Sempena
bulan kemerdekaan negara yang lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan
Makanan (KPKM) telah menganjurkan satu pertandingan dengan kerjasama daripada
pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu menulis esei dalam bahasa melayu
yang bertemakan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Pertandingan ini terbuka kepada seluruh
kakitangan dalam kementerian, jabatan dan agensi di bawah KPKM.
Aku
tergerak untuk menyertai pertandingan ini. Tujuan penyertaan ini adalah untuk
mengasah semula pemikiran selain mahu melibatkan diri dalam penulisan.
Sebenarnya, terakhir kali menulis artikel adalah kira-kira dah hampir 10 tahun
ditinggalkan. Dulu, aku sering menyumbangkan artikel di Majalah Transformasi
Pertanian, keluaran LPP yang akan diterbitkan setiap bulan. Namun, kemudiannya,
penerbitan majalah berkenaan tidak lagi dkeluarkan hingga kini. Bila dah lama
ditinggalkan, banyak kosa kata serta struktur ayat yang dah berkarat. Aku kagum
melihat penulisan-penulisan di media sosial khususnya di Facebook yang mengupas
tentang sesuatu isu. Bukan pada isunya, sebaliknya melihat akan tertib dan ayat
yang tersusun selain penggunaan bahasa yang tepat serta kosa kata yang kaya
dengan makna dan indah.
Berbalik
kepada pertandingan di atas, sejujurnya aku tidak menaruh sebarang harapan
untuk muncul sebagai pemenang. Hal ini kerana, aku sedar penyertaan dalam
pertandingan peringkat kementerian adalah secara terbuka bukan sahaja LPP
bahkan pasti akan disertai oleh seluruh jabatan dan agensi dalam kementerian.
Tentunya bukan mudah. Aku pula hanya inginkan pengalaman memandangkan ianya
turut bakal diadili oleh DBP. Oleh kerana DBP menjadi penganjur bersama, dengan
penyertaan ini ianya akan dapat menguji sejauhmana tahap penulisan yang bakal
dinilai oleh badan yang profesional tentangnya. Disamping itu juga, melalui
penyertaan ini sekurang-kurangnya akan dapat sijil penyertaan.
Namun,
rezeki tidak pernah salah alamat. Baru-baru ini, keputusan pertandingan telah
dikeluarkan. Betapa terkejutnya aku kerana telah dipilih sebagai salah seorang
daripada pemenang kepada pertandingan kali ini. Syukur alhamdulillah. Walaupun,
sekadar mendapat tempat ke-6, dengan hadiah saguhati namun ianya cukup bermakna
buat aku secara peribadi. Keputusan pertandingan menulis esei ini dimenangi seperti berikut;
tempat pertama : Jabatan Pertanian Malaysia (DOA)
tempat kedua : Jabatan Pertanian Malaysia (DOA)
tempat ketiga : Jabatan Pertanian Malaysia (DOA)
3
PEMENANG SAGUHATI
tempat keempat : Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
(MADA)
tempat kelima : Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
tempat keenam : Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Tahniah kepada semua pemenang! Semua
pemenang akan mendapat hadiah berupa wang tunai beserta sijil penyertaan.
Menerusi kemenangan ini, ianya secara tidak langsung akan menyuntik semangat
untuk aku terus memperbaiki penulisan terutama dari segi gaya bahasa,
kreativiti, teknik penulisan dan sebagainya pada masa depan. Jika ada lagi
kesempatan, ruang dan peluang pada masa akan datang, Insya Allah aku akan
sertai lagi. Bukan untuk mengejar hadiah yang ditawarkan menjadi keutamaan,
sebaliknya ingin menimba pengalaman serta memenuhi hasrat dan minat dalam
bidang penulisan yang ingin terus diterokai.
Sekadar
itu sahaja perkongsian kali ini, bertemu lagi pada entri yang akan datang insya
Allah.
Wallahu’alam.