Tee Off |
Apabila menyebut tentang sukan golf, ramai di luar sana berpandangan bahawa "wah..sukan orang kaya ni", ada yang mengatakan ini sukan untuk golongan elit. Sukan VVIP dan sebagainya. Tak kurang juga yang mengaitkan golf dengan konotasi negatif seperti "orang yang main golf ni, main judi..sebab diorang akan main beating". Selain itu, siapa yang main golf, akan tinggal solat, GOLF - Golongan orang lemah fikiran sebab bola dipukul lepastu pukul lagi sampai masuk lubang tak kira pagi tengahari dan petang berjemur panas dan hujan. Pelbagai lagi yang diperkatakan orang di luar sana.
Sebenarnya aku dulu pun sebelum mula main golf, berpandangan sama. Aku selalu merasakan orang-orang yang main golf ni orang yang banyak duit dan vvip sahaja dan sukan ni esklusif kepada golongan tertentu sahaja. Tetapi setelah aku mula cuba dalam sukan ini, ianya jauh berbeza dari apa yang aku sangkakan. Banyak kebaikannya. Golf sebenarnya juga merupakan salah satu cabang permainan sukan. Aku masih ingat lagi semasa bekerja di Sime Darby dulu, pertama kali pegang kayu golf apabila senior manager aku ajak 'turun padang' selepas waktu kerja. Aku masa tu, satu apa pun tak tahu pasal golf. Dia tunjukkan cara dan ajar serba sedikit. Dia pesan, kena mula belajar dan minat dalam golf kerana banyak kelebihannya. Kemudiannya, apabila aku masuk sektor awam, pengarah negeri masa itu memang ahli kelab golf malah dia juga captain kelab golf. Dia mula mendorong aku dan yang lain-lain untuk mengenali golf. Dia sedia melatih kami setiap petang di driving range dan adakalanya masuk ke padang golf selepas waktu kerja dan juga hari cuti. Tapi masa tu aku tengah sibuk belajar, takla focus 100% bagi komitmen tentang golf. Rakan-rakan yang lain, yang memang fokus, diorang dah pandai main. Sementara aku masih terkial-kial.
Bila aku bertukar, aku jumpa seorang rakan pejabat yang memang pemain golf pun. Dia mula membangkit semula semangat untuk aku main golf semula. Aku mula beli set golf sebagai tanda komitmen untuk fokus dalam permainan ini.
Kenapa aku main golf?
Setiap orang ada sebab dan cerita mengapa dan bagaimana diorang terjun dalam permainan golf. Begitu juga aku. Aku sebenarnya main golf sebab untuk keluarkan peluh dan bersosial. Untuk makluman, tidak ada sukan yang aku betul-betul mahir dan minat sebelum ini. Semua sukan aku pernah main kecuali bola. Bola aku memang tak minat dan pernah main suka-suka masa kecil-kecil dulu saja. Selain itu, aku main badminton, ping pong, catur, tennis, berbasikal dan bola tampar. Akhirnya, aku rasa belum sesuai. Sehinggalah aku jumpa sukan golf. Sepertimana yang aku cerita di atas tadi macam mana aku jumpa golf. haha. Aku mula untuk main golf sebabnya sekarang equipmentnya dan sukan ni bukan lagi sukan yang mahal peralatanya dah. Sekarang dah banyak boleh dapat dan harganya pun dah murah. Korang tau tak, golf adalah sukan permainan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat, tak kira lelaki perempuan dan berapa usianya sekalipun? Itulah golf.
Berbalik kenapa aku main golf antara sebabnya untuk pastikan aku sentiasa mengeluarkan peluh untuk kesihatan dan juga tujuan lain untuk bersosial. Dengan bermain kita boleh jumpa ramai orang dari pelbagai bidang dan tempat. Selain itu juga, golf merupakan satu sukan yang mempunyai etika yang unik. Bermain golf bukan sekadar bermain, tetapi perlu mempunyai etika. Antaranya jujur. Jujur pada diri sendiri. Jika kita menipu di dalam pengiraan points, maka kita bukan menipu rakan atau lawan kita, tetapi kita sedang menipu diri kita sendiri. Disamping itu juga, golf melatih untuk seseorang itu berdisiplin. Lihatlah pemakaian pakaian sukan golf. Sentiasa tuck-in, dan kemas. Apa yang lebih penting, sukan golf mengajar dan mendidik tentang ketelitian, mengurus tekanan mental, fizikal dan juga melatih untuk membuat keputusan. Semuanya ada di dalam golf.
Sesiapa yang bermain golf mereka tahu perkara ini. Golf juga akan menunjukkan siapa diri kita yang sebenar. Untuk melihat siapa seseorang itu, lihatlah ketika bermain dengannya semasa di padang golf. Bagi yang panas baran sebelum ini yang kita tak pernah tahu, akan terjelma di padang khususnya apabila pukulannya tidak menjadi. Tingkah lakunya turut menunjukkan siapa dirinya. Sebab itu aku mula suka pada golf. Bukan sahaja mengeluarkan peluh secara fizikal tetapi melatih dan mendidik dalaman diri kita untuk lebih baik dan dapat diperbaiki. Tidak gopoh untuk membuat keputusan dan tindakan. Selain tu juga, setiap padang golf memang cantik-cantik pemandangannya. Serious. haha
Ada lake di padang golf, |
Bagi yang mengatakan sukan golf akan menyebabkan seseorang itu tinggal solatnya sebab sibuk dipadang. Untuk pengetahuan, di padang golf, banyak disediakan kemudahan tempat solat, bilik air dan sebagainya. Memandangkan golf tiada masa ditetapkan untuk seseorang itu perlu menamatkan permainan, maka bila masuk waktu berentilah solat sekejap. Dan memang ramai pun yang akan tunaikan solat. Kalau korang masuk padang golf korang boleh nampak situasi ni. Bagi mereka yang tak solat memangla ada. Tapi janganlah ikut mereka. Di luar golf pun belambak yang tak jaga solat. Justeru, jangan kaitkan sukan dengan soal solat. Selain itu juga, 'beating'. Ya, memang ada. Tetapi ini soal pilihan kita. Aku sendiri tak pernah beating ketika bermain. Bergantung pada diri dan nawaitu kita. Aku ingat semasa kursus induksi golf ketika mendaftar menjadi ahli kelab golf, captain kami berpesan 3 perkara. Jaga solat, jangan berjudi dan jangan tinggal keluarga. Dan ini yang aku pegang dan alhamdulillah sukan ini sangat baik.
Hari ini kalau kita pergi ke driving range, kita akan dapati ramai anak-anak sekolah yang masih kecil telah mula berjinak-jinak dengan sukan golf. Mereka dilatih oleh coach yang berpengalaman. Budak-budak mudah dilentur. Golf juga melatih untuk kita belajar fokus. Baik untuk pembesaran anak-anak jika didedahkan seawal usia. Banyaklah lagi kebaikan golf jika digali.
Kesimpulan
Dalam hidup ini, merupakan pilihan. Kita bebas memilih apa sukan sekalipun untuk kita bermain. Jadi, nasihat aku ceburilah apa sukan sekalipun agar kita sentiasa sihatkan tubuh badan kita dan sesuai dengan minat kita. Semua jenis sukan mempunyai kelebihan dan kebaikannya. Aku bercerita tentang kebaikan golf sebab aku bermain golf. Bukan bermakna menafikan sukan-sukan lain. Jangan salah sangka ya. Disamping itu juga terdapat kelemahan golf, tetapi mengapa sentiasa mencari tentang negatif sesuatu, sebaliknya suburkanlah tentang positifnya,kan lebih baik?
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment