Buah salak madu |
Pada
awal tahun 2016, aku mengikuti satu trip lawatan sambil belajar ke Thailand.
Lawatan ini bagi melihat tentang pembangunan sektor pertanian di sana. Lawatan
ke sana adalah ke wilayah Phatthalung, Thailand. Di Phatthalung, wilayah yang
mempunyai kira-kira 20% sahaja muslim daripada jumlah penduduk di sana.
Ladang Salak Madu di Phatthalung, Thailand |
Semasa
lawatan berkenaan kami di bawa melihat tentang pembangunan tanaman salak yang
diusahakan. Apa yang menarik, bukan sahaja diusahakan sebagai ladang tanaman
salak semata-mata tetapi juga ianya turut menjadikan kawasan kebun mereka
sebagai pusat tumpuan agropelancongan. Sungguh pun di Thailand, para petani
mereka tidak mendapat subsidi atau bantuan sepertimana Malaysia, namun di atas
kesuburan tanah serta kegigihan mereka di dalam memajukan sektor pertanian
memang sudah terbukti selama ini. Kemajuan di dalam sektor pertanian seharusnya
diakui.
Ok,
berbalik kepada lawatan ini, aku tidak bercadang untuk menghurai lanjut tentang
isi lawatan, sebaliknya aku nak kongsikan kepada korang semua jika ada peluang
ke Phatthalung, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu masakan tradisi yang
terkenal di sana iaitu Kaeng Som! Kheng Som ni kalau nak diceritakan adalah
menu masakan berkuah dan pedas. Boleh berpeluh oo.. tapi sangat sedap! Kalau di
Malaysia, lebih kurang Asam Pedas rebus. Tapi kuahnya berwarna kekuningan cair.
Ikan yang selalu digunakan untuk memasak Kaeng Som, adalah ikan siakap. memang
sedap. Di Dalamnya akan dimasukkan nanas, sebatang serai dan juga kangkung.
Ini la rupa Kaeng Som (p.s: ni gambar aku ambil dari google je, sebab xde pulak nak ambil gambar masa masak kaeng som tu..hehe) |
Di
rumah, aku sesekali bila teringatkan akan kaeng som, selalu teringat kepada
phatthalung. Dan begitula sebaliknya. Orang rumah pun suka kheng som yang
sebelum ni dia pun tak pernah makan. Biasanya kalau masak di rumah, kami lebih
gemar meratah dan menghirup kuahnya dan nasi hanya dalam portion yang sedikit.
Tapi memang terangkat. Walaupun, tahap kepedasan yang disediakan orang rumah
tidakla sepedas di thailand tapi cukup untuk mengubat kerinduan. hehe. Kepada
yang pernah makan, mesti tahu rasanya.
Itu
sahaja yang aku nak share petang ni. Bye,
Pandemik covid ni memang tak boleh jalan ke sana . Kalau tidak setiap tahun CCL akan jejak kaki ke negara thailand . .misi pencarian makanan yang sedap2
ReplyDeletestuju sangat..pandemik ni mmg xblh ke mana pn..haha.. wah, yeke,, tapi di sn mmg makanannye sedap2,,
Deletepengalaman manis
ReplyDeletebetul tu syaz.. bila mengimbau semula, menggamit memori,,eceh2..;p
Deleteudah macam tanam pokok kelapa sawit je , cantik tersusun
ReplyDeletehaah kan,,,haha..cantik dan bersih kebunnye..mungkin diorg jaga sebab tempat tumpuan pelancongan..
DeleteWah. pengalaman yang menarik. teringat waktu belajar dlu. masa yang paling yg tidak dilupakan antaranya adalah lawatan sambil bljr. btw done follow #109
ReplyDeletehaha..memang seronok bile ikut lawatan kan..hehe,,tq dila,
Delete