Saturday 4 September 2021

IKAN PEKASAM MAKANAN TRADISI PEMBUKA SELERA

 

Pekasam yang siap dibakar

Assalamualaikum semua,

Mesti ada dikalangan korang yang membaca entri ni pernah makan ikan pekasam kan? Ok, saje je kongsikan pasal ikan pekasam ni. Menu ikan pekasam bakar ni antara menu favourite aku. Pekasam merupakan makanan tradisi yang masih kekal hingga ke hari ini. Pekasam sinonim dengan ikan sungai yang akan dijadikan pekasam. Tetapi sekarang, telah banyak dijadikan pekasam. Bukan sahaja ikan sungai sebaliknya ikan laut juga dijadikan pekasam. Bahkan, sekarang daging lembu pun dijadikan pekasam malah daging rusa juga ada dijual sebagai pekasam di pasaran.

Antara ikan yang popular dijadikan pekasam biasanya yang mempunyai banyak tulang. Antaranya ikan lampam, ikan puyu, ikan terubuk dan sebagainya. Aku suka ikan lampam dan juga ikan loma. Bagi di daerah hulu perak, ikan yang popular dibuat pekasam adalah ikan loma. Ikan ini banyak tulang dan musimnya antara bulan 8 dan 9 ni. Masa aku berkhidmat di daerah hulu perak dulu, memang selalu beli pekasam ikan loma ni. Sedap isinya. Tambahan pula, di sana industri pekasam memang rancak. Buatnya pada mereka yang sedang mengidam, memang kena cari kat sana. 

Di sana perusahaan pekasam dilakukan oleh orang kampung. Ada yang masih menggunakan kaedah tradisional dan juga moden. Kalau tradisional, tidak menggunakan sealing machine sebaliknya diikat guna getah dan berair dan memakan masa lama untuk boleh dimakan sebab ianya perlu melalui proses fermentasi yang lama. Sebaliknya bagi kaedah moden, proses fermentasi masih dibuat tetapi tidaklah selama tradisional. Malah pembungkusannya pula menggunakan sealing machine dan kering tidak berbau. Sesuai untuk dibawa travel naik kapal terbang. Malah isinya pula tidak hancur, boleh digoreng macam ikan goreng sahaja. Jika pekasam kaedah trasidional, tulang ikan lembut dan mudah hancur. Tapi kedua-duanya sedap.

Bagi aku, aku suka makan ikan pekasam yang dibakar. Bukannya digoreng. Tetapi penyediaannya memangla agak rumit sedikit. Pelbagai rencah dan ramuan dimasukkan. Antaranya serai,bawang,daun kunyit, dan sebagainya dan dibalut dengan menggunakan daun pisang atau daun kunyit untuk menambah aroma. Sedap weh, menjadi pembuka selera untuk makan nasi tengah hari.

Terpulangla kepada orang yang memakannya. Jika nak cepat just goreng sahaja. Tapi untuk merasai keenakan isi ikan dan makanan tradisi ini, disyorkan untuk membakarnya. Gerenti sedap. 

k, bye!


8 comments:

  1. Tak pernah lagi panggang ikan pekasam. Selalu goreng sahaja dengan bawang dan cili. Fuhhhh terbaikk perginya ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. misti kne cuba ni ain,,sedap tau kalau pekasam dibuat gini drp goreng, ;p

      Delete
  2. wah..pandai ya memasak..Follow blog tuan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukang panggang je tuan..haha..yg siapkan semua2 tu, org rumah.. tksh

      Delete
  3. Sekarang ikan laut pun dah ada dibuat pekasam

    ReplyDelete
  4. Sedap pekasam ..selalunya goreng aje . Ccl tak pernah try versi bakar membakar ni

    ReplyDelete