Tuesday 14 September 2021

ORCA : PENGOPERASIAN DI ICELAND

 

Kilang Orca oleh Climeworks 
(sumber gambar : Dezeen.com)


Beberapa hari lalu, sebuah kilang terbesar dunia yang dikenali sebagai Orca di Iceland telah beroperasi. Orca dibangunkan oleh syarikat dari Switzeland bertujuan untuk menyedut karbon dioksida yang berada di atmosfera dan menukarkannya menjadi batu-batuan.  Orca bermaksud tenaga. Pengoperasian kilang ini dijangka dapat menyedut kira-kira 4000 mt karbon dioksida dari udara untuk diproses dan menukarkannya kepada batu. 

Aku terbaca berita tentang pengoperasian Orca ini dari Dezeen News.com dan juga turut dikongsi oleh persatuan berkaitan alam sekitar. Jika Orca mampu beroperasi dengan baik sekurang-kurangnya ianya dapat membantu untuk menangani masalah gas karbon dioksida yang berada di udara selain tumbuh-tumbuhan yang menyerapnya untuk tujuan untuk membebaskannya semula kepada oksigen yang menjadi keperluan hidupan khususnya manusia di planet ini. Jika dilihat perkembangan semasa, telah banyak hutan ditebang dengan rakusnya sehinggakan kebanyakan tempat telah menerima kesan buruk akibat daripada penebangan hutan. Implikasi lain selain bencana alam adalah turut menyumbang kepada kekurangan medium untuk penyerapan gas karbon dioksida oleh tumbuhan hijau dan membebaskan gas oksigen kepada alam. Walaupun inisiatif pengoperasian Orca ini adalah untuk menyedut karbon dioksida tetapi ianya tidaklah mampu untuk menukarkannya kepada oksigen sepertimana tumbuh-tumbuhan. Selain itu juga, apakah kos pembuangan gas karbon dioksida dari udara ini merupakan kos yang efektif untuk jangka panjang juga belum diketahui. Diharapkan kilang ini dapat membantu menyumbang untuk pengekangan kepada peningkatan pemanasan global dan dalam masa yang sama tidak pula membawa malapetaka terhadap alam sejagat.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment