Sunday 15 August 2021

TUIAN HASIL TANAMAN HALIA SENDIRI

 

Hasil tuaian halia muda yang ditanam sendiri

Alhamdulillah, hari ini mula menuai halia muda yang ditanam sendiri depan rumah. Tidaklah banyak tapi lepasla untuk makan sekeluarga. Sebenarnya, aku antara yang minat untuk bercucuk tanam dan buat kebun dapur dekat kawasan rumah tempat aku tinggal. Di kawasan rumah aku, ada tanam cili padi, terung, halia, kunyit, limau purut, limau telur buaya dan juga pokok daun kari.

Tuaian halia hari ini merupakan halia muda. Korang tau tak sebenarnya halia yang ditanam boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori pertama ialah halia tua (dituai dalam 12bulan ditanam) sementara halia muda pula boleh dituai kira-kira 6-8 bulan selepas ditanam. So, hari ini aku harvest halia yang ditanam sendiri. Yang aku harvest ni halia muda. Bagi aku, memangla boleh beli halia. Tapi satu kepuasan yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata apabila kita dapat tuai dan makan hasil tanaman yang kita tanam. Satu kepuasan yang tidak ternilai. Lebih-lebih lagi kalau kita boleh makan sendiri malah siap boleh bersedekah pula kepada jiran tetangga. Tapi halia aku ni belum la sampai ke tahap boleh bersedekah ke jiran tetangga lagi. 

Apapun, untuk aku dan korang yang baca posting ni, TANAM APA YANG DIMAKAN DAN MAKAN APA YANG DITANAM

Halia muda

Aku tanam atas dalam pasu rumah je. Sebagai makluman korang, untuk kos bagi penanaman halia satu polibeg anggarannya dalam RM 9/polibeg. Bermula dengan kos polibeg, media, baja,racun dan upah, benih, penggalak dan sebagainya. Pengeluaran halia pula dianggarkan secara puratanya kira-kira 2kg/polibeg. Sementara harga di jualan pula sekitar RM 7/kg dari ladang (pada waktu /musim permintaan tinggi di pasaran) . Jadi kalau korang ada berminat untuk mengusahakan tanaman halia ini secara komersial, korang digalakkan untuk merujuk kepada jabatan dan agensi yang lebih arif di dalam tanaman ini. Contohnya Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk lebih mendalam. Di sana, korang boleh ikuti kursus-kursus asas tanaman berkaitan halia ini. Ingat, dapatkan ilmu secukupnya untuk memulakan projek untuk memastikan projek berjaya. Namun, tidak dinafikan pengalaman juga merupakan guru yang cukup bernilai dan penting. Belajar dari mana-mana syarikat yang mengusahakan tanaman ini juga boleh untuk menambah ilmu. 

Bagi yang ingin cuba tanam di rumah, korang boleh je mula semai rizom halia yang dibeli dari pasar untuk ditanam. Buat kecil-kecilan di rumah untuk buat masakan di dapur sudah memadai untuk yang sememangnya sibuk seharian bekerja. Dengan menanam sendiri, ianya lebih bersih dan hygienic serta tentunya halal. Korang tanam dan korang sendiri yang makan. Insya Allah lebih baik untuk keluarga. So, selamat mencuba jika berminat. 

Wallahua'lam.



2 comments:

  1. Alhamdulillah
    Dapat tuai hasil daripada titik peluh sendiri

    ReplyDelete