Assalamualaikum
semua,
sesuai dibaca oleh semua peringkat |
Dah
seminggu tak update entry di blog ini. Kali ini, aku hanya nak kongsi tentang
sebuah buku yang aku baca kira-kira setahun lalu iaitu buku yang berjudul ’27 Tertib Mazhab Bisnes Jepun’ yang ditulis oleh Dato’ Zulkifli Malek selaku CEO Katana
Circle.
Pada
aku, aku sangat rekomen kepada semua yang membaca blog ini supaya memiliki dan
membaca buku ini. Ianya sangat menarik. Buku ini bukan sahaja berkaitan tentang
perniagaan di Jepun tetapi penuh dengan unsur nasihat, kekeluargaan dan
nilai-nilai murni yang diamalkan di negara matahari terbit itu yang boleh
dipelajari dan diikuti oleh kita dalam konteks keluarga, organisasi dan juga
masyarakat. Jika anda membaca buku ini, gaya penulisan penulis di dalam buku
ini sangat santai dan seolah-olah penulis sedang bercakap dengan kita. 27
tertib yang dikongsikan bukan sahaja boleh diaplikasikan di dalam perniagaan
sahaja, sebaliknya juga kepada perkara-perkara lain termasuk di dalam kehidupan
seharian.
Tertib-tertib
yang dikongsi ini juga kelihatannya bukan bermula dalam sehari dua sebaliknya
masyarakat jepun telah dididik dan dibudayakan dalam kehidupan mereka sejak
dari seawal usia lagi. Di dalam sistem pendidikan mereka di sana telah
menerapkan nilai-nilai murni yang asas untuk membentuk manusia dan masyarakat
yang hebat pada masa depan. Kupasan dan perkongsian yang menarik oleh penulis
di atas pengalaman beliau ketika belajar dan juga bekerja serta menetap di
Jepun seharusnya perlu dibaca dan dihayati oleh setiap pembaca buku ini untuk
diaplikasikan kalaupun bukan untuk mesyarakat dan negara tetapi
sekurang-kurangnya kepada diri dan juga keluarga kita untuk mula melakukan
perubahan serta mengamalkan nilai-nilai murni.
(Disclaimer: aku tidak dapat
sebarang komisyen apa-apa tentang perkongsian buku ini, tetapi terpanggil untuk
berkongsi kepada semua supaya bermanfaat)
untuk yang nak meniaga atau yg tak meniaga pun boleh baca ni, ilmu ni mana tahu 1 hari nanti teringin mulakan perniagaankan
ReplyDeletebetul tu,,kalau tak meniaga pn sgt sesuai untuk baca dan amalkan dalam mendidik anak dan keluarga kita ttg nilai-nilai murni yg ada serta tertibnya
Delete