Sunday, 12 February 2012

Penulis Buku : angan-angan atau cita-cita?

Sebaik sahaja terbaca di akhbar berita minggu semalam mengenai penghasilan buku negara semakin merosot akibat daripada tidak ramai penulis-penulis yang menghasilkan karya mereka dalam aktiviti penulisan amat mendukacitakan. Difahamkan oleh Presiden Yayasan Pembangunan Buku Negara, jumlah buku yang dihasilkan tahun lepas adalah sebanyak 18,000 naskah sahaja berbanding tahun sebelumnya iaitu 17,000 naskah. Ini pun menurut yayasan berkenaan telah termasuk penghasilan buku-buku teks sekolah dan diulang cetak.

Keadaan ini sungguh menyedihkan. Justeru, diseru agar lebih ramai penulis yang menulis buku untuk memastikan survival industri ini terus berkembang dan mampan. Artikel berkenaan juga turut memetik bahawa antara kaedah yang mungkin relevan ialah menggalakkan para siswazah yang baru tamat pengajian masing-masing untuk terlibat dalam penghasilan buku ini. Ini merupakan satu cadangan atau lontaran idea yang baik memenadangkan disamping mereka tidak hanya menjadi penggangur tetapi boleh menyumbang sesuatu buat negara dan diri sendiri.

Lanjutan itu, saya juga mula terfikir apakah saya juga boleh menyumbang sesuatu kepada pembangunan buku negara? Apakah saya punya keupayaan untuk menjadi seorang penulis? Sedangkan saya sendiri tidak pernah mengikuti atau menghadiri bengkel atau seminar untuk menjadi seorang penulis sepertimana yang pernah salah seorang rakan saya hadiri dan kini beliau menjadi seorang penulis buku dan novel walaupun dalam masa sama beliau adalah seorang pendidik! Apakah ini cita-cita atau hanya sekadar angan-angan?

Apapun, jika ditanyakan minat untuk menulis buku, jawapan saya,, ya! tetpai suka saya nyatakan di sini, tetapi bukan dalam penulisan untuk novel,, kerana saya tidak punya imaginasi yang kuat untuk menghasilkan sebuah karya seumpama itu. Namun., berbalik ekpad apenulisan buku tadi, saya juga berminat jika diberi peluang dan sedikit bimbingan daripada mereka yang pakar dalam bidang ini. Ingin sekali buku yang dihasilkan itu bermanfaat buat para pembacanya dan berbentuk ilmiah.

Persoalannya kini, apakah itu semua cita-cita atau angan-angan? Walau apapun, biarlah saya simpan minat itu dengan membiarkan takdir dan waktu yang menentukan segalanya.

1 comment:

  1. * sebagai makluman tambahan, angka perbandingan di atas itu walaupun dilihat meningkat, tetapi peningkatan itu adalah kecil dan angka itu termasuk buku teks dan ulang cetak. Harapan supaya penghasilan buku-buku baru masih kurang penghasilannya.

    * walaupun, kempen supaya menggalakkan budayamembaca dikalangan masyarakat, namun dalam masa sama industri penghasilan buku juga perlu dititik beratkan agar menjadikan negara ini terkenal sebagai gedung ilmu dunia.

    ReplyDelete