Tuesday 21 September 2021

SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS

Pengumuman oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi baru-baru ini bahawa semua IPT akan mula dibuka semula dan keperluan pelajar untuk masuk semula ke kampus-kampus secara berperingkat mulai 3 Oktober 2021 ini telah memberi isyarat jelas mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dan fizikal akan bermula seperti biasa. Dikala itu juga bakal memberi semula 'kehidupan kampus' untuk dirasai oleh mereka yang bergelar pelajar sepertimana pelajar-pelajar terdahulu melalui fasa-fasa pengajian di IPT suatu masa dahulu sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia.

Disamping itu juga, buat mereka yang telah menerima tawaran menyambung pengajian sama ada diperingkat Diploma mahupun Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti dalam pelbagai bidang, tahniah diucapkan. Tentunya ada yang ditawarkan bidang yang dipilih sebelum ini dan diminati tetapi tidak kurang juga buat mereka yang ditawarkan bidang yang mereka tidak pilih tetapi itu adalah muktamad. Bahkan ada bidang-bidang jurusan yang ditawarkan seolah-olah menggusarkan ibu bapa mengenai masa depan anak mereka. Nasihat saya, usah gusar dan bimbang. Dorong dan sokonglah anak anda di dalam menuntut ilmu pengetahuan. Jurusan yang diambil di universiti itu bukanlah sesuatu yang mengecewakan dan bersedih jika ianya tidak menepati pilihan kita. Bukan.

Sebaliknya, jurusan-jurusan yang ditawarkan itu perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan kita berjaya mendapatkan tahap yang paling cemerlang dengan usaha yang sehabis baik dilakukan. Tugas pelajar adalah belajar dengan tekun. Tanpa ketekunan, segalanya akan dipersia-siakan dan menyesal dikemudian hari. Ada rakan di tempat kerja semalam bertanya pandangan kami berhubung jurusan yang ditawarkan kepada anaknya iaitu sains perhutanan. Adakah jurusan ini baik, ada masa depan atau tidak? Jawapan seorang lagi kawan mengenai persoalan itu yang saya kira cantik dan bersesuaian. Katanya "belajar dalam apa bidang pun boleh, janji kita perlu menguasai bidang itu dengan ketekunan dan bersungguh-sungguh, insya Allah kita akan berjaya!"

Saya terpanggil untuk mengulas tentang jawapan itu. Pada saya ianya terbukti benar. Apa bidang sekalipun jika kita berusaha, belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik dan akhirnya kita akan muncul pelajar yang cemerlang dan terbaik di dalam bidang yang kita pelajari dan kelak kita akan berjaya. Contoh, jika seseorang itu mengambil jurusan pengajian bahasa arab di universiti. Pada dasarnya, seseorang pelajar yang mengambil jurusan ini akan hanya belajar tentang bahasa arab dan sastera sahaja. Tetapi jika pelajar ini tekun dan bersungguh-sungguh ianya boleh muncul terbaik dengan penguasaan yang cemerlang serta lain dari yang lain. Misalnya disamping penguasaan di dalam bahasa arab dia juga mahir di dalam menguasai bahasa inggeris. Ini akan menjadikannya lain dari yang lain. Demikian juga, dalam lain-lain jurusan. Jika seseorang pelajar itu mampu menonjolkan kelainannya di atas ketekunan dan kesungguhannya, insya allah dia akan berjaya. 

Sebab itu, penguasaan yang pelbagai mula diterapkan sejak di sekolah lagi. Misalnya jika kita lihat dahulunya Maahad Tahfiz atau sekolah-sekolah agama hanya menumpu kepada soal agama semata-mata sehinggakan anak-anak yang dilahirkan dari lepasan ini hanya mengetahui membaca quran dan agama sahaja. Tidak yang lain-lain. Tetapi kemudiannya, kerajaan telah mula memasukkan elemen tuntutan agama yang sebenarnya dengan memasukkan gabungan antara ilmu agama dan tuntutan agama iaitu sains dan teknologi. Maka muncullah sekolah Ulul Albab yang menggabungkan tahfiz dan sains diajar di sekolah. Melalui kaedah itu, seseorang pelajar bukan sahaja mahir menghafal quran tetapi juga boleh melahirkan jurutera, saintis, akauntan, doktor yang profesional tetapi bertunjang agama di dalam dada mereka. Ilmu-ilmu itu bukannya ilmu barat tetapi ianya merupakan tuntutan agama untuk dipelajari. 

Berbalik kepada apa jurusan sekalipun dipelajari hendaklah ditekuni sebaiknya supaya bukan sahaja untuk diri kita dan keluarga kita tetapi juga kepada negara dan agama kita. Justeru, kepada pelajar dan bakal pelajar, selamat kembali ke kampus dan menekuni ilmu dengan bersungguh-sungguh. Selamat maju jaya!


6 comments:

  1. semoga para pelajar menerima perkhabaran ini dengan hati yang tenang dan terbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga para pelajar menekuni ilmu sebaiknya

      Delete
  2. adik bongsu saya kata dia memang sangat tertunggu-tunggu untuk kembali ke kampus. Banyak yang susah nak di buat dengan pembelajaran atas talian, banyak yang terbatas. Katanya lagi penat belajar online dari secara bersemuka. Apa pun moga semuanya baik-baik saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang byk dengar...sepupu sy pun ckp susah cara online ni.. masuk kampus bljr face to face dgn lecturer jugak katanye,, lbh2 lagi kalau melibatkan amali or lab..

      Delete
  3. Pasti ramai pelajar rindu kehidupan di U atau IPTA

    ReplyDelete