Friday, 13 August 2021

MINAT RANCANGAN BERKAITAN TRAVEL DI TV

 Assalamualaikum semua,

Saja nak share  sejak-sejak pintu sempadan negara ditutup akibat pandemik COVID-19, terasa rindu pulak nak travel ke luar negara. Dah hampir 2 tahun tak ke mana. Bukan sahaja ke luar negara, bahkan melancong dalam negara pun risau. Yela, wabak yang tak nampak ni kan. 

Hanya melihat kembali gambar-gambar lama yang ke sana-ke sini saja lah pengubat rindu dan menggamit memori. Tapi kan, aku pun tak tau kenapa, sejak akhir-akhir ini aku suka sangat tengok rancangan di tv berkaitan travel ni. Sebenarnya rancangan-rancangan tu dah lama tapi tetap suka tengok. Nasibla astro ni buat rancangan dan ulang-ulang. Contoh yang aku rajin tengok sekarang macam Jejak Jepun Jihan dan Curi-Curi Cuti. 

Padahal dulu tak rajin pun nak melayan program macam tu. hehehe.. Tapi sekarang memang aku layan. Terpesona tengok panorama dan tempat-tempat diorang pergi tu. Menarik sangat. Enjoy la pulak melayan.haha

Bila agaknya pintu sempanan negara bakal dibuka ye? Terasa apabila suatu hari nanti dunia sudah bebas daripada cengkaman covid-19 nanti, insya Allah kalau ada rezeki lebih nak bawa anak isteri travel ke luar negara. 

k, see you guys! bye.

4 comments:

  1. Mudah2an cepat pendemik C19 ini berlalu

    ReplyDelete
  2. CCL pun suka tengok rancangan travel . Sedikit sebanyak boleh bagi kita info tempt2 menarik yg kita boleh lawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat CCL,, banyak info dapat disamping tengok negara orang

      Delete