Nasi lemak ni harganya RM1.00/bungkus tapi sekadar nasi dan sambal bilis sahaja |
Berbicara
tentang makanan authentic Malaysia seperti nasi lemak memang sudah sinonim
dengan rakyat negara ini. Malah ianya turut menjadi ‘signature product’ buat Malaysia. Aku masih ingat masa kecik-kecik dulu, nasi
lemak dijual pada harga sekitar RM 0.30/bungkus. Kemudiannya menjadi RM
0.50/bungkus. Bungkusannya pada masa itu adalah daun pisang yang menjadi trade-mark
makanan kegemaran rakyat Malaysia hingga kini. Harga RM 0.50/bungkus agak
bertahan lama juga. Aku masih ingat lagi masa adik bongsu aku pergi sekolah
tabika, dia suka makan nasi lemak. Memang pagi-pagi cari nasi lemak. Beli 2
bungkus. Baru RM 1.00 masa tu.
Di
tempat aku masa tu ketika penjual-penjual nasi lemak menjual pada harga RM
0.50/bungkus, tapi ada seorang pakcik ni yang menjual nasi lemak bersebelahan
sekolah cina menjualnya dengan harga RM 0.70/bungkus kemudiannya menjadi RM
1.00/bungkus. Masa tu dia yang paling mahal berbanding dengan penjual lain.
Ketika itu, nasi lemak dijual dengan lengkap segala benda wajib di dalam
penyediaan hidangan nasi lemak. Antaranya adalah (a) Nasi, (b) Ikan bilis
goreng, (c) Kacang goreng, (d) telur ayam rebus, (e) timun dan (f) sambal
bilis.
Pada
semua hidangan itu, nasi lemak dijual sekitar RM 0.50/bungkus. Tetapi nasi
lemak kelihatannya melalui evolusi seiring zaman. Nasi lemak telah mula ‘diolah’
dan harganya pula semakin meningkat. Kadang-kadang, kita dapati nasi lemak yang
kita beli tidak sepadan dengan harga yang kita bayar. Apa tidaknya, harga kini
telah mencapai RM1.00/bungkus. Bagi yang jual di RnR, lebuhraya harganya
sekitar RM1.50/bungkus. Tetapi nampaknya kualiti semakin menurun. Segala ‘aksesori’
banyak yang dikurangkan. Hari ini jika kita beli sebungkus nasi lemak, maka
yang tinggal adalah nasi dan sambal bilis sahaja. Lain-lain dah tak ada lagi.
Malah pernah sekali tu aku beli, memang semata-mata nasi dan sambal sahaja. Harga
tetap RM1.00.
Jika
kita perhatikan evolusi dari aspek pembungkusan pula, kita akan dapati bahawa
dahulunya jika orang-orang lama akan tahu bahawa nasi yang dibungkus itu
sememangnya menggunakan daun pisang dan diorang akan potong empat segi kecul
letak di atas puncak nasi itu untuk alas sambal bilis sebelum dibungkus. Orang
baru-baru mungkin tak sempat lihat perkara ini. Kini, penggunaan daun pisang
semakin kurang, mungkin kerana sukar untuk mendapatkannya lebih-lebih lagi mereka
yang menjual dibandar-bandar besar. Jika ada pun, mereka akan letakkan sedikit
daun pisang sahaja sebagai simbol nasi lemak dan selebihnya dibungkus dengan
kertas minyak. Sebelum penggunaan kertas minyak itu, nasi lemak dibungkus
dengan kertas surat khabar dan di dalamnya diletakkan plastik lutsinar. Tapi
bungkusan tu tidaklah jadi segitiga, sebaliknya seolah-olah dibungkus bulat. Malah saiznya juga semakin mengecil dari sebelumnya.
Kemudiannya
bungkusan nasi lemak dimodenkan lagi dengan memasukkannya di dalam bekas polistren
sekaligus menghilangkan identiti nasi lemak itu sendiri. Nasi lemak terus
berevolusi dengan pengenalan pula polistren sebesar saiz burger sahaja.
Sementara
jika dilihat pula dari aspek menunya pula, nasi lemak yang dahulunya terdapat 6
ramuan asas, kini telah dimodenkan lagi dengan pelbagai menu tambahan. Lihat
bagaimana nasi lemak dijual dengan boleh tambah ayam masak merah, ayam goreng,
ayam masak kicap, daging masak pedas dan pelbagai lagi. Ada juga penjual
mempelbagaikan juadah untuk nasi lemak dengan peparu dan sebagainya seakan
sudah bertukar menyamai nasi kandar pula. Lihatlah bagaimana nasi lemak
antarabangsa di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Penuh pelbagai menu dah menjadi
macam nasi kandar. Tengok bagaimana nasi lemak royale di alor star yang seakan
jadi nasi kandar.
Suatu
hari nanti mungkinkah nasi lemak akan hilang tradisinya dan identitinya?
Lama-kelamaan malah sudah ada pun walau jual nasi lemak tapi nasinya sekadar
nasi putih semata-mata. Apakah suatu hari nanti, resipi tradisi ini semakin
luput ditelan zaman? Dan anak genarasi akan datang akan mengenal nasi lemak
adalah ‘versi’ mereka semata-mata walhal ianya merupakan makanan tradisi negara
ini dengan rasa dan kelemakan yang sebenar. Warisan yang perlu dikekalkan agar
tidak ditelan zaman.
Wallahua’lam.
Bagi saya tidak salah untuk divariasikan sesuatu produk atau makanan. Mengikut peredaran zaman gitu. Apa pun semoga warisan turun terumurun tidak terus dilupakan dan dibawa sentiasa sampai bila-bila.
ReplyDeleteSedap pula teringat nasi lemak daun pisang. Lepastu kerat petak letak atas
part variasi tu xsalah,,part yang asal di kurang dan xde tu salah..haha...
Deletemmg sedap ns lemak..mbuka selera di waktu pagi.. ;p