Tuesday 20 March 2012

Apa ertinya hidup ini, jika...

Assalamualikum dan salam kerahmatan buat anda di luar sana. Ingin sekali saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk terus hidup dan menikmati nikmat Allah s.w.t sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Di kesempatan waktu petang seumpama ini, tatkala sebelum masuknya waktu maghrib ini, saya ingin mengajak anda semua supaya merenung seketika mengenai perjalanan hidup kita di muka bumi Allah dari saat kita mula masuk ke alam dunia hinggalah ke hari ini. Pelbagai nikmat telah kita kecapi dan rasai yang dikurna Maha Pencipta buat kita. Tak ada satu sen pun dikenakan bayaran. Tetapi berapakah ramaikah dikalangan kita yang bersyukur? Allahurobbi..

Apa ertinya hidup ini, jika manusia itu hidup dalam tiada panduan agama. Apa ertinya hidup ini jika hanya mengejar dunia? sedangkan negeri akhirat adalah kekal selamanya. Apa ertinya hidup ini,jika kita terlalu mengejar pangkat dan harta di dunia yang sementara?sedangkan kerajaan allah lah yang maha gagah dan perkasa. Subhanallah. Saya menyentuh beberapa persoalan di atas apabila saya melihat sekarang ini seolah-olah kita hidup dalam keadaan yang melalaikan. Orang sibuk untuk bercakap keduniaan melampaui akhirat. Ini mengingatkan saya akan tazkirah guru lama saya suatu ketika dahulu apabila menyatakan bahawa hidup ini seumpama sebuah kapal. Kita berada dalam kapal itu. Secara lumrahnya kapal memerlukan air untuk berlayar. Dalam kapal itu sendiri juga memerlukan air untuk minum para kelasinya,mandi-manda dan sebagainya. Persoalannya, apakah air didalam kapal diperlukan terlalu banyak? Sudah tentu tidak. Jika banyak, maka pasti karam kapal berkenaan. Begitulah halnya dengan kita di dunia. Soal dunia perlu, tetapi jangan keterlaluan sehinggakan kita melupai bahawa kita sedang dalam perjalanan menuju ke satu destinasi yang pasti - Akhirat.

Ingin sekali saya berpesan kepada diri ini dan anda semua yang dikasihi.. janganlah sesekali melupai Allah. Bertaqwa lah kepadaNYA dengan sebenar-benar taqwa. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat pengampunan illahi dan berada dalam rahmatNYA insya Allah. Disamping itu juga,dalam pada dunia kini dalam serba canggih ini, marilah kita juga mengambil kesempatan untuk menggunakan peluang ini untuk menulis perkara-perkara yang berfaedah untuk perkongsian bersama. Saya sangat bersyukur kerana diberi nikmat ISLAM, dan saya sentiasa berdoa agar mati saya juga dalam ISLAM. Amin..

No comments:

Post a Comment