Assalamualaikum wbt semua,
Semalam aku berpeluang untuk hadir di dalam wacana ilmu berkaitan alam sekitar secara webinar anjuran CASIS UTM. Alhamdulillah banyak ilmu dan perkongsian yang dikongsi oleh para ahli panel yang pakar di dalam alam sekitar khususnya di negara kita. Terpanggil untuk share tentang kesedaran (awareness) tentang alam sekitar serta perlunya pendidikan tentang perkara ini dalam kalangan masyarakat kita supaya tanggungjawab menjaga dan memulihara alam sekitar ini merupakan tanggungjawab bersama dan bukannya diletak di atas bahu jabatan atau agensi atau NGO tertentu sahaja.
Sumber: Slides pembentangan daripada ahli panel - KP Jabatan Alam Sekitar |
Antara ahli panel terlibat adalah Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Pensyarah UIAM dan NGO - SAM. Antara yang dipaparkan adalah mengenai status kualiti sungai-sungai di Malaysia pada tahun 2019. Terdapat 50 batang sungai yang berada di kelas III dan IV iaitu sungai yang tercemar di Malaysia. Perasaan sedih melihat statistik yang ditunjukkan tentang bagaimana sungai-sungai yang sepatutnya menjadi nadi kehidupan tercemar hasil perbuatan tangan manusia sendiri.
Apa yang aku ingin menarik perhatian semua, adalah ingin mengajak semua rakan pembaca semua untuk ayuh kita mulakan dengan diri dan dari rumah kita. Kita pastikan bersama agar sampah sarap di rumah kita kita bersihkan dan buang ditempat sepatutnya. Kadang-kadang melakukan perkara kecil mampu mengubah kepada perubahan yang lebih besar. Misalnya, memastikan botol-botol atau beg plastik tidak dibuang ke dalam sungai atau saliran. Cuba sedaya upaya untuk tidak menggunakan beg plastik dalam satu hari. Jika berjaya cuba untuk tempoh seminggu dan seterusnya. Lakukan apa sahaja yang termampu di dalam kawalan kita untuk menjaga alam ini. Mungkin selepas ini jika kita ke pasar, kita boleh bawa beg sendiri dan barang-barang yang kita beli kita boleh masukkan di dalam beg itu tanpa perlu banyak beg plastik. Mungkin kaedah ini nampak drastik untuk terus tidak guna beg plastik bukan? Ok boleh mulakan dengan 'mengurangkan' penggunaan beg plastik. Perlahan-lahan sehingga 0 penggunaan beg plastik. Difahamkan untuk satu-satu material plastik memerlukan 450 tahun untuk terurai. Kita mampu mengubahnya dengan memulakan dengan diri dan dari rumah kita. Walaupun usaha ini nampak kecil tapi boleh berjaya jika kita mula terapkan dan budayakan kepada anak cucu kita. Pilih barang yang lebih mesra alam untuk digunakan.
Jika tempat kediaman kita berhampiran dengan anak sungai, cuba berpakat bersama komuniti kampung untuk melakukan satu briged untuk menjaga anak sungai itu daripada tercemar dan bebas daripada segala sampah atau plastik dibuang ke dalam sungai berkenaan. Kembalikan kejernihan airnya untuk kebaikan kita yang menghuni berdekatan dengannya. Perbanyakkan menanam pokok untuk salah satu usaha menghijaukan bumi ini.
Bersahabatlah dengan alam, insya Allah kita boleh menyelamatkan planet ini dan mewariskannya kepada generasi akan datang!
wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment