Saturday 10 March 2012

Baru berjinak-jinak dengan GOLF

Sukan golf merupakan sukan yang dilihat untuk golongan elit. Menyentuh soal perbelanjaan bagi terlibat secara serius dalam sukan nih pun ianya memerlukan komitmen modal yang besar bagi peminat-peminat yang mahu menyertai secara aktif untuk sukan jenis ini. Apa tidaknya, latihan untuk melantik tenaga pengajar saja pun sangat tinggi. Dengar-dengar daripada rakan-rakan yang telah menyertai golf nih, untuk bayaran kepada jurulatih pun sekurang-kurangnya paling rendah RM 400-500/bulan. Itu belum soal peralatan yang diperlukan lagi. Contohnya seperti golf set, glove,T, bola golf, kasut, n etc. Belum lagi untuk bayaran green fees, buggy bagi setiap kali turun ke padang, bayaran untuk 100 biji bola bagi latihan di driving range dsbnya.

Benarlah pandangan ramai bahawa permainan ini hanya sesuai untuk golongan berada dan yang mempunyai kedudukan saja. Namun, tidak mustahil dan bukanlah dilarang buat golongan sederhana seperti kebanyakkan kita. Mengambil contoh diri saya yang baru berjinak-jinak untuk turun mengenali golf ini, merasakan bahawa akan bertapa uniknya permainan ini. Dulunya, saya juga berpendapat bahawa golf ini diterjemahkan sebagai Golongan Orang Lemah Fikiran, Golongan Orang Lupa Family, Golongan Orang Lupa Fardhu dan sebagainya. Tetapi, bila perlahan-lahan saya bersama rakan-rakan lain cuba untuk mengenali golf ini, rupanya permainan ini membentuk seseorang untuk membina keyakinan diri melalui dalaman. Ianya juga melatih individu untuk beretika dan disiplin selain jujur dan waras dalam pertimbangan!

Sebenarnya, terlibatnya saya dalam Golf ini adalah hasil daripada bos saya yang sememangnya sangat dihormati dan disegani dalam arena Golf ini dikalangan pemain-pemain lain termasuklah dikenali di istana Perlis akan kebolehan bos saya untuk bermain dan melatih orang untuk pandai bermain golf sebelum ini. Bertitik tolak dari situ, beliau telah mengarahkan supaya kakitangannya untuk turun bermain golf dan kesediaannya untuk menunjuk ajar dengan percuma! Oleh itu, saya bersama rakan-rakan lain pada mulanya terpaksa, tetapi kini semakin suka terhadap golf. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari terutama dari segi pukulan, pengiraan mata,teknik betul untuk bermain selain pemahaman undang-undang pemainan dan juga istilah-istilah dalam permainan.

Sebaik berpeluang untuk bermain di padang golf, saya dapat perhatikan kebanyakkan orang di sini adalah orang yang berjawatan tinggi dari pelbagai jabatan dan sektor. Di sinilah pertemuan mereka dan dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain. Mereka di padang sangat beretika dan menghormati di antara satu dengan yang lain. Rupa-rupanya, dari segi memukul bola golf dan tindakan-tindakan semasa permainan berlangsung semuanya dilihat,dinilai dan diperhatikan oleh semua orang terhadap kita. Bagi yang telah lama terlibat dalam arena ini, golf sebenarnya boleh mencerminkan perwatakan seseorang!

Disamping itu juga, ianya juga menyihatkan badan. Permainan yang memerlukan kita berjalan dan mengeluarkan peluh mampu menyihatkan badan. Cuba bayangkan apakah kita mahu berjalan jauh tanpa tujuan? pastinya tidak. tetapi dengan bermian golf, anda perlu berjalan untuk mencari bola golf yang telah dipukul dan dengan cara ini ianya membakar kalori dan mampu memberi keishatan yang baik buat diri.

Berbalik kepada saya yang baru sahaja terlibat. Beruntunglah kami kerana kesudian bos untuk menurunkan ilmu golf kepada kami. Selain itu, perasaan malu hampir dikikis sepenuhnya kerana ramai kawan-kawan yang turun itu juga masing-maisng baru mengenali golf. Bayangkan jika semua telah punnyai kemahiran dan telah pandai dan hanya tinggal saya saja yang baru bertatih, mungkin juga saya akan terus tidak turun dan menyertainya. Belajar beramai-ramai ini baik untuk kami kerana ramai yang sedia membantu termasuk bagi pihak kelab di sini sendiri. Terima kasih semua. Buat masa ini, set pon saya pinjam yang bos punya. hikhik.. (kalau bos bg terus lagik bagus..)haha..

Menyesalnya saya suatu ketika dulu sewaktu di sektor swasta, saya juga pernah diarah oleh bos untuk turun bermain golf dan beliau juga sedia menunjuk ajar kepada saya. Katanya permainan golf ini wajib untuk level saya ketika itu. Masih saya ingat lagi, setiap hari selasa jam 4.30 petang perlu ada di padang golf. Tetapi waktu itu, saya sering mencari alasan dan mengelak. Kini, baru saya sedar bahawa jika saya turun dahulu tidaklah terkial-kial seperti sekarang. Namun, peluang kedua ini tidak akan dilepaskan. Bagi saya, tidak semestinya belajar itu untuk terlibat menjadi jaguh walaupun itulah semestinya. Tetapi buat saya, cukup untuk mengambil tahu dan mempunyai basic kepada perkara ini supaya tidaklah janggal bila berhadapan dengan piahk lain nanti ketika bercakap soal golf ni.

Buat anda di luar sana, cuba-cubalah untuk mengenali golf ini, kerana apabila anda sudah mulai mengenalinya, pasti akan menyukainya kerana sukan ini sangat unik dan hebat.

2 comments:

  1. Tak sangka hang dah jadi Golongan Orang Lebih Fulus...haha

    ReplyDelete
  2. haha,, belum lagik geng! aku pn duk pinjam set bos aku ngn kawan2 yg da beli... setakat glove n kasut jer yg aku beli,, yg len2 tuh pinjam sj lah...hikhik

    ReplyDelete