Monday, 7 May 2012

07.05.12 :Genap 20 Tahun Pemergian Abang Sulung Saya

Alangkah baiknya jika masa itu boleh diundurkan semula. Boleh jadi jika keizinan itu diberi, pasti akan saya gunakan sebaiknya untuk memastikan segala upaya untuk membolehkan sebarang penawar baik mengubati penyakit yang dihidapi oleh arwah abang tersayang suatu masa dahulu. Tapi, semua itu sudah berlalu. Beliau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Allahurobbi..

Sedihnya perasaan itu buat seluruh keluarga sangat tidak terhingga, sehinggakan tidak tergambar dengan kata-kata, melainkan mengenangkan kami masih berpegang pada ajaran agama yang mengajar erti terima ketentuan dengan pasrah dan reda.

Mohd Isma Hafiz bin Ishak seorang abang sulung kepada kami 5 beradik yang telah kembali kerahmatullah pada 07 mei 1992 akibat penyakit denggi berdarah. Ketika itu umurnya baru berusia 10 tahun. Kehilangan ini membuat seluruh keluarga kami pilu mengiringi pemergiannya. Tak sangka begitu cepat abang meninggalkan kami. Belum sempat cita-cita dan angan-angan yang sama-sama diungkapkan bersama dicapai tapi abang telah pergi dulu menghadap Illahi. Tinggallah kami yang belum pasti bilakah pula untuk kami menyusuli jejak berkenaan ke alam yang kekal di sana.

Ketahuilah bahawa, walaupun telah 20 tahun berlalu, belum pernah sekali pun saya mahupun keluarga kami melupai abang dan pastinya kami sentiasa terkenangkan abang. Boleh jadi, inilah yang dipanggil kasih sayang..

Mudah-mudahan, rohnya ditempatkan dikalangan para solehin dan semoga dicucuri rahmat hendaknya. Amin,

*mood ketika ini, sangat merindui abang... memohon keizinan Allah s.w.t agar suatu ketika nanti agar dieprtemukan kita sekeluarga di sana di bawah lembayung dan rahmat Allah Maha Pencipta dan Pengasih lagi Maha Penyayang, amin.

4 comments:

  1. Al fatihah tuk arwah.. awak kehilangan abang saya kehilangan kakak kembar saya waktu usia kami 3 tahun

    ReplyDelete
  2. terima kasih,, semoga arwah kakak anda sentiasa dicucuri rahmat dan damai di sana,,

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah, semoga dia ditempatkan bersama-sama org yg beriman . Aaminn . Stay strong k ! ;)

    ReplyDelete