Air terjun Coban Rondo |
Mengimbau
kembali ketika percutian ke Surabaya dan Malang, Indonesia pada November 2016
sememangnya memberi kenangan yang manis dan catatan perjalanan memahat di dalam
ingatan sehingga ke hari ini. Percutian hanya 5 hari dan 4 malam sahaja.
Pelepasan dari KLIA menaiki pesawat AirAsia terus ke lapangan terbang Juanda International di Surabaya, Indonesia.
Setibanya
di Surabaya, saya bersama rakan-rakan di bawa menaiki coaster (bus mini) untuk
meneruskan perjalanan menuju ke Malang. Perjalanannya jauh. Memakan masa antara
4 hingga 5 jam perjalanan. Dihiasi dengan panorama suasana kampung dan kawasan
pertanian disepanjang jalan serta boleh nampak gunung sinabung iaitu gunung
berapi yang aktif sehingga kini. Oleh kerana perjalanan jauh, jadi kebanyakan
masa di dalam perjalanan aku melihat panorama, berkaraoke dan tidur sementara
menunggu untuk sampai. Sebaik sahaja sampai di Kota Malang, suasana sudah
hampir memasuki senja. Kami lalu dibawa oleh pemandu pelancong untuk ke restoran
dan dikenali sebagai Rumah Makan Inggil yang sememangnya popular kepada para
pelancong yang berkunjung ke Malang. Memasuki Inggil ini, ianya agak suram dan
dihiasi dengan pelbagai ukiran patung-patung kayu dan kesenian. Makanan di sana
juga enak dan boleh dimakan. Ianya lebih berkonsepkan kepada museum dan
restoran makan.
Rumah Makan Inggil |
Kemudiannya
kami di bawa ke hotel Ibis di Malang untuk bermalam. Malam itu kami diberi
aktiviti bebas untuk bersantai dan kami diberitahu tentang makanan popular di
Malang adalah Bakso Presiden dan juga Bakso Cak Man. Oleh kerana, kami sudah
sampai, maka tak lengkap jika merasai bakso berkenaan kerana untuk hari esok
dijadualkan penuh dengan aktiviti. Maka kami mendapatkan maklumat dan kami
akhir pilih Bakso Cak Man kerana berdekatan dengan hotel tempat penginapan kami.
Memang sedap bakso Cak Man.
Bakso Cak Man |
Keesokkan
harinya, kami di bawa untuk melawat ladang apple dan boleh memetik sendiri
berapa banyak buah apple dan akan ditimbang untuk dibayar untuk dibawa balik.
Selain itu juga, kami turut berkesempatan ke kawasan rekreasi dan air terjun
yang dikenali sebagai Coban Rondo. Atau di dalam bahasa melayunya Air terjun
Janda. Tinggi air terjunnya dan sejuk kawasannya. Kami juga berkesempatan ke
Masjid biru atau dikenali sebagai masjid jin yang dibina setinggi 5 tingkat
kalau tak salah. Pengalaman melancong ke Surabaya- Malang juga turut ke kilang
perusahaan rokok yang popular di Indonesia iaitu rokok Sampoerna. Menariknya,
di kilang itu semuanya menggunakan tenaga manusia. Kami tidak dibenarkan
mengambil gambar di ruangan pekerjaan. Selain itu juga, kami turut
berkesempatan untuk membeli belah di Surabaya sebelum pulang ke Malaysia.
Antara kenangan yang dibawa balik adalah baju T-shirt, baju batik dan juga ikan
Bandeng salai.(Gambar ikan bandeng,cari tak jumpe pulak..hehe)
Ladang Apple |
di Kilang rokok Sampoerna |
Segala
kenangan dan pengalaman sepanjang di Surabaya dan Malang akan kekal di dalam
ingatan dan kenangan di dalam memori pelancongan aku.
Di indonesia pun ada ladang epal . Siap boleh petik lagi . Nedt kn . CCL belum ada rezeki lagi nak jejak kaki ke tanah surabaya
ReplyDeletehaah,, ade apple..insya allah, suatu hari nnt blh ke sana nikmati keindahan alam ciptaan tuhan
Delete