Showing posts with label memori lalu. Show all posts
Showing posts with label memori lalu. Show all posts

Monday, 12 July 2021

TRIP TO HANOI

 Dikesempatan masa terluang ini, aku just nak kongsikan pengalaman ketika ke Hanoi, Vietnam. Cerita ni dah lama sebenarnya sekitar tahun 2017 tapi saja nak kongsikan juga kepada anda yang sudi singgah di blog aku ni mengenai trip ke hanoi. 

Kepada yang pernah ke Vietnam tentu tahu kan macam mana suasana kat sana. Ramai je orang Malaysia yang melancong ke Vietnam (sebelum pandemik covid-19 melanda). Tempat tumpuan popular orang Malaysia ke sana adalah di bandar Ho Chi Minh. Di sana bandar Ho Chi Minh memang terkenal malah peniaga di sana pun dah pandai cakap melayu 😆. Tapi aku bukan nak cerita pasal Ho Chi Minh, tapi aku nak cerita pasal trip ke hanoi iaitu ibu negara vietnam. 

Perjalanan ke sana aku pergi dengan rakan-rakan di pejabat sekitar tahun 2017 menaiki flight AirAsia dari KLIA  terus menuju ke Noi Bai International Airport, Hanoi Vietnam. Ianya memakan masa kira-kira 3 jam sejauh 2092km untuk sampai ke negara yang mempunyai kepadatan penduduk sekitar 95 juta orang itu. Trip kami hanya 3 hari 2 malam sahaja.

Noi Bai International Airport 


Sebaik mendarat, kami di bawa oleh tour guide terus menuju ke hotel penginapan. Untuk makluman, di Hanoi berbeza dengan Ho Chi Minh, kerana di sini untuk mendapatkan makanan halal agak susah berbanding Ho Chi Minh. Dikatakan dalam kota raya Hanoi hanya 100 orang sahaja muslim dan ada satu masjid di tengah bandar hanoi iaitu Masjid Al Noor. Hari pertama kami sampai, mengikut jadualnya kami akan ikuti satu persembahan (lebih kurang wayang kulit kalau di Malaysia) di Lotus Water Puppet. Salah satu persembahan kebudayaan di sana. Sangat menarik. Wayang kulit di Malaysia dimainkan dibelakang kain tabir tapi yang ni masih dibelakang tabir jugak tapi menggunakan air.

Di dalam panggung melihat mereka sedang membuat persembahan

Walaupun ianya dilakonkan di dalam bahasa vietnam, tapi kami tetap terhibur melihat budaya dan cara serta seni yang dipertontonkan kepada pelancong.

Bergambar kenangan dihadapan Lotus Water Puppet

Selepas sahaja tamat persembahan kebudayaan di Lotus Water Puppet, kami hanya bersiar-siar di kawasan sekitar yang juga berhampiran dengan tempat hotel kami menginap. Malamnya kami ke pasar malam sambil mencuci mata. Kami diberi taklimat kemudiannya, bahawa keesokkan paginya kami akan mula bertolak ke Halong Bay iaitu salah satu tapak warisan yang telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO. Sebelum aku terlupa, di sana matawang yang digunakan adalah vietnamese Dong. Duit Malaysia tak laku. Kalau di Ho Chi Minh memang mereka turut menerima mata wang Malaysia, tapi apabila anda di Hanoi, mereka hanya menggunakan matawang Dong. Namun, jika korang menggunakan mata wang USD akan diterima di sana. Selain dari itu, memang mereka akan tolak. Apa yang aku perasan di sana, dari segi makanan, dalam setiap hidangan pastinya ada menu kangkung (tak kira lah sama ada kangkung yang digoreng ataupun dimasak air). Kalau ada mee atau kuey teow sup turut akan ada sayur kangkung disertakan. 

Satu lagi apa yang aku perasan, tentang kebanyakkan gigi diorang ni seolah-oleh berkarat. Ikut logik aku (dan mungkin aku salah) aku dapati antara penyumbang kepada gigit diorang ni berkarat mungkin disebabkan mereka suka makan makanan yang panas-panas terus masuk ke mulut. Contohnya, macam kangkung yang baru dimasak akan terus dimakan. Itu hipothesis aku jela. Mungkin sebenarnya tidak. haha

Hari kedua pula, kami bertolak ke Halong Bay menaiki sebuah bas persiaran. Perjalanan memakan masa kira-kira 3 jam lamanya. Sebaik sahaja sampai di sana, kami menaiki sebuah kapal yang disewa khas untuk kumpulan kami sahaja di dalamnya untuk ke Halong Bay. Atas kapal tu, sudah dipakejkan dengan makan tengahari sekali. Menikmati pemandangan yang indah di sana, memang mengujakan. Sambil melihat kebesaran Allah swt. 
Pulau Batu tu, ianya diletakkan dibelakang sekeping wang Dong

Bergambar kenangan di atas kapal 


Banyak lagi gambar-gambar sekitar di Halong Bay yang menarik dan cantik-cantik tapi tidaklah aku berhajat nak share kat sini semuanya. Halong Bay ni memang salah satu destinasi yang wajib korang pergi kalau dah sampai ke Hanoi ni. Rugi kalau tak pergi ke sini. Selain itu juga, kami juga berkesempatan untuk ke salah sebuah ladang tea. Merasai sendiri pengalaman memetik daun tea dan boleh masak dan minum sendiri tea yang dipetik dan jika mahu boleh juga untuk dibawa pulang dengan membayar mengikut timbangan sebagai tanda kenang-kenangan.

Pengalaman memetik daun tea ni secara jujurnya tidaklah mengujakan sangat sebab di cameron pon dah pernah tengok tea.. tapi layankan saja 


Kemudiannya kami turut dibawa ke salah sebuah pusat kraftangan yang menghasilkan kain sutera daripada ulat sutera menjadi kain. Memang sangat cantik dan harganya mengikut kualiti yang anda mampu. Aku pun ada jugak membelinya sebagai buah tangan bila balik ke Malaysia.
kain sutera yang ditenun menggunakan mesin penenun



walaupun mereka mempunyai GST, namun harga yang dijual masih murah berbanding di Malaysia

Jika korang berkunjung ke Vietnam especially jika ke Ho Chi Minh, jangan lepaskan peluang untuk buat tempahan satu suit blazer. Serious murah berbanding Malaysia. Pembuatannya pun cepat. 

Kesimpulan kepada trip ke Hanoi ni, ketika flight kami ingin mendarat dan juga mahu take off, kami dapati seluas-luas sawah padi yang terbentang. Kalau flight dah take off, kira-kira 20 minit tu masih boleh nampak lagi kawasan sawah padi yang menghijau. Betapa luasnya kawasan sawah padi di Vietnam. Yela, masa belajar dulu pun mereka kan antara negara pengeluar padi dunia. lembah mekong yang menjadi sumber utama pengairan sawah padi mereka di sana. Melancong ke sana kita akan dapat melihat budaya, makanan serta suasana di tempat orang-orang di Vietnam. Satu lagi yang aku perasan sepanjang berada di sana adalah setiap mereka seolah-olah berbangga dengan negara mereka dengan boleh dilihat di mana-mana bendera vietnam akan dikibar. Sama ada di motorsikal, kereta, bangunan premis hotel, rumah, restaurant dan sebagainya. Perkara ini boleh kita jadikan contoh untuk tanam dan budayakan kepada anak watan negara kita tentang semangat patriotisme. Di Malaysia misalnya, untuk mengibarkan bendera dilihat seolah bermusim sahaja. Apabila tiba bulan kemerdekaan barulah hendak dikibarkan. Mengapa kita tidak mengibarkannya sepanjang masa sebagai tanda semangat kita cintakan tanah air ini? Aku fikir sudah tiba masanya untuk kita mulakan menyemai budaya dan semangat ini supaya kita semua lebih menghargai dan mencintai tanah air ini yang kita sayangi!

Kepada yang belum pernah sampai ke Hanoi, masukkan di dalam kalendar pelancongan anda sebagai salah satu destinasi yang mesti dikunjungi ya!

Wallahu'alam.

Monday, 16 May 2016

Sekolah pembentuk sahsiah pelajar

Tidak dapat digambarkan semula tentang bertapa bahagianya dan sungguh seronoknya ketika mengimbau kenangan zaman persekolahan. Lebih-lebih lagi ketika zaman persekolahan diperingkat rendah. Nostalgia sekali apabila sempat membelek-belek gambar-gambar lama yang terakam dan tersimpan dalam album. Barangkali tidak semua dapat gambarkan sebenar-benarnya keadaan dan suasana ketika itu walau sedalam mana penghayatan seseorang yang lain apabila diceritakan saat-saat itu kembali. Hanya yang melaluinya sahaja dapat mengetahui.

Sekolah sememangnya perlu memainkan peranan asalnya iaitu membentuk sahsiah pelajar. Bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga perlu hebat dalam sahsiah dan kepimpinan diri pelajar. Sebagai usaha membentuk sahsiah pelajar bagi melahirkan insan berguna kepada nusa, latihan dan pendedahan secara tidak formal juga harus diterapkan dalam sistem pendidikan negara ini dan tidak semata-mata berorientasikan kepada sistem yang jumud semata-mata. Sebagai contoh, bagi subjek bahasa inggeris, tidak hanya tertumpu di dalam kelas semata-mata. Tetapi kreativiti untuk mendorong pelajar-pelajar untuk bercakap dalam bahasa inggeris walaupun pada mulanya inggeris 'rojak' namun inilah permulaan kepada membina keyakinan pelajar-pelajar untuk menguasai bahasa asing berkenaan. Apabila mereka tidak ditertawakan dan berani bercakap bahasa inggeris dalam pertuturan, barulah diajar mengenai grammar dan sebagainya. Pada aku ini mungkin jauh lebih berkesan berbanding daripada mengikut sukatan demi sukatan sepertimana sekarang. 

Oleh kerana sekolah rendah merupakan tempat pertama dan awal kanak-kanak memasuki alam persekolahan, seharusnya mereka diberi kebebasan dalam mencorakkan pendekatan mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Guru-guru di sekolah rendah seharusnya diberi autonomi luas untuk membentuk kanak-kanak ini dalam mempersiapkan mereka berjiwa kuat dalam mengharungi dan memasuki alam remaja diperingkat menengah. Sebab itu pada pendapat aku, peringkat rendah perlu dirombak dari aspek pendekatan dan kaedah pengajaran kepada murid-murid supaya sahsiah diri pelajar benar-benarutuh dan kukuh. Wallahu alam.

Sunday, 14 February 2016

Dah selesai pun...

Assalamualaikum wbt, dan selamat pagi!

Syukur alhamdulillah pada Allah sebab aku akhirnya selesai jugak menamatkan pengajian aku diperingkat ijazah sarjana muda! fuh,, syukur. Walaupun sebenarnya bagi korang yang dah pun pegang lama ijazah sarjana muda atau orang puteh cakap bachelor ni fikir apalah sangat setakat posting nak bagitau dah abis degree, ingatkan abis Master or Phd... tapi bagi aku besar impaknya.

Yela, sebab aku baru dapat, memanglah rasa suka sangat. Pengorbanan selama 4 tahun untuk habiskan degree memang perit tapi berbaloi. Pengorbanan masa, duit, fokus, kerja lagi dan keluarga memang sangat mencabar. Bila direnung balik sepanjang tempoh berkenaan, bagi orang luar akan cakap "amboi kejapnye dah abis.." haaaa yela kejap..korang tengok rasa sekejap..aku yang tanggung rasa macam nak pecah kepala.

Btw, aku nak amik kesempatan nih, untuk ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh professor2, pensyarah, rakan taulan yang membimbing dan membantu sepanjang tempoh pengajian. Tidak dilupakan kepada mak aku yang tak putus-putus menjadi peniup semangat untuk aku terus menyambung pelajaran. Mak cakap, tuntut ilmu ni tak rugi bahkan membuatkan kita dipandang mulia. 

Tajuk projek kajian aku untuk Final Year Project
Seterusnya ucapan terima kasih yang tidak terhingga ni juga tentunya kepada isteri aku yang sentiasa ada bila aku susah dan senang untuk menyiapkan final year project (FYP) dan sepanjang tempoh pengajian aku selama ini. Bercakap mengenai FYP aku, memang perit bila kita dapat supervisor yang cerewet nak mampos! Serius weh..

Pengalaman aku sendiri dapat supervisor yang cerewet dan detail. Supervisor aku pulak, professor perempuan pulak tuh.. memang cerewet weh. Nak dapatkan tajuk je, aku tak tau berapa kali aku email n reject. Lepas tuh pulak tentang objektif kajian je, pun lalui episod sama sampailah bermula bab 1 hingga bab akhir, sampaikan aku naik fobia nak e-mail kat supervisor aku. Stress tahap gaban jangan cerita la masa tu. Sampai satu ketika tu ramai kawan-kawan advise suruh tukar supervisor. dan memang ramai kawan-kawan seangkatan dengan aku yang diorang dah pun tukar supervisor diorang sebab tak tahan. Tapi aku fikir balik, better teruskan jela supervisor ni. Teruk-teruk pun aku gagahkan jugak.

Sampailah sesi viva, memang menggerunkan... walaupun panel lain, tapi nervous memang ada. Fuh, alhamdulillah lepas dengan baiknya. Segala-galanya dah jadi sejarah pengajian dalam hidup aku sebab semua tuh jerit perih dah jadi asam garam student yang belajar dan kini aku dah pun tamat dengan jayanya. Alhamdulillah. Cuma aku tunggu surat panggilan untuk convocation je yang dijadualkan dalam penghujung bulan oktober dan awal bulan november tahun ni. Sambung Master????.... ooohhhhhohoho.. memang dari dulu lagi sejak aku dibangku sekolah lagi bercita-cita untuk sambung pelajaran hingga ke peringkat master. Tapi aku rasa, dalam situasi sekarang nih, aku nak rehatkan sekejap minda aku  seketika dan nak luangkan masa untuk keluarga dulu. kata orang puteh, quality time...cewah..haha

Moral of the story, kepada korang semua, menuntut ilmu itu amalan mulia dan dituntut oleh agama islam. Pesanan ni juga buat diri aku yang masih dalam pemburuan ilmu. Jom kita perbanyakkan ilmu pengetahuan tak kiralah diperingkat mana pun pelajaran kita, kita perlu tambah dari semasa ke semasa. Semoga kita semua sentiasa menjadi para ilmuan yang boleh menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara kita..Ok, guys, see u in the next entry ya!

Wednesday, 6 June 2012

Dah banyak berubah,dah jauh beza,,

Assalamualaikum w.b.t buat anda wahai pembaca yang setia menyinggah dan membaca di blog ini. Semoga diharapkan anda sentiasa berada dalam limpah dan rahmat serta kasih illahi hendaknya. Agak lama juga saya tidak update entry di ruangan blog sy ini. Boleh jadi saya bukanlah penulis tegar untuk meng'update' blog ini seperti bloger2 yang lain yang boleh dikatakan dalam 1 hari tuh, 4-5 entry baru di update.

Tinggalkan seketika mengenai intipati awal kalam bicara di atas. Saya ingin berkongsi bersama anda mengenai satu perkara yang tidak berapa penting mungkin tetapi ianya begitu signifikan buat diri saya. Pada 31Mei 2012 yang lalu, saya bersama seorang teman ke Terengganu dan singgah bermalam di Kota Bharu. Suasana dan keadaan di Kelantan sudah jauh berbeza daripada 6 tahun yang lalu. 6 tahun yang lalu dimana, saya dan rakan-rakan berada di Kelantan untuk menuntut ilmu. Jauh berbeza dan jauh berubah.

Sebagai contoh, kami check in di tengah-tengah Kota Bharu, saya dapati dahulunya roundabout di tengah-tengah bandar kota bharu digunakan untuk masuk ke jalan-jalan pilihan, tapi kini ianya telah jadi jalan sehala. Di KB MALL misalnya, masih lagi saya teringat bahawa traffic light yang berada berdekatan disitu, begitu jauh jaraknya dengan seberang jalan, tapi kini, dengan adanya satu flyover di atasnya melihatkan traffic light itu sudah semakin mengecil diantara jarak ke seberang jalan. Mungkin anda di luar sana sudah menganggap biasa bagi yang kerap ke kelantan atau baru sahaja pulang dari sana, tapi bagi saya ianya sangat nostalgik apabila kali terakhir menjejakkan kaki ke kelantan adalah pada tahun 2007 iaitu semasa majlis konvokesyen! Ketika  mula-mula menjejakkan kaki di kelantan tahun 2003, seakan mahu saja cabut lari dan tak mahu duduk kelantan kerana suasana yang tak menyenangkan hati bila melihat keadaan yang sangat naif dan boleh dikatakan 'tiada apa' langsung.

Stesen Bas Jalan Hamzah - Dulunya terletak di belakang KB Mall. Disitulah tempat kami anak perantauan akan berkumpul untuk menaiki bas ekspress untuk pulang ke kampung halaman bila tiap kali cuti semester dan cuti perayaan. Tapi kini, tapak stesen bas berkenaan telah pun tiada dan dilihat tersergam indah bangunan hotel Tune AirAsia. Difahamkan stesen berkenaan telahpun berpindah ke tapak baru.

Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas  - Dulunya ketika saya mula menjejakkan kaki, bangunannya yang buruk dan sangat tidak menyelesakan. Namun, ditahun terakhir sempat juga saya merasa guna bangunan baru. Tapi kali ini bila kami singgah untuk lihat tempat dimana kami pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu, ianya telah jauh berbeza. Pagar,bangunan dan kemudahan juga telah berubah sama sekali. Saya masih ingat lagi bila hendak mengeluarkan wang simpanan, kami perlu ke pekan ketereh atau machang, kerana di sana mempunyai bank. Tapi kini, pelajar-pelajar disana, boleh saja mengeluarkan wang masing-masing di Politeknik berkenaan saja kerana kemudahan ATM telah disediakan. Amboii,,untungnya la hai,,









UiTM Machang - Tempat yang juga signifikan pada saya sepanjang di kelantan. Tempat dimana kawan saya belajar di sini. Kini, dihadapan universiti ini juga sudah jauh berbeza. Jalan yang menghubungkan dengan universiti ini juga kini sudah jauh sibuk berbanding zaman saya dahulu. Perubahan masa dan keadaan agaknya.

Ermm satu lagi, sebelum terlupa, simpang jalan utama ke politeknik dulunya hanya simpang tiga dan usang. Tapi kini, dipekan kok lanas, simpang berkenaan dah jadi simpang 4! makkaaiii..canggih-canggih.. kedai-kedai makan masa saya dan kawan-kawan melepak waktu malam tengok AF dulu pun dah xda lagi, banyak digantikan dengan gerai baru. Ada pasar raya lagi. Kami cari jugak kedai roti canai kuah sardin yang jadi pot kami melepak waktu lewat malam sekityar jam 12 or 2-3pagi musim menyiapkan assignment pun dah xda lagi,,semuanya berlandskap baru! fuhh,, dahsyat2..

Oklah para pembaca yang sudi membaca hingga habis entry ini sekalian, terima kasih diucapkan.

Nota: Tuntutlah ilmu sebanyaknya. Kerana menuntut ilmu juga adalah jihad ke jalan Allah. Menuntut ilmu juga amalan mulia dan terpuji. Beza antara orang tidak berilmu dengan yang berilmu. Allahurobbi.

Tuesday, 19 April 2011

JUST SHARE UNTUK SEMUA

Assalamualaikum,

Masa yang masih berbaki sebelum saya masuk tidur, elok saya tulis sedikit untuk entri kali ini untuk dikongsi bersama anda yang sedang tekun dan sudi membaca di blog saya ni mengenai pengalaman saya sebelum menyertai perkhidmatan awam.

Semuanya bermula, sebaik sahaja saya selesai menghabiskan pelajaran kira-kira 5 tahun dulu. Time abis saja pengajian, saya hantar resume berpuluh-puluh malah hampir ratus resume ke mana-mana saja syarikat/kilang/agensi/ apply kerja melalui jobstreet dan sebagainya. Satu hari, sedang asyik membaca akhbar the star, saya terlihat satu iklan jawatan daripada syarikat GLC- GUTHRIE/SIME DARBY , iaitu salah sebuah syarikat perladangan dan multi nasional. Pada masa tuh, saya mengunting iklan bekenaan dan letak atas meja. Oleh kerna waktu tuh biasa lah, agak sibuk jugak dengan kerja sedia ada waktu tuh (bertugas sebagai penyelia di salah sebuah anak syarikat) maka iklan berkenaan hampir terlupa untuk dimohon. Sampailah adik saya ketika itu mengemas rumah then bole pulak keratan berkenaan dicampak ke luar umah. Sangkanya, dah tak digunakan. Tapi kalau allah dah nak bagi, puas saya cari iklan berkenaan then baru jumpa yang keratan iklan tuh masih kat depan umah.

Sebaik saja permohonan dikirim melalui jasa baik pos malaysia, akhirnya, dalam tempoh sebulan, saya menerima satu surat untuk jemputan menghadiri interview oleh Guthrie yang bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Dalam surat tuh, katanya minta untuk calon hadir ke sesi interview berkenaan. Maklumlah time tuh saya telah bekerja berdekatan umah, then bila dapat pulak surat interview yang jauh sampai ke negeri sembilan, ayah saya agak keberatan untuk beri kebenaran tuk saya attend interview. Tapi dengan menggunakan bantuan my mum,, hehe... tuk pujuk ayah beri kebenaran+duit poket sekali, akhirnya ayah mengalah then dia bagi beserta peruntukan kewangan untuk tiket bus n makan+minum skali. Tapi kata ayah, supaya saya dapat melakukan yang terbaik dalam interview tuh nanti sebab katanya “kita tuh datang jauh, so jangan sia-siakan peluang yang ada”. Lebih kuranglah ayat ayah yang agak macam antara restu ngan tak masa di stesen bus kamunting.

Sebaik saja bus bertolak, saya sampai di seremban pukul 6.00 pagi. Time tuh nasib baiklah ada umah member kat seremban. Kebetulan pulak, member pon sempoi punya boleh bantu saya dari segi penginapan untuk stay di rumah dia. Kebetulan pulak pada hari sama, ada sedara kawan tuh jugak bertandang di umah tuh sebab nak registered anak diorang masuk politeknik port dickson! Siang tuh saya bersama sedara kawan nih ke port dickson tuk cari tempat interview saya dan jugak ke politeknik tuh. Biasalah sebab kebetulan saya dan jugak sedara kawan nih belum pernah sampai ke situ. Untuk rekod, jika tidak kerana interview maka saya belum pernah menjejakkan kaki ke negeri sembilan sebelum itu. Syukurlah, tempat interview dah jumpa untuk saya ingati sebab keesokkan harinya saya perlu berada di situ seawal jam 8.00 pagi.
Malam tuh bedebar tak hengat. Syukurlah Allah permudahkan, interview saya berjalan dengan baik. Soalan yang diajukan dapat dijawab dengan sebaiknya. Kemudiannya, saya pulang ke kampung halaman dengan membawa seribu harapan. Cewah, ayat..haha..

Melakukan kerja harian seperti biasa, dengan meronda kawasan-kawasan yang diarahkan dengan menaiki motor honda bulat untuk masuk kebun. Masih ingat lagi waktu tuh, hari dimana gaji masuk pada hari berkenaan, belum pon sempat amik kat bank, dah ada roadblock plak by PDRM. Maka saya juga tak terkecuali untuk ditahan dan diperiksa. Maklumlah, motor untuk masuk kebun, apa yang ada?roadtax?memang hampeh lar.. Siap abang polis tuh check motor dari segi lampunya,dan macam-macam lagik lah. Akhirnya, saya disaman kerna tak mempamerkan roadtax motor. Apo nk buek kan, dah nak jadi..redha jela.. Seingat saya, saman yang dikenakan waktu tuh lam rm70 kot kalau tak salah. Gaji baru masuk, dah kena bayar saman. Uhuhu.. Tanpa buang masa, terus ke cawangan trafik kaunter bayaran saman untuk settle itu saman. Dalam proses tuk settle saman, handphone saya berdering dan dilihat no KL yang tak dikenali. Maka cepat-cepat dijawab waktu tuh, masih segar dalam ingatan suara ence penelefon tuh, “ Assalamualaikum mal, ade mane?dah keje ke belum ni?” Sebaik saja menjawab soalan pertama then soalan kedua dengan jawapan yang agak sedikit menipu sunat, hehe.. “tak kerja lar”,, then dia memperkenalkan dirinya daripada bahagian human resource Guthrie HQ, maklum pada saya yang saya telah berjaya dalam interview dulu yang saya sendirik agak terlupa sebab masa dah berlalu hampir 2 bulan. Katanya pada saya, “okaylah, kalau macam tuh jangan sedey2, next month pack pakaian n get ready tuk kje”... masa tuh, mcm tak pecaya n terasa macam dalam mimpi... banyak kali saya tanya dia suapaya panggilan nih adalah betul dan bukan untuk pekena saya daripada rakan-rakan. Tapi setelah dia menyakinkan saya dan siap baca no ic saya serta maklum penempatan di kluang johor, serta minta saya tunggu surat tawaran yang telah diposkan, time tuh bagai nak melompat ke langit. Bayangkan abag polis yang jaga kaunter bayaran saman tuh pon terkejut tengok reaksi saya masa tuh.
Rasa sakit ati cz kena saman tadi terus terubat. Punyalah seronok n syukur yang teramat sangat sebab memang tak pernah jangka yang saya akan terpilih dalam ramai-ramai yang hadir sebab pemilihan tuh memang tough.. Bila balik umah,saya bgtau pada my mum n ayah yang saya kena saman. Apo laie, memang kono sound tak beragak lar... tapi saya masih tersenyum tanpa henti..sampai my parent plak yang pelik,, kemudiannya saya maklum berita gembira berkenaan pd my mum n ayah, 2,3 kali diorang tanya blk untuk nk kepastian.. pastuh dah tak jadi membebel panjang dah. Dah mula masing-masing sibuk plak ajak saya tuk prepare apa yang patot tuk persiapan ke johor. Padahal, bulan depan kowt..haha.. tapi apa pun, saya gembira sebab saya tak sia-siakan duit ayah bg dulu tuk tiket bus g interview.. ;p n sy dapat buktikan yang saya xkecewakan ayah n mak.. Buat kawan sy yang tumpangkan umah untuk saya di seremban tuh, berbanyak ucapan terima kasih diucapkan. Cuma nk bagitau yang masakan mak ko sangat sedap n sgt pedas! Eheh..maklumla masakan orang negori kan..tq.

Sampai masa, ayah n my mum amik cuti tuk anta saya ke johor. Mula-mula saya excited, tp pastuh agak nervous sebab berjauhan dengan famili n terpaksa menyesuaikan di tempat baru seorang diri ke johor yang juga sebuah negeri yang belum pernah sekali pon menjejakkan kaki sebelum itu. After report duty pada senior mill manager, bermulalah kehidupan di syarikat multinasional di nun jauh di selatan tanah air. Setahun di johor then berpindah ke kedah pulak. Guthrie yang sebelum ni jugak kemudiannya telah dikenali sebagai SIME DARBY. Setahun jugak di kedah, sebelum mula berhijrah masuk ke sektor perkhidmatan awam sehingga kini.

Pengalaman selama 2 tahun dalam syarikat multinasional seperti SIME DARBY, sangat memberi makna pada saya walaupun dilihat agak singkat, tapi cukupmemberi panduan pada saya untuk perlaksanaan tugas serta untuk menggunakan segala budaya kerja yang baik daripada swasta untuk digunapakai dalam sektor awam untuk menambah kecekapan dalam tugasan kini.
Banyak perkara-perkara yang ditimba sepanjang dalam sektor swasta terutama dalam bidang kerja dan sosial. Antaranya bagaimana kami punyai perasaan ‘passionate’ pada kerja kami sendiri. Kami tak kisah untuk datang bekerja pada hari-hari cuti. Pada kami bekerja 7 hari/seminggu adalah sesuatu yang biasa. Kemudiannya, bagaimana kami memanjangkan masa kerja ditempat kerja. Beberapa perkara lagi yang menunjukkan budaya kerja yang cekap dan berhemah serta amalan baik turut ditimba.

Kalau nk ditulis memang lah panjang lagik kalau dikenang-kenangkan semula, tapi rasanya cukuplah sampai disini, sebab mata saya pun dah mengantuk n jam pun dah menunjukkan hampir 1pagi, kang lebur plak subuh sya pagi esok n silap2 lewat plak ke ofis, lagipun esok pagi ada meeting penting yang perlu attend.. hihi.. k’la guys, bye!