Saturday 3 March 2012

Ujian ini mendewasakan saya,,

Sebaik saja menerima sepucuk surat dari pejabat peguam pada hari kedua minggu ini, saya terkedu seketika. Tetapi perasaan ini beransur hilang apabila tindakan itu telahpun saya jangkakan sebelum ini. Disamping itu juga ada beberapa sebab yang membuatkan saya semakin kuat untuk menempuhinya tanpa perasaan lemah dan gentar. Berikut adalah antara sebabnya;

Kemudiannya saya memanggil seorang rakan kerja saya yang telahpun berkhidmat 36 tahun lamanya. Saya bertanya apakah beliau pernah menerima surat seperti ini disepanjang perkhidmatannya? jawabnya, inilah kali pertama beliau menemui perkara seumpama ini. Sebaik saja saya mendengar jawapan itu, saya mula membandingkan tempoh perkhidmatan saya yang mencecah 5 tahun lebih (swasta+kerajaan). Pada saya, inilah satu rahmat, a[abila orang lain perlu mengambil masa lebih 30 tahun untuk mendapat pengalaman ini, sedang saya hanya perlukan masa 5 tahun utnuk menperolehinya. Syukur alhamdulillah.

2. Apabila menerima ujian ini, saya sentiasa ingat bahawa saya sentiasa berpegang kepada ajaran agama saya yang syumul dan agung. Setiap permasalahan dan dugaan yang menimpa saya, biasannya saya akan pulangkan kepada ajaran agama. Dengan berserah kepada Allah, hati ini menjadi tenang dan sentiasa yakin bahawa ketentuan Allah adalah segalanya. Saya penuh percaya bahawa perancangan Allah itu adalah yang terbaik melampaui perancangan manusia. Berbekalkan semangat dan panduan itu, semakin mengukuhkan diri saya untuk tempuhinya. Mujurlah Allah kurniakan saya akan nikmat ISLAM..untuk saya jadikan pedoman dan panduan hidup..Alhamdulillah syukur,,

3. Seterusnya, saya yakin apa yang telah dilakukan adalah mengikut prosedur dan sehingga kini tidak satupun yang dilihat bercanggah dengan peraturan dan diluar bidang kuasa yang sepatutnya untuk dilaksanakan. Jadi mengapa perlu saya bimbang?

4. Mujurlah saya masih mempunyai ibu tersayang untuk saya mengadu dan membantu menguatkan diri ini bagi menempuhi rintangan dalam kehidupan. love u mom!

5. Selain itu juga, buat dia yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan.. terima kasih diucapkan.

6. Saya yakin bahawa,.sekiranya kita tidak salah, mengapa perlu kita takut?.. teruskan perjuangan,, kerana perjuangan ini adalah perjuangan air mata & suci Insya Allah..

Buat yang diluar sana, janganlah sesekali untuk mengainayai orang,, kerana kesannya sangat buruk dan dibenci oleh agama. berbuat baiklah sesama manusia. Yang penting, sentiasa bersikap positif dan mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi olehNYA dan berada dalam rahmatnya sentiasa.

2 comments:

  1. Akmal,berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul.Bersabarlah na."boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,sesungguhnya Allah mengetahui,sedang kamu tidak tahu" [Al Baqarah:2:216]

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.ksih kawan,,, semoga sokongan ini akan menguatkan lagi motivasi diri..tq3

      Delete