tempat korang panggil cendawan ni nama apa? |
Siapa
pernah makan cendawan ni? haa tentu ada yang pernah makan kan.. tapi berapa
ramai yang membawa entri ini yang pernah jumpa cendawan peha ayam atau kulat
tahun ini? Sebenarnya, nama cendawan ini mungkin berbeza namanya mengikut
tempat. Ada yang kenalinya dengan cendawan peha ayam, kulat tahun atau ada juga
yang memanggilnya dengan cendawan butang. Walau apapun namanya, hakikatnya
itulah cendawannya. Ianya dikatakan muncul hanya setahun sekali dan mereka yang
menjumpainya sangat bertuah kerana bukan selalu ada sepertimana
cendawan-cendawan lain seperti kulat sisir/kukur atau cendawan tiram kelabu yang
bukan sahaja mudah didapati bahkan boleh diusahakan secara komersial tetapi
tidak untuk cendawan peha ayam.
Sehingga
kini, para penyelidik tidak dapat menemukan biji benih atau sporanya yang boleh
dikutip untuk dijadikan benih untuk tujuan tanaman secara komersial.
Berdasarkan kepada cendawan ini juga, pelbagai cerita berkaitannya termasuk
pantang larang yang diceritakan oleh orang terdahulu mengenainya. Antaranya,
mengikut kepercayaan orang terdahulu jika menjumpai cendawan ini, orang itu
dikatakan orang yang bertuah dan berhati suci. Hal ini kerana bukan semua orang
direzekikan boleh menjumpainya. Selain itu juga, bagi orang yang menjumpai
cendawan ini dilarang untuk memberitahu kepada sesiapa pun di mana lokasi yang
dijumpainya. Sekiranya orang yang menjumpai memberitahu orang lain, dikatakan
dia tidak akan lagi menjumpai cendawan itu selamanya. Disamping itu juga, cendawan
ini tidak boleh dijual sebaliknya jika dapat banyak bolehlah disedekahkan
kepada orang lain. Dikatakan jika menjual, seolah-oleh ianya menjual anak sendiri
dan juga tidak akan menjumpainya lagi.
Demikianlah
cerita-cerita dan pantang-larang orang-orang tua terdahulu. Mungkin ada lagi,
tapi tidaklah diketahui oleh aku. Berbalik kepada cendawan peha ayam ni, aku
terjumpanya hari pertama tahun baru 2025. Memutih je. Memang teruja semasa
jumpa tu. Penat mengutipnya yang banyak tumbuh keluar dari tanah. Keterujaan
itu pula disumbang dengan dah lama tak jumpa. Seiingat aku, pernah jumpa masa
sekolah menengah dulu dan kini kembali menemuinya. Alhamdulillah, rezeki dari
Allah.
Menu
masakan cendawan ini pula biasanya boleh digoreng kunyit, sup cendawan dan ada
juga yang buat masak kurma. Memang sedap! Jika anda yang membaca ini ada
masakan lain yang dibuat, bolehlah share untuk dicuba dilain waktu. Sekian sahaja perkongsian kali ini, berjumpa
lagi dientri akan datang ya.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment