Syukur alhamdulillah, baru sahaja selesai melalui minggu-minggu gertir apabila terpaksa melalui minggu peperiksaan yang baru selesai semalam yang berlangsung dalam keadaan pertama kali dan mendebarkan. Syukur juga dalam pembelajaran yang diikuti, saya banyak didedahkan dan mempelajari mengenai perwatakan, tingkahlaku dan juga memcuba untuk memahami tingkahlaku seseorang melalui teori-teori ahli falsafah terkemuka dunia. walaupun saya cukup yakin dan percaya, teori-teori itu tidaklah sepertimana yang berlaku secara alam realiti, namun sedikit sebanyak membantu saya untuk mencuba memahami mengenai tingkahlaku manusia dan persekitaran di tempat kerja yang menjadi rutin kehidupan harian yang perlu ditempuhi.
Tingkahlaku manusia yang dihuraikan melalui teori-teori seperti teori Carls Roger, abraham maslow, Burrs F. Skinner, Albert Bandura, D.P Ausebel dan pelbagai lagi, mencerminkan mengenai kelompok-kelompok kategori manusia yang hadirnya untuk mencipta sesuatu yang sentiasa baru dalam setiap hari yang dilalui. Inilah keunikan alam yang dicipta Illahi kepada makhluknya seperti manusia, yang diciptanya dengan pelbagai ragam, warna kulit, bahasa,bangsa,budaya supaya saling mengenali diantara satu dengan yang lain.
Menariknya, saya ingin mengajak supaya setiap pembaca khususnya anda diluar sana mengenai satu keadaan dimana keyakinan(confident) dan kecekapan (competent) adalah sesuatu yang perlu ada pada seseorang untuk berjaya. Kisahnya diperoleh ketika saya mengikuti satu taklimat berkenaan modal insan. Bemrula dengan kerosakan pintu bilik air di rumah yang didiami oleh seorang jiran melayu yang mempunyai jiran india bernama muthu. Satu hari apabila pintu bilik air rumahnya rosak, maka tukang yang 'pakar' dalam plumber dan juga pembaikan kecil ini, sangat terkenal di kawasan sekitar ialah encik Lim. Namun, memandangkan pengaduan telah dibuat kepada lim, maka lim menyatakan bahawa minggu depan baru boleh dia datang ke rumah berkenaan dan membuat pembaikan. Memandangkan tempoh berkenaan mengambil masa yang lama, maka jiran kepada melayu ini, Muthu juga menyatakan kesediaan membantu jirannya yang telah kenal lama.
Muthu : Apa rosak?
Melayu : Pintu bilik air lar muthu.
Muthu : Owh, itu senang saja, boleh bikin punya.
Melayu : betul ke?
Muthu : Boleh, boleh... ini kecik punya hal, xpayah panggil tukang lar. sendiri pon boleh baik apa? kata muthu yg penuh confident.
Melayu : u boleh tolong ka muthu?
Muthu : Kita mesti tolong, kitakan jiran.
setelah membelek-belek pintu yang rosak, maka kerja-kerja pembaikan pun dilakukan oleh muthu.
Muthu : sudah siap. tengok, kalu u panggil tukang aa, dia charge sama u,, rugi duit saja.
melayu : oohh, terima aksih banyaklah muthu. berapa muthu?
muthu : ehh,, xpayahlah.. kita juran, saya mau tolong saja.
Melayu : t.ksih.
Sebaik saja pintu berkenaan digunakan, keesokkan paginya pintu berkenaan kembali rosak. maka si melayu ini hendak panggil semula muthu untuk perbaiki sudah agak malu sebab, baru sangat si muthu membaiki pintunya itu. Maka mereka terpaksa menunggu kehadiran Lim.
Lim : ini pintu sebelumni sudah ada orang perbaik ka? (sambil membelek-belek pintu)
Melayu : xda, xda.. ( menghelah)
lim : olang bikin, kita mau bikin.. tapi kita bikin xselupa dengan olang bikin. (sambil membaiki pintu berkenaan)
melayu : tunduk diam.
berdasarkan kepada situasi di atas, kita dapati bahawa ada dua pengajaran yang kita boleh pelajari disini. Pertama sikap membantu si muthu adalah amalan mulia. tahap keyakinannya pun sangat tinggi. Namun, sekadar punyai keyakinan sahaja belum cukup untuk membuatkan sesuatu kerja itu sempurna. ianya perlu juga disusuli dengan pengetahuan dan juga kecekapan.
Melihatkan si lim pula, kecekapan dalam bidang berkenaan, membuatkan beliau seorang yang arif dalam kerja-kerja pembaikan kecil. maka gabungan antara keyakinan dan juga kecekapan membolehkan seseorang itu menjadi lebih pakar dan arif dalam melakukan sesuatu perkara atau kerja. Justeru, salah satu elemen, tidak harus dikesampingkan hanya jika mahu maju dan berjaya dalam hidup. Diringkaskan, ilmu pengetahuan eprlu disulam dengan pengalaman akan membolehkan seseorang itu matang, dan berkeupaya untuk mencipta kegemilangan dengan muncul sebagai personaliti berprestasi tinggi.
Sekian, wassalam.
Monday 15 August 2011
Persiapan ke arah mengejar cita-cita
Sudah menjadi lumrah di dunia, setiap manusia mempunyai cita-cita atau sesuatu yang diinginkan untuk dikecapinya sebelum seseorang itu menutup mata dan meninggalkan dunia yang fana ini.
Dalam kesibukan kita mengejar cita-cita dan keinginan ini, keselarasan mengenai tuntutan akhirat juga tidak patut dilupakan. Tambahan pula, kehidupan di akhirat adalah penghidupan yang kekal dan abadi. Setiap orang menginginkan kehidupan yang sempurna, cukup makan pakainya, mempunyai rumah yang besar, kereta mewah, hidup kaya raya dan sebagainya. Bahkan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki kini dan sentiasa mengharapkan supaya memperoleh lebih daripada apa yang ada kini. itulah manusia.
Saya ingin mengajak anda dan juga saya supaya menyibukkan diri untuk bekalan akhirat. Memperbanyakkan saham akhirat. mudah-mudahan kita beroleh keberuntungan daripadannya kelak. Keperluan dunia penting. Siapa yang tak mahu hidup mewah, bekereta mewah, dan hidup kaya raya. tetapi dalam pada kesibukkan kita menguruskan hal ehwal dunia janganlah sampai kita melupakan alam akhirat. Mudah-mudahan, kita sentiasa mendapat apa yang kita hajati didunia ini untuk berjaya dalam hidup, serta juga kita sentiasa mendapat redha illahi dan mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan para solehin dan mendapat kerahmatan dan keampunan dari Allah s.w.t. Sempena dalam bulan ramadhan yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan amalan dan ibadat kita supaya perhitungan di rabbuljalil nanti kita memeprolehi timbangan yang berat dari segi kebaikannya insyallah.

Subscribe to:
Posts (Atom)