Wednesday 30 June 2021

BLOG YANG MELUCUKAN DAN MENGGEMBALIKAN MEMORI ZAMAN REMAJA

 Assalamualaikum semua,

Semalam aku sengaja tinjau balik blog yang suatu masa dulu pernah jadi 'trending' di Malaysia bila ramai yang ada akaun blog yang menjadikannya sebagai medium penulisan dalam menyampaikan pandangan masing-masing. Tak kurang juga bagi ahli politik yang mengkritik dan menyampaikan pandangan mereka menggunakan blog. Sementara mereka-mereka yang menggunakan blog sebagai menjana pendapatan juga bijak mengambil peluang.

Aku? jadikan blog sebagai meluahkan pandangan serta berkongsi sesuatu dengan pembaca yang melayari dan singgah di blog aku ni saja.

Ok, berbalik semula pada kisah semalam, aku ada seorang kawan sekolah ni, aku tahu dulu dia juga ada blog. Tapi macam aku juga dan yang lain-lain, bila perubahan zaman, nampaknya kini orang telah mula beralih kepada media sosial yang lain seperti Twitter, FB dan Instagram.  So jadi, kelihatannya blog sudah semakin lesu dan sendu.

Jadi, aku cari balik blog seorang kawan ni dan ya ternyata memang dan lama tersadai tanpa entry terbaru pun. Dan aku mula membaca coretannya yang lama satu persatu. Semakin aku baca makin kelakar la pulak­čść. Secara automatik, ianya terus mengimbau memori lampau yang indah. 

Kini, kami telah berkeluarga dan membawa haluan masing-masing dan aku doakan dia moga dikurniakan kesihatan yang baik dan ceria selalu dan kekal lawak!

MUNGKIN DAH BERHABUK

 Salam semua,

Dah lama tak menjengah di blog aku ni.. Insya Allah, time PKP macam ni akan cuba luang masa untuk kembali menulis di blog yang dah bersawang ni.. See you later guys!