Tahun
2020 sebelum PKP, aku berpeluang ke Pulau Tioman, Pahang. Jujurnya, Pulau
Tioman memang aku tak pernah jejak kaki walau sekali pun. Dari kecil hingga
dewasa hanya sekadar pernah dengar nama dan tengok sesekali dalam tv. Kata
orang di sana pulaunya cantik dan penuh ketenangan. Cerita orang lagi, di sana
sesuai untuk aktiviti air seperti ‘scuba diving’, ‘snorkelling’, memancing, ‘jet
ski’ dan sambil melihat keindahan alam.
Ketika
aku bertugas di Pahang tahun lalu, aku berpeluang ke Pulau Tioman untuk
menghadiri satu mesyuarat serta kursus dalam 3 hari 2 malam. Sememangnya aku
tidak melepaskan peluang keemasan itu untuk melihat sendiri serta merasai
sendiri pengalaman di Pulau Tioman. Perjalanan lebih kurang 3 jam jugak dari
kenderaan darat dan juga menaiki feri.
Diringkaskan
cerita, sampai sahaja di Pulau Tioman, melihatkan suasana di sana memang
tenang. Pulau yang masih bersih dan suasana pulau itu dirasai. Walaupun
kemudahan-kemudahan asas ada serta jabatan dan agensi kerajaan juga ada di
sana, kehidupan penduduk di sana dilihat tenang dan mendamaikan. Semasa di sana
aku menginap di Chalet Peladang yang dimiliki oleh Pertubuhan Peladang Kawasan
Pulau Tioman. Lokasinya tidak jauh dari jeti dan strategik. Tambahan pula
bersebelahan dengan balai polis.
Sebelum naik boat |
Pemandangan dari atas boat ke pantai |
PPK Pulau Tioman |
Aktiviti
di sana (aku lebih menghuraikan mengenai
aktiviti santai dan bukan formal ye) aku dan yang lain-lain di bawa untuk ‘island
hoping’ di 4 tempat berhampiran dan ‘snorkelling’ untuk melihat hidupan akuatik
serta terumbu karang yang memangla sangat cantik termasuk juga di kawasan taman
negara. Sumpah cantik. Airnya jernih, ikan-ikan yang datang ketika kita
snorkelling dan juga melihat kawasan terumbu karang yang aneka corak dan warna.
Tapi oleh kerana aku jadi mabuk laut, sempat enjoy untuk 2 tempat awal sahaja
sebelum aku jadi rasa nak muntah dan lembik dalam boat.haha. Untuk 2 tempat
lagi tu aku just tengok kawan-kawan je mandi. Sementara aku melayan mabuk laut
atas boat saja sampailah pulang semula ke jeti.
Gambar kenangan |
Snorkelling..snorkelling jugak,, bergambar penting..haha |
Aktiviti petang, bola tampar pantai |
Petang
tu, kami sempat juga join main bola tampar pantai. Best jugak. Malamnya biasalah
melayan ikan bakar di restoran dan juga karaoke sebelum keesokkannya
bersiap-siap untuk pulang bersama kenangan dan pengalaman. Pandangan aku, untuk
percutian di Pulau Tioman ni, di pulau ini tidaklah seperti pulau langkawi.
Sebaliknya pulau ini sesuai untuk mereka yang cintakan alam dan ketenangan.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment