Salam,
Pagi ni kemas-kemas barang lama di bilik, terjumpa camera digital aku yang dah lama tak digunakan. Sememangnya aku dah lama cari kat mana simpannya camera aku tu. Bila dah jumpa, mula la belek-belek balik dalam memory card camera tu tentang gambar-gambar lama yang masih tersimpan di dalamnya kan.
Salah satunya adalah mengenai gambar-gambar masa bercuti ke pulau perhentian, Terengganu sekitar tahun 2015. Kira-kira 6 tahun yang lalu. Bila tengok balik gambar-gambar tu, ianya menggamit memori di sana. Walaupun tak banyak gambar yang diambil menggunakan camera tu sebab banyak snap pakai handphone. Tapi terdapat gambar-gambar yang tiada dalam handphone tapi masih tersimpan di dalam camera aku. Handphone yang aku guna untuk ambil gambar pun dah lama rosak. haha.
Ketika boat menghampiri pulau perhentian
1. Semua kami tak pernah pergi ke pulau perhentian
2. Pulau Perhentian antara 10 pulau tercantik di dunia
3. Merehatkan minda setelah bekerja.
Oleh sebab-sebab di atas, kami plan untuk bercuti di pulau. Sebenarnya kos untuk ke pulau tu lebih kurang RM 350/orang (tak termasuk kos makan dan minum serta perbelanjaan di sana ya). Kami pergi naik van sewa sampai di jeti dekat besut sebelum menaiki bot ke sana. Memang perasaan masa tu teruja sangat sebab yela, tempat tak pernah sampai kan..
Bot ni lebih kurang bot pancung, laju weh abang ni bawak membelah lautan dari tanah besar nak ke pulau |
Tapi bila hampir sampai ke pulau perhentian, pemandangannya memang cantik. Tapi makan kat sana memang standard tempat pelancongan lah. Mahal. Maklumla, tempat pelancongan tumpuan. Mat saleh pun ramai yang datang. Sejujurnya, ianya agak kurang sesuai untuk membawa anak kecil ke sini. Sebabnya aktiviti di pulau ni sesuai untuk orang bujang atau pergi tanpa membawa anak kecil la kot. Sebab banyak aktiviti air, contoh macam scuba diving, snorkelling, mandi, dan sebagainya. Yang menariknya kat pulau ni, capaian untuk dapatkan signal telco khususnya maxis agak rendah kadang-kadang terus hilang. Jadi boleh tumpu untuk betul-betul tenangkan minda..haha Sekarang ni aku tak pastilah, mungkin dah dapat.
Trip kami lepas snorkelling melihat hidupan laut dan island hoping kawasan sekitar, sambil selam tengok penyu, kami juga berpeluang pergi ke satu tempat di kawasan berhampiran pulau untuk melihat pemandangan yang indah.
sesekali nampak macam di luar negara pulak siap ada kincir angin |
Nampak tak tangga tu, kami kemudiannya dibawa ke sana..dan panjat tangga untuk sampai di puncak |
Kincir angin |
Mula-mula nak memanjatnya tu dengan tak pakai selipar, memangla azab jugak.. sebabnya kawasan plat besi panas plak time tu walau dah petang.. ada kawasan yang dah reput pun ye juga. Tapi bila fikir balik alang-alang dah sampai, rugi kalau tak cuba. Jadi kami nekad untuk panjat sampai ke puncak.
Laluan untuk sampai ke puncak.. |
Setelah beberapa ketika mendaki untuk ke puncak, akhirnya alhamdulillah, sampai jugak. Dan pemandangannya masya Allah cantiknya..Kita boleh lihat dari atas ke laut dengan pemandangan seperti ini
Sekian, saja. Jumpa lagi di next entry ya!
Dah boleh pergi lagilah Pulau Perhentian ni
ReplyDeleteitula pasal wak..jauh perjalanan luas pemandangan
DeleteCheq tak pernah sampai sini lagi.. semoga satu hari nanti boleh jejak pulau ni juga 😷
ReplyDelete#104
kne pegi nnt tu..tengok keindahan alam kat sana..haha
DeleteSalam kenal akmal.
ReplyDeleteseronok mengimbau kembali ek travel2 kita ni. even dah almost 10 years berlalu pun still suka je nak TB..
dah follow dah tu. hehehe
Wslm kak Azian, haah kak, bile throwback blk mmg sronok sgt..hehe
Deleteoyeke, tkasih kak,