Ramai
di luar sana masih keliru antara frasa sewa dengan pajak. Ada yang menganggap
bahawa kedua-dua itu adalah sama sahaja. Sebenarnya, tahukah anda bahawa
kedua-duanya itu adalah hampir sama tetapi tidak serupa. Kebanyakkan kita jika
ingin mengusahakan tanah ada yang ingin menyewa untuk mengusahakan tanaman dan
sebagainya. Tetapi ada juga kata nak pajak tanah untuk tempoh-tempoh tertentu.
Sebagai
pencerahan asas, kedua-dua kaedah ini ada termaktub di dalam Akta Kanun Tanah Negara
atau ‘Land Code’. Berikut
disenaraikan perbezaan kedua-dua perkara ini;
Pajakan
1.
Dengan merujuk kepada Seksyen 221, Kanun Tanah Negara
2. Sesuatu pajakan itu dikira
kategori pajakan apabila tempoh masanya adalah melebihi dari 3 tahun dan tidak
boleh kurang. Selain itu tempoh masanya juga mestilah tidak melebihi 99 tahun
maksimum.
3. Sesuatu pajakan itu wajib
didaftarkan di Pejabat Tanah menggunakan Borang 15A. Harus diingatkan bahawa
sekiranya sesuatu pajakan itu dilakukan dengan menandatangani perjanjian tetapi
tidak didaftarkan di pejabat tanah seperti di dalam borang 15A, maka pajakan
itu tidak sah serta ianya tidak dilindungi oleh undang-undang.
Sewaan
1. Sewaan pula adalah sepertimana
termaktub di dalam Seksyen 223, Kanun Tanah Negara.
2. Sesuatu sewaan itu adalah
dibuat untuk suatu tempoh 3 tahun dan ke bawah sahaja.
3. Sewaan pula tidak memerlukan
untuk pemajak mendaftar di pejabat tanah. Memadai dengan menandatangani suatu
perjanjian sewaan sahaja.
Rumusan
Sesuatu
kaedah sama ada sewaan atau pajakan itu boleh ditentukan dengan melihat tempoh
masa sesuatu perkara itu hendak dilakukan. Jika melebihi 3 tahun, itu dipanggil
pajakan bukannya sewaan. Tetapi jika ianya hanya 3 tahun atau kurang, maka
ianya adalah sewaan. So, jangan keliru lagi ya.
Aku
buat perkongsian ringkas ini adalah untuk memberi sedikit pencerahan kepada
kita semua hasil daripada pembacaan dan rujukan. Kepada rakan-rakan, jika mahu
keterangan lebih lanjut, boleh merujuk kepada mereka yang lebih pakar di dalam
bidang perundangan.
Wallahua’lam.
oh begitu, terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama-sama,,,tq syaz atas komen
ReplyDelete