Thursday 13 October 2016

Majlis konvokesyen aku

Assalamualaikum wbt,

Dan akhirnya, alhamdulillah aku ber'konvokesyen' pada 25 Oktober 2016 nanti dalam bulan ni setelah menamatkan pengajian akhir tahun lepas. Syukur, akhirnya setelah penat lelah memerah keringat, tenaga, masa dan wang berbaloi.

Pada tarikh keramat itu nanti aku akan dianugerahkan ijazah sarjana muda. Walaupun sebenarnya ramai rakan-rakan yang sebaya dengan aku dah lama dh genggam ijazah diorang tapi aku tetap bersyukur walaupun lewat tapi ada jugak ijazah akhirnya. Aku tabik dengan rakan-rakan aku yang mana diorang lepas je abis buat degree, terus apply untuk program master. Dan sekarang ni diorg tengah dalam alam pengajian untuk proses mendapatkan master. Aku tabik jugak pada kawan-kawan sekolah aku dulu yang diorg kini dah ada master dan ada dikalangan kami sekarang dalam usaha mendapatkan phD di luar negara. Korang memang cintakan ilmu dan sanggup berkorban masa, tenaga dan segalanya untuk mengejar cita-cita masing-masing. Tahniah korang.

Setiap diantara kita sebenarnya ada cita-cita dan hala tuju masing-masing sejak dari kecil lagi. Bahkan sudah ditentukan sejak azali lagi apa yang akan terjadi pada masa depan. Memburu ilmu, menjadikan budaya orang berilmu sebagai sebahagian daripada kehidupan adalah amalan terpuji. Banyak negara-negara maju adalah diasaskan daripada masyarakat dan rakyatnya yang berilmu. Aku nak pesan dekat diri aku dan korang semua, kita kena rajin menimba ilmu dan jadikan budaya membaca sebagai amalan. Bangsa membaca, bangsa berjaya.

Apapun, insya Allah....aku nk konvo!


Monday 6 June 2016

Ambang ramadhan, menyambut hari ulang tahun kelahiran & kesyukuran

Assalamualaikum wbt dan ramadhan kareem!

Semalam tanggal 05 Jun 2016, memeta sejarahnya yang tersendiri apabila kami sanak saudara yang terdiri daripada keluarga mak, maksu, pakcik, pakngah berkumpul di rumah wan untuk menyambut ramadhan yang penuh kemuliaan secara bersama sekaligus memercikkan suasana ukhuwah sesama saudara di rumah wan.

Biasanya kalau di sebelah selatan, sambutan ramadhan lebih dikenali sebagai 'mantai' dimana seluruh sanak saudara akan membuat persiapan memasak, menyiapkan makanan dan secara tidak langsung akan mengeratkan tali silatulrahim. Di sebelah utara pula, perkataan 'mantai' tidak disebut namun ianya terpulang kepada keluarga sama ada untuk menyambutnya atau tidak. Bagi kami, tahun ini kami meraikannya. Kami merasakan budaya yang baik boleh saja diamalkan dan dibudayakan. Tidak ada salahnya. Aktiviti semalam lebih kepada masak memasak daging kambing masak dalca, ikan keli masak sambal, ayam goreng kunyit, sambal belacan, sayur campur dan air oren. Sambutan ini diadakan juga adalah untuk menzahirkan kesyukuran kehadrat Allah kerana kesihatan wan semakin pulih serta bersyukur masih diberi Allah swt kesempatan untuk bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun ini.

Dalam kesibukkan menyiapkan makanan dan juga masa senggang bersama pakcik dan maksu, rumah wan terus menerus menerima kunjungan daripada tetamu yang hadir untuk menziarahi wan di rumah. Melayan tetamu yang jauh dan dekat dari tengahari hinggalah ke lewat senja. Malamnya, keluarga kami turut menyambut ulang tahun kelahiran mak. Walaupun ulang tahun kelahiran berkenaan akan tiba 2 hari lagi, namun sengaja diawalkan kerana mengambil kesempatan semua sanak saudara telah berkumpul. Selamat ulang tahun kelahiran mak! moga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt hendaknya.

Jam 9.00 malam, kami semuanya mula berangkat pulang ke rumah masing-masing sebab hari ini kerja bermula. 1 ramadhan telahpun bermula dan mudah-mudahan di bulan yang penuh dengan barakah ini akan turut melimpahi kepada kita. Marilah kita merebut peluang keemasan ini untuk menggandakan pahala dan saham akhirat kita hendaknya. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah swt, insya Allah.

Wednesday 1 June 2016

Kenduri Aqiqah, Tahlil arwah & kesyukuran serta menyambut ramadhan

Assalamualaikum dan selamat petang!

Syukur kehadrat Allah swt kerana segala perancangan untuk melangsung majlis kenduri aqiqah, tahlil dan kesyukuran serta menyambut ramadhan telah selasai diadakan pada 29 Mei 2016 di kediaman keluarga kami, Selama Perak. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun pada awal paginya hujan turun dan mendung turut sikit sebanyak mencemaskan perasaan kami sekeluarga namun akhirnya cuaca kembali cerah dan menyebabkan kehadiran tetamu ke majlis ini adalah sepertimana yang dirancang.

Bermula dari hari sabtu lagi, kesibukkan bermula apabila kaum keluarga yang sampai ke rumah untuk membuat persiapan majlis. Pagi sabtu, sembelihan arnab dimulakan. Sebanyak 20 ekor telah disembelih dengan pisau sembelihan yangdi'order' khas dari kota belud sabah. Dah sembelih kena lapah dan kerja-kerja proses seterusnya telah memakan masa hingga ke jam 3 petang apabila ianya bermula pada jam 11 pagi. Mujurlah Pakngah aku sampai, boleh bantu untuk percepatkan proses arnab. Jam 4 petang pula, aku bergegas bersama pakcik ke tempat sembelihan kambing untuk tujuan aqiqah pula di Selama, Kedah. Alhamdulillah proses disana berjalan lancar. Besar jugak kambingnya dan cukup umur. Kambing seberat 34 kilogram dengan harga RM 24/kg.

Ucapan terima kasih dipanjangkan juga kepada semua yang membantu dalam menjayakan majlis ringkas ini. Mudah-mudahan semuanya akan mendapat rahmat serta keberkatan daripada Allah s.w.t. Wallahu allam.

Monday 23 May 2016

Kemudahan di Hospital perlu diperhatian dan keutamaan

Wan telah terlantar di hospital Taiping masuk hari ke 4. Selama itu jugalah kami berulang-alik dari rumah ke hospital untuk menjenguk wan. Insiden wan terjatuh di kawasan dapur ketika mahu mengambil air sembahyang maghrib, telah menyebabkan berlaku komplikasi yang lain termasuk minor strok dan kini alhamdulillah, wan telah menunjukkan prestasi positif ke arah pemulihan. Walaupun percakapannya masih kabur dan kurang jelas lagi. Kami penuh yakin dan percaya serta berdoa agar kesihatan wan bertambah baik dari hari ke hari dan pulih seperti sedia kala. Bergilir-gilir anak cucu menjaga wan siang dan malam di hospital.

Sepanjang tempoh di sana, saya sempat melihat keadaan sekeliling dan pesakit-pesakit lain yang terlantar sakit dan ini telah menginsafkan saya. Dalam situasi itu juga ramai saudara mara yangtelah menziarahi wan di sini sambil melahirkan rasa simpati. Sayajuga sempat melihat kemudahan-kemudahan di hospital yang memerlukan perhatian dan keutamaan kerajaan untuk membantu warganegara ini dalam mendapatkan rawatan.

Kemudahan di ward dan hospital baru

Antara perhatiannya ialah kesesakan katil dan pesakit di hospital yang memerlukan keutamaan kerajaan dalam menambah peruntukkan dan kepentingan dalam mengutamakan kebajikan pesakit dan tidak berlaku kesesakan sepertimana sekarang.  Antara perkara yang boleh dilakukan oleh wakil rakyat dan kerajaan adalah dengan menimbangkan untuk membina lebih banyak hospital-hospital kerajaan di kawasan berkepadatan tinggi. Sebagai contoh, di Larut, Matang & Selama ini serta daerah Kerian terdapat 2 buah hospital iaitu hospital Selama dan hospital di Parit Buntar. Sekiranya kes-kes kritikal yang memerlukan ianya dirujuk, makan hospital Taiping adalah tempat yang akan dirujuk pesakit ke sana. Jarak antara selama ke Taiping kira-kira 48km sementara Parit Buntar ke Taiping pula lebih kurang jarak yang sama. Saya syorkan supaya satu hospital baru dibina di Bagan Serai untuk menampung jumlah pesakit di hospital Taiping  serta menambah jumlah atau menempatkan doktor-doktor pakar di hospital Selama dan Parit Buntar dan juga fasiliti-fasiliti lain yang boleh dilakukan dihospital berkenaan tanpa perlu dirujuk ke hospital taiping bagi kes-kes kritikal. Kecuali kes-kes tertentu sahaja dirujuk ke Taiping. Berdasarkan keadaan ini, dijangka kesesakan hospital taiping dapat di kurangkan selain pesakit mendapat kemudahan selesa serta mendapat rawatan yang sama di hospital-hospital besar yang lain.

Satu lagi contoh dan keperluan untuk mewujudkan sebuah hospital baru adalah di Serdang Kedah. Ianya terletak dalam daerah Kulim dan Bandar Baru. Buat masa ini, hospital Kulim sahaja yang ada dan terpaksa menampung jumlah pesakit di sana. Ianya meliputi penduduk daerah berkenaan termasu, daerah berdekatan. Sepatutnya, memandangkan kawasan kulim merupakan kawasan industri teknologi tinggi perlu dikhaskan dalam radius yang munasabah untuk menerima pesakit dan kajian dari semasa ke semasa perlu dilakukan untuk mewujudkan hospital baru. Saya cadangkan di serdang iaitu sebuah pekan kecil ditengah-tengah jalan antara pekan bandar bahari dan kulim. Kesesuaiannya dan amat penting untuk menampung jumlah pesakit serta mengurang faktor jarak antara kedua-dua bandar berkenaan sekiranya berlaku kecemasan untuk pesakit menerima rawatan. Saya berpendapat adalah wajar untuk setiap ahli politik (wakil rakyat) kawasan memikirkan soal kebajikan seumpama ini daripada mengisahkan soal politik dalaman parti masing-masing yang tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat. 

Saya juga mendapat maklumat kesesakan dalam ward ini juga berlaku dikebanyakkan hospital keranan kekurangan ruang serta jumlah pesakit yang tinggi. Oleh itu, permasalahan ini perlu ditangani segera oleh pihak kerajaan supaya kebajikan rakyat terus terbela. Kita cukup sedar bahawa bidang kesihatan amat penting bahkan sama pentingnya dalam bidang pendidikan. Kepentingan rakyat dan wakil rakyat menyampaikan dan menyuarakan permasalahan yang membelenggu ini kepada pengetahuan kerajaan sangat penting. Tambahan pula memandangkan kemasukan warga asing ke negara ini sama ada secara sah atau tidak boleh mengundang malapetaka besar dari segi kesihatan. Mereka berkemungkinan pembawa penyakit yang boleh merebak ke negara ini seperti virus zika, taun, batuk kering dan sebagainya yang boleh menjejaskan tahap kesihatan warganegara Malaysia. 

Sekali lagi saya berharap agar perhatian dan keutamaan oleh kerajaan dalam mengkaji dan seterusnya membina lebih banyak hospital baru di kawasan berkepadatan tinggi penduduk serta menaiktaraf hospital sedia ada dengan pelbagai kemudahan supaya pesakit selesa mendapatkan rawatan serta mengurangkan kesesakan berlaku sepertimana keadaan sekarang. Wallahu alam.


Monday 16 May 2016

Sekolah pembentuk sahsiah pelajar

Tidak dapat digambarkan semula tentang bertapa bahagianya dan sungguh seronoknya ketika mengimbau kenangan zaman persekolahan. Lebih-lebih lagi ketika zaman persekolahan diperingkat rendah. Nostalgia sekali apabila sempat membelek-belek gambar-gambar lama yang terakam dan tersimpan dalam album. Barangkali tidak semua dapat gambarkan sebenar-benarnya keadaan dan suasana ketika itu walau sedalam mana penghayatan seseorang yang lain apabila diceritakan saat-saat itu kembali. Hanya yang melaluinya sahaja dapat mengetahui.

Sekolah sememangnya perlu memainkan peranan asalnya iaitu membentuk sahsiah pelajar. Bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga perlu hebat dalam sahsiah dan kepimpinan diri pelajar. Sebagai usaha membentuk sahsiah pelajar bagi melahirkan insan berguna kepada nusa, latihan dan pendedahan secara tidak formal juga harus diterapkan dalam sistem pendidikan negara ini dan tidak semata-mata berorientasikan kepada sistem yang jumud semata-mata. Sebagai contoh, bagi subjek bahasa inggeris, tidak hanya tertumpu di dalam kelas semata-mata. Tetapi kreativiti untuk mendorong pelajar-pelajar untuk bercakap dalam bahasa inggeris walaupun pada mulanya inggeris 'rojak' namun inilah permulaan kepada membina keyakinan pelajar-pelajar untuk menguasai bahasa asing berkenaan. Apabila mereka tidak ditertawakan dan berani bercakap bahasa inggeris dalam pertuturan, barulah diajar mengenai grammar dan sebagainya. Pada aku ini mungkin jauh lebih berkesan berbanding daripada mengikut sukatan demi sukatan sepertimana sekarang. 

Oleh kerana sekolah rendah merupakan tempat pertama dan awal kanak-kanak memasuki alam persekolahan, seharusnya mereka diberi kebebasan dalam mencorakkan pendekatan mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Guru-guru di sekolah rendah seharusnya diberi autonomi luas untuk membentuk kanak-kanak ini dalam mempersiapkan mereka berjiwa kuat dalam mengharungi dan memasuki alam remaja diperingkat menengah. Sebab itu pada pendapat aku, peringkat rendah perlu dirombak dari aspek pendekatan dan kaedah pengajaran kepada murid-murid supaya sahsiah diri pelajar benar-benarutuh dan kukuh. Wallahu alam.

Monday 21 March 2016

PELAKSANAAN PROJEK MINI ESTET PADI (MEP) : SATU LEGASI

PROJEK MINI ESTET PADI (MEP) yang dilaksanakan di PPK Padang Siding
Briged kerja yang melakukan aktiviti pengawalan makhluk perosak di tapak projek

MEP yang dibangunkan kini hampir 200 hektar
Assalamualaikum guys!


  1. Terutama sekali aku inginkan ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan ataupun pasukan kerja yang pernah sama-sama berkhidmat dengan aku suatu ketika dahulu di PPK Padang Siding. Korang memang awesome!
  2. Pada 13 Mac 2016 yang lalu, PPK Padang Siding baru sahaja menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 41 tahun. Ya, 41 tahun. Sudah tentu, dalam tempoh yang panjang itu, organisasi ini telah meredah suka duka sepanjang tempoh berkenaan dari awal penubuhannya hinggalah sekarang. Sesungguhnya, aku amat bersyukur kerana pernah diberi peluang untuk mencurahkan segala bakti dan kudrat serta idea untuk tempoh 5 tahun. 
  3. Sudah pasti dalam tempoh berkenaan, pelbagai pengalaman telah ditimba di sana dan antaranya penubuhan projek Mini Estet Padi (MEP) di PPK Padang Siding. Masih segar dalam ingatan bagaimana saat-saat awal untuk mewujudkan MEP di sana. Kami sepasukan bersusah payah untuk memastikan idea dan cadangan ini direalisasikan. Alhamdulillah berkat doa dan usaha, akhirnya MEP sulung seluas 30 hektar telah berjaya diwujudkan di kg. Kok Klang, Perlis yang merupakan salah satu unit peladang di bawah kendalian PPK Padang Siding. Kami sangat komited untuk menjayakannya. Masih terbayang kuat dalam ingatan apabila kami terpaksa turun pada jam 9.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam di kg. Kok Klang untuk bertemu dan memberi penerangan serta sesi soal jawab kepada petani di sana demi meyakinkan mereka tentang kebaikan mewujudkan MEP di kawasan mereka. 1 jam pertama, kami dilihat kurang memberi keyakinan kepada mereka yang kemudiannya enggan bersetuju menyertai MEP. Namun, jam berikutnya, telah memeta sejarah baru apabila akhirnya pewujudan MEP berjaya menjadi realiti di sini.
  4. Tahun 2014, sekali lagi kami berjaya menggembangkan keluasan MEP di unit peladang kg. Belukar seluas 50 hektar dan tahun 2015, kami menggembangkan keluasan MEP ini menjadi 200 hektar. Sistem pengurusan MEP juga ditambah baik dari semasa ke semasa untuk memastikan pengurusannya menjadi sistematik dan memuaskan kehendak pelanggan yang berurusan dengan PPK Padang Siding.
  5. Akhir sekali, terima kasih kepada semua atas kerja kuat kalian sehingga memungkinkan semua ini berlaku dengan jayanya. Hari ini aku telahpun berpindah ke tempat lain, salah seorang pasukan kami juga telah dinaikkan pangkat serta berpindah. Tak kurang juga yang bakal bersara pada bulan April ini. Semoga kalian terus cemerlang di mana kalian berada. Buat kepimpinan baru di organisasi ini, kami doakan semoga kalian akan terus mencipta kegemilangan demi kegemilangan. Insya Allah. Selamat maju jaya!

Sunday 14 February 2016

Kepada peminat arnab!

Assalamualaikum to all,

kepada korang yang berminat untuk membela arnab, ini berita baik untuk korang. Disini aku nak inform yang adik aku nak jual arnab-arnab dia kepada sesiapa yang berminat. Walaupun dia punya arnab dan dah publish pun kat FB dia dan kawan-kawan dia, aku amik inisiatif untuk turut masukkan dalam blog aku kepada korang semua. Sebab dia nak jual kerana terlalu banyak sangat. Maklumlah arnab ni bila dah membiak cepat pulak dan banyak. Sekali beranak je kurang-kurang pun 4 ekor. So kepada yang berminat, bolehla tinggalkan maklumat anda diruangan komen atau terus hubungi adik aku untuk beli arnab-arnab tu.

Kandang arnab

Arnab dewasa

Tu arnab yang masih kecil
kepada yang berminat boleh tinggalkan komen anda di sini.

Dah selesai pun...

Assalamualaikum wbt, dan selamat pagi!

Syukur alhamdulillah pada Allah sebab aku akhirnya selesai jugak menamatkan pengajian aku diperingkat ijazah sarjana muda! fuh,, syukur. Walaupun sebenarnya bagi korang yang dah pun pegang lama ijazah sarjana muda atau orang puteh cakap bachelor ni fikir apalah sangat setakat posting nak bagitau dah abis degree, ingatkan abis Master or Phd... tapi bagi aku besar impaknya.

Yela, sebab aku baru dapat, memanglah rasa suka sangat. Pengorbanan selama 4 tahun untuk habiskan degree memang perit tapi berbaloi. Pengorbanan masa, duit, fokus, kerja lagi dan keluarga memang sangat mencabar. Bila direnung balik sepanjang tempoh berkenaan, bagi orang luar akan cakap "amboi kejapnye dah abis.." haaaa yela kejap..korang tengok rasa sekejap..aku yang tanggung rasa macam nak pecah kepala.

Btw, aku nak amik kesempatan nih, untuk ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh professor2, pensyarah, rakan taulan yang membimbing dan membantu sepanjang tempoh pengajian. Tidak dilupakan kepada mak aku yang tak putus-putus menjadi peniup semangat untuk aku terus menyambung pelajaran. Mak cakap, tuntut ilmu ni tak rugi bahkan membuatkan kita dipandang mulia. 

Tajuk projek kajian aku untuk Final Year Project
Seterusnya ucapan terima kasih yang tidak terhingga ni juga tentunya kepada isteri aku yang sentiasa ada bila aku susah dan senang untuk menyiapkan final year project (FYP) dan sepanjang tempoh pengajian aku selama ini. Bercakap mengenai FYP aku, memang perit bila kita dapat supervisor yang cerewet nak mampos! Serius weh..

Pengalaman aku sendiri dapat supervisor yang cerewet dan detail. Supervisor aku pulak, professor perempuan pulak tuh.. memang cerewet weh. Nak dapatkan tajuk je, aku tak tau berapa kali aku email n reject. Lepas tuh pulak tentang objektif kajian je, pun lalui episod sama sampailah bermula bab 1 hingga bab akhir, sampaikan aku naik fobia nak e-mail kat supervisor aku. Stress tahap gaban jangan cerita la masa tu. Sampai satu ketika tu ramai kawan-kawan advise suruh tukar supervisor. dan memang ramai kawan-kawan seangkatan dengan aku yang diorang dah pun tukar supervisor diorang sebab tak tahan. Tapi aku fikir balik, better teruskan jela supervisor ni. Teruk-teruk pun aku gagahkan jugak.

Sampailah sesi viva, memang menggerunkan... walaupun panel lain, tapi nervous memang ada. Fuh, alhamdulillah lepas dengan baiknya. Segala-galanya dah jadi sejarah pengajian dalam hidup aku sebab semua tuh jerit perih dah jadi asam garam student yang belajar dan kini aku dah pun tamat dengan jayanya. Alhamdulillah. Cuma aku tunggu surat panggilan untuk convocation je yang dijadualkan dalam penghujung bulan oktober dan awal bulan november tahun ni. Sambung Master????.... ooohhhhhohoho.. memang dari dulu lagi sejak aku dibangku sekolah lagi bercita-cita untuk sambung pelajaran hingga ke peringkat master. Tapi aku rasa, dalam situasi sekarang nih, aku nak rehatkan sekejap minda aku  seketika dan nak luangkan masa untuk keluarga dulu. kata orang puteh, quality time...cewah..haha

Moral of the story, kepada korang semua, menuntut ilmu itu amalan mulia dan dituntut oleh agama islam. Pesanan ni juga buat diri aku yang masih dalam pemburuan ilmu. Jom kita perbanyakkan ilmu pengetahuan tak kiralah diperingkat mana pun pelajaran kita, kita perlu tambah dari semasa ke semasa. Semoga kita semua sentiasa menjadi para ilmuan yang boleh menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara kita..Ok, guys, see u in the next entry ya!