Monday 21 March 2016

PELAKSANAAN PROJEK MINI ESTET PADI (MEP) : SATU LEGASI

PROJEK MINI ESTET PADI (MEP) yang dilaksanakan di PPK Padang Siding
Briged kerja yang melakukan aktiviti pengawalan makhluk perosak di tapak projek

MEP yang dibangunkan kini hampir 200 hektar
Assalamualaikum guys!


  1. Terutama sekali aku inginkan ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan ataupun pasukan kerja yang pernah sama-sama berkhidmat dengan aku suatu ketika dahulu di PPK Padang Siding. Korang memang awesome!
  2. Pada 13 Mac 2016 yang lalu, PPK Padang Siding baru sahaja menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 41 tahun. Ya, 41 tahun. Sudah tentu, dalam tempoh yang panjang itu, organisasi ini telah meredah suka duka sepanjang tempoh berkenaan dari awal penubuhannya hinggalah sekarang. Sesungguhnya, aku amat bersyukur kerana pernah diberi peluang untuk mencurahkan segala bakti dan kudrat serta idea untuk tempoh 5 tahun. 
  3. Sudah pasti dalam tempoh berkenaan, pelbagai pengalaman telah ditimba di sana dan antaranya penubuhan projek Mini Estet Padi (MEP) di PPK Padang Siding. Masih segar dalam ingatan bagaimana saat-saat awal untuk mewujudkan MEP di sana. Kami sepasukan bersusah payah untuk memastikan idea dan cadangan ini direalisasikan. Alhamdulillah berkat doa dan usaha, akhirnya MEP sulung seluas 30 hektar telah berjaya diwujudkan di kg. Kok Klang, Perlis yang merupakan salah satu unit peladang di bawah kendalian PPK Padang Siding. Kami sangat komited untuk menjayakannya. Masih terbayang kuat dalam ingatan apabila kami terpaksa turun pada jam 9.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam di kg. Kok Klang untuk bertemu dan memberi penerangan serta sesi soal jawab kepada petani di sana demi meyakinkan mereka tentang kebaikan mewujudkan MEP di kawasan mereka. 1 jam pertama, kami dilihat kurang memberi keyakinan kepada mereka yang kemudiannya enggan bersetuju menyertai MEP. Namun, jam berikutnya, telah memeta sejarah baru apabila akhirnya pewujudan MEP berjaya menjadi realiti di sini.
  4. Tahun 2014, sekali lagi kami berjaya menggembangkan keluasan MEP di unit peladang kg. Belukar seluas 50 hektar dan tahun 2015, kami menggembangkan keluasan MEP ini menjadi 200 hektar. Sistem pengurusan MEP juga ditambah baik dari semasa ke semasa untuk memastikan pengurusannya menjadi sistematik dan memuaskan kehendak pelanggan yang berurusan dengan PPK Padang Siding.
  5. Akhir sekali, terima kasih kepada semua atas kerja kuat kalian sehingga memungkinkan semua ini berlaku dengan jayanya. Hari ini aku telahpun berpindah ke tempat lain, salah seorang pasukan kami juga telah dinaikkan pangkat serta berpindah. Tak kurang juga yang bakal bersara pada bulan April ini. Semoga kalian terus cemerlang di mana kalian berada. Buat kepimpinan baru di organisasi ini, kami doakan semoga kalian akan terus mencipta kegemilangan demi kegemilangan. Insya Allah. Selamat maju jaya!

No comments:

Post a Comment