Thursday 16 September 2021

MELANCONG KE KRABI, THAILAND

 

Pulau di Krabi, Thailand

Salam semua,

Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman melancong ke Krabi, Thailand sewaktu masa dahulu. Memandangkan sekarang ini, pintu sempadan negara masih ditutup, makanya aku sekadar berkongsi travel ke negara orang dengan 'throwback' sahaja. 

Cantik tak pantai di pulau ni?jernih je airnya

baju t-shirt ni memang dah plan untuk beli dan terus dipaka


Ok, Kali ini aku ingin semadikan catatan album kenangan melancong aku sekitar penghujung tahun 2014 iaitu hanya ke negara jiran iaitu di Krabi, Thailand. Sebenarnya, ketika itu aku dan rakan-rakan lain plan untuk melancong ke Krabi oleh kerana di sana dikatakan mempunyai tempat yang cantik dan menjadi tumpuan pelancong. Oleh kerana aku memang tak pernah sampai ke Krabi, jadi semestinya lah aku teringin sangat untuk sampai ke sana. Kami pergi ke sana dengan menaiki van yang disewa beserta pemandu pelancong sekali. Untuk pergi secara 'bag-packer' memang takla kot. 

Trip kami programnya adalah selama 3 hari dan 2 malam sahaja. Kami pergi hanya 10 orang atau satu van sahaja. Perjalanan bermula ketika dari Perlis mengikut pintu masuk di Padang Besar. Perjalanan masa itu mengambil masa juga dan kami terus ke Pantai Aonang atau Aonang beach dan menginap di kawasan berdekatan. Di Krabi, bagi sesiapa yang belum pernah sampai sangat mudah untuk memperoleh makanan halal memandangkan populasi muslim di sana sekitar 50% dan banyak kedai makanan yang halal boleh didapati. 

Ni masa diorang kayuh sampan menuju masuk ke dalam gua di depan tu


Dalam gua sebelum sebelum kami kena baring dalam sampan

Inilah dalam gua yang starlight tight tu.. macam kristal

Keadaan di dalam gua..




Di dalam perjalanan sebelum sampai di Krabi, kami singgah di satu tempat (aku pun dah tak ingat apa nama tempatnya) tetapi di situ kami dibawa menaiki sampan yang dikayuh oleh pendayung sampan untuk dibawa masuk ke dalam sebuah gua air. Apa yang menarik di dalamnya kita boleh melihat starlight tight dan starlight might (maafkan aku jika ejaannya tidak betul) selain mereka yang suka masuk ke gua memang sesuai. Tetapi kemudiannya kami diarah untuk berbaring di dalam sampan kerana sampan akan melalui satu ruang yang sangat sempit sehinggakan kita tidak boleh langsung untuk bangun!! Batu-batu gua muat-muat paras hampir menyentuh hidung kita sahaja ketika berbaring. Gelap pulak tu masa lalu kawasan tu. Memang mendebarkan. Aku time tu first time masuk dan lalui pengalaman macam tu memang panik habis dan hanya berdoa banyak-banyak. Bapak punya risau wei. haha. Sebalik sahaja keluar dari gua, memang tergelak habis semua orang dan pengalaman memang menyeronokkan walaupun awalnya menyeramkan. haha

Kemudiannya kami terus ke aonang beach dan menginap di sana. Malam itu, kami ditawarkan oleh pemandu pelancong jika ingin menikmati makan malam di atas rumah rakit di sebuah kampung berdekatan. tetapi ianya tidak termasuk pakej. Jika setuju, dia akan bawa ke sana serta dia perlu buat tempahan awal waktu petang kerana biasanya tempat itu akan penuh dengan pengunjung yang majoritinya adalah pelancong. Kami bersetuju. Caj satu kepala untuk makan malam tu adalah RM30/orang (kalau convert duit Malaysia). Kami menelusuri sungai dengan menaiki boat menuju ke perkampungan itu untuk sampai di rumah-rumah rakit milik penduduk kampung berkenaan yang diusahakan. Disini aku melihat bagaimana industri pelancongan Thailand sangat hebat. Mereka merencanakan sektor pelancongan menerusi perancakan ekonomi desa, dimana orang-orang kampung memperoleh manfaat daripada limpahan ekonomi kedatangan pelancong selain mempromosikan budaya penduduk tempatan menerusi tradisinya dan juga makanan.

Ketika dalam bot menuju ke rumah rakit bagi menikmati makan malam



Sebaik sahaja sampai, memang terbukti penuh orang disepanjang dan setiap rumah-rumah rakit yang ada. Meja tempahan kami memang telah tersedia. Menu makan malam itu sudah tentu tomyam, ikan siakap, sotong, ketam dan beberapa lagi yang turut dihidang bagi pelancong menikmati makan malam mereka sambil menyaksikan suasana malam di atas rumah rakit itu dengan bertemankan nyalaan lampu-lampu dari mentol sekitar 60 watt setiap satu. Cantik dan makanannya pun sedap dan menepati selera.

Selesai makan, kami kembali semula ke hotel. Keesokkan harinya kami sudah dimaklumkan untuk turun awal dari hotel kerana aktiviti laut akan bermula seawal pagi. Jadi kami mengikut jadual yang ditetapkan. Keesokkannya kami bergerak kepantai dan menaiki bot seolah-olah boat nelayan tapi cantik untuk ke sebuah pulau. (pulau ni pun aku dah lupa namanya..) tapi memang tumpuan pelancong. Sampai di pulau itu, memang airnya sangat jernih dan mempersona. Terdapat beting pasir yang kita boleh berdiri dan menelusurinya. Ramainya orang tak ingat. mandi manda dan menyelam. Sepanjang kami di pulau itu dari atas bot lagi telah dipesan supaya tidak membuang apa-apa sampah di sana. Setiap beg plastik atau botol minuman hendaklah dibawa balik semula ke atas bot untuk dibuang apabila sampai di daratan nanti. Wah, peraturan yang ditetapkan memang terbaik sehinggakan keindahan pulau berkenaan terpelihara walaupun aktiviti pelancongan diadakan di pulau itu. 

Satu lagi, di pantai aonang ni ada jual baju-baju dan sebagainya untuk cenderamata dibawa balik tanda kenang-kenangan. Murah-murah dan berpatutan. Terdapat juga tailor shop di sana. Bagi kami yang lelaki akan ditawarkan jika berminat untuk menempah baju blazer lengkap dan dijamin siap keesokkan harinya. Tapi masa itu aku menolaknya. Ternyata selepas pulang ke Malaysia memang menyesal yang amat kerana tak tempah dan buat. Sebabnya blazer di sana sangat murah dibandingkan dengan tailor di Malaysia. Kualitinya pula memang terjamin. Rakan-rakan di Malaysia cakap kalau pergi ke Thailand atau Vietnam, jangan ragu-ragu untuk tempah blazer. Aku pulak masa tu tiada pengalaman dan takut-takut. aduhh menyesalnya. Masa tu seingat aku dia tawarkan harga sekitar RM250/suit sahaja dengan pilihan kain berkualiti. Tapi aku tolak sebab rasa macam takot kena tipu. Kalau di Malaysia, siaplah dalam sekurang-kurangnya RM700/suit. Sudahlah masa tu tukaran duit Malaysia dengan Thailand masih murah. Sekarang khabarnya duit thai baht lagi tinggi.

Inilah rant untuk menaiki gajah..


Itu antara perkara yang aku menyesal tak tempah bila berpeluang berada di sana. Selain itu, kami dibawa ke santuari gajah. Kami dibawa menaiki gajah untuk mengelilingi kawasan track yang ditetapkan. Ini satu lagi perkara yang aku mungkin kesal sebab aku join naik gajah. Sebabnya, aktiviti seumpama mendera haiwan perlu kita boikot dan tidak perlu sokong. Jika pelancong terus-terusan pergi dan naiki gajah, maka gajah-gajah ini sebenarnya seolah-olah menjadi hamba kepada pengusahanya kerana mereka menajdikan ianya sebagai sumber pendapatan. Seksaan kepada gajah yang tidak mahu mengikut arahan akan dilakukan. 

Sesiapa yang sampai di Krabi, tak sah kalau tak bergambar kenangan di mercu tanda ketam ni 


Sebelum bergerak balik meninggalkan Krabi, kami bergambar kenangan di tempat ketam besar sebagai tanda ikonik di Krabi dan kami bergerak ke Hatyai dan bermalam di sana sebelum balik ke Malaysia.Sempat ke floating market di hatyai dan membeli belah di sana dan berlepas pulang ke Malaysia kemudiannya. Aktiviti yang padat dan walaupu  penat tetapi menyeronokkan. Melancong ke negara orang ini membuka mata dan minda kita serta boleh mempelajari sesuatu hasil dari tempat yang kita kunjungi. Benarlah kata pepatah bahawa 'jauh perjalanan luas pemandangan'. Apapun travel ke krabi memang menarik dan menyeronokkan. Semua ini hanya tinggal kenangan yang masih segar di dalam ingatan. 

Sekian, sahaja perkongsian diari pelancongan aku kali ini. 

Bye,


10 comments:

  1. Krabi antara pantai tercantik di dunia kan. Semoga satu hari saya pun dapat jejak kesana.

    Baguslah encik ada kekesalan sebab elephant ride tu. Masa 2014 tu belum kecoh-kecoh lagi kan pasal ni. Sekarang dah ramai yang aware. Alhamdulillah. Semoga dah tak ada aktiviti sebegitu. hehe

    Skrg nak melancong ke luar tak boleh lagi. Kalau dapat throwback dan jadikan kenangan di blog pun best juga yedok

    ReplyDelete
  2. yes,, siap ade package untuk ke 3 pulau termasuk pulau james bond tapi bayaran lain la... haah, rmai yg dah aware ttg tu.

    setuju, share kat blog ni untuk imbau semula dan rekodkan sebagai catatan peribadi shj. btw, thank you ain singgah dan komen di blog sy,

    ReplyDelete
  3. Pengalaman yang menarik di Krabi, yang iconic tu gajah la di sana selain pantai yang cantik dan makanan laut..

    ReplyDelete
  4. Hehe pengalaman terpaksa berbaring untuk lalu kawasan guna.
    Saya belum pernah ke Krabi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. nanti kalau ade peluang jangan lepaskan untuk ke sana,

      Delete
  5. Time C19 ni, malaplah sektor pelancongan di Krabi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula pasal wak.. kesian juga kepada mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan khususnya pelancongan domestik yang sangat terkesan

      Delete
  6. Travel yang menggembirakan..syukur berjalan hingga ke Thailand ya saudara

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula..berharap wabak covid-19 segera berlalu pergi dan kita semua kembali kepada kehidupan normal..bolehla dapat melancong ke luar negara lagi melihat kebesaran Allah swt.. tksh saudara atas komen

      Delete