk aku buat keputusan. Masalahnya agak rumit sikit, bila 2 kemahuan muncul dalam satu masa. fuhh! Ok, untuk memahamkan korang semua, aku mempunyai 2 kemahuan buat masa ini. 1 ialah untuk menukar kereta daripada sekarang (proton) kepada Honda City! 2. Keinginan untuk memiliki rumah sendiri. Haishhhh.....pening2,,,

Kalau aku nak dapatkan kedua-duanya sekali buat masa ini, memang rabaklah poket aku nih sebabnya aku nih bukannya pegawai berpangkat tinggi yang punya gaji besar. Ini yang merungsingkan aku.

Kalau salah buat keputusan takot penyudahnya menyesal lar pulak. Tolongla kawan-kawan yang singgah membaca di ruangan entri ini, tolong bantu beri pendapat. haish...ok, bye

Wednesday 8 May 2013

MENGHARUNGI MASA YANG KRITIKAL UNTUK TEMPOH BEBERAPA MINGGU

Assalamualaikum wbt, syukurlah kepada Allah, Tuhan rabbul'alamin yang maha pengasih lagi maha penyayang. Agak lama mungkin aku dah xupdate blog aku yang nih. Malahan acc di wordpress pn aku dah lama xupdate, sebabnya kekangan masa yang sangat terbatas.

Malam nih, aku ada sedikit masa untuk menulis diruangan nih maka aku ambil kesempatan untuk tulis serba sikit mengenai tempoh masa yang sangat menekan beberapa minggu sebelum ini yang terpaksa dilalui. Antara tempoh yang dilalui adalah mengenai banyak program-program yang terpaksa disusun dan diatur untuk dilaksanakan. Ini ditambah dengan bebanan tugas yang sedia ada. Bermula dengan program pengaktifan unit peladang, disusuli dengan program lawatan mangsa ribut, program penyerahan touch-point, program mesra bersama pengerusi LPP Malaysia, program penyerahan baja foliar, matching grant, perasmian pusat belian padi, program hari terbuka, program peladangnita, mesyuarat pengurusan, mesyuarat persiapan lawatan rasmi Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan banyak lagi sehinggalah tibanya hari pilihanraya yang berlangsung pada 5 mei 2013 yang lalu.

Dalam kesibukkan tugasan menyiapan semua program yang disebut di atas dan termasuk juga program-program yang mungkin aku lupa masukkan, aku juga punyai satu lagi komitmen yang perlu diberi iaitu sebagai student!!! assignment berlonggok yang perlu disiapkan ikut tarikh yang ditetap pensyarah! kalu x, masak aku...hari ini syukur alhamdulillah aku berjaya siapkan ke semua assignment yang diberikan dengan jayanya dan telahpun aku hantar kesemuanya walaupun last day nya besok. syukur. Kepada dia yang setia dan sudi membantu dalam menyiapkan tugasan, terima kasih atas kesudian kamo dan kerana sentiasa cuba untuk memahami keadaan aku ini. ;p

Kini, masih banyak banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Hal ini termasuklah menghadapi mesyuarat agung tahunan PPK yang dijangka akan berlangsung pada bulan ini. Selain itu juga, final exam aku pula akan berlaku pada awal bulan jun. itu yang mustahak kena bagi focus untuk menghadapi final exam. Pejam celik, pejam celik dah pun semester 4. sudah hampir separuh perjalanan sebagai student,,,haish perit betul untuk lalui dengan komitmen kerja dan belajar nih,.apapun, aku perlu tabah untuk hadapi semua ini.

JOm masuk tidur,,sebab mata dah mengantuk. malam nih nak tidur awal setelah beberapa minggu aku tidur jam 2-3 pagi untuk bereskan assignment dan sebagainya. xcukup tidur,,,,gudnite,