Tuesday 10 August 2021

SALAM MAAL HIJRAH 1443H

 


Hari ini merupakan tahun baru dalam kalendar islam iaitu 1443H. Sambutan tahun baru ini disambut oleh seluruh umat islam dan di Malaysia ianya dijadikan sebagai cuti umum buat seluruh negara. Maal Hijrah ini juga bukan sahaja sekadar disambut tetapi seluruh umat islam diseru untuk menghayati erti sebenar penghijrahan baginda Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah Al-Munawwarah kira-kira 1443 tahun yang lalu. Penghijrahan berkenaan jika disingkap bukan menandakan baginda melarikan diri menjadi 'pelarian' seperti pernah dikatakan oleh salah seorang ahli politik tanah air, tetapi baginda melakukan penghijrahan untuk membina kekuatan bagi menghadapi musuh.

Dalam konteks kita pada hari ini, hijrah sepatutnya mengajar kita untuk sentiasa memperbaiki diri kita berhijrah dari kurang baik kepada lebih baik dari hari ke hari. Hijrah membawa 1001 kebaikan. Sebab itu, hijrah melakukan ke arah kebaikan adalah dituntut. Justeru, sempena awal muharam pada hari ini, di awal tahun baru ini marilah kita memperbaharui azam kita untuk melakukan perkara-perkara yang bermanfaat pada diri, keluarga dan komuniti kita. Ingatlah, umur kita kian meningkat. Ayuh kita memperbanyakkan amalan-amalan untuk dijadikan bekalan kita ke negeri akhirat kelak. Mudah-mudahan tahun baru ini bakal membawa kebaikan berpanjangan dan juga dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t. Moga juga wabak covid-19 ini juga segera pergi dari muka bumi ini dan kita dapat kembali hidup secara normal seperti dulu semula, Insya Allah.

8 comments:

  1. Selamat Tahun Baru Hijrah 1443, Semoga lembaran baharu ini lebih menjadikan kita umat dan hamba yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru...Insya Allah, mudah-mudahan..Amin

      Delete
  2. Salam Maal Hijrah.

    salam perkenalan blogger. Cehh perkenalan tuu hahahha tak boleh blah
    Singgah sini dan follow sini #99

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. Salam maal hijrah ain,, tkasih sudi singgah dan follow..

      Delete
  3. Replies
    1. salam maal hijrah syaz... dan salam perkenalan..

      Delete
  4. Belum terlambat CCL ucapkn salam maal hijrah . Salam perkenalan dri CCL .

    ReplyDelete