Monday 26 March 2012

Dr Masyarakat Atau Kaunselor?

Menyentuh soal doktor merupakan suatu kepakaran dalam bidang tertentu khususnya seperti perubatan, penyakit dan sebagainya. Namun, bagi haiwan, mereka yang mendalami bidang kesihatan haiwan pula juga menggunakan dr di awal nama mereka. Ini dipanggil sebagai nama gelaran buat seseorang yang pakar dalam bidang tertentu. Dalam soal yang lain, bagi mereka-mereka yang mempelajari disiplin ilmu hingga ke peringkat Phd juga akan menggunakan gelaran Dr di hadapan nama mereka.

Tapi bagi entri kali ini, tajuknya adalah dr masyarakat atau kaunselor? Ini merujuk pada gelaran bukan rasmi tapi bolehlah dikategorikan sebagai 'dr' atau 'kaunselor'. Ianya menyentuh mengenai kerja saya yang dijalankan kini. Tugas saya adalah perlu berhadapan dengan masyarakat khususnya masyarakat kampung yang menjalankan aktiviti pertanian. Biasalah, apabila bidang tugas yang berhubung dan berjumpa dengan masyarakat peladang ini ianya memerlukan satu tinjauan dan juga sedikit kajian sebelum berhadapan dengan golongan ini. Dengan menyatakan bahawa golongan ini adalah istimewa, kerana dikalangan mereka ini sangat bijak dan pandai terutama ketika berhujah dan juga anda akan menjumpai pelbagai masalah setiap hari dan jika anda mengambilnya sebagai sesuatu yang positif, maka ianya baik untuk kelangsungan hidup anda. Tugas yang melibatkan diri dengan masyarkat dan peladang boleh menjadikan seseorang itu matang dan dapat banyak perkara baru dalam hidup.

Cabaran dan keseronokan di sini adalah apabila anda mungkin akan dikunjungi oleh kelompok ini setiap hari dengan bermacam-macam isu dan perkara beserta pelbagai gelagat manusia. Dari situ, anda memerlukan kefahaman dan juga perlu menjadi seorang pendengar setia sebelum dikehendaki membantu masalah atau isu yang dikemukakan. Antara masalah yang ditimbulkan, adalah masalah berkaitan komuniti, usahawan, isu masyarakat setempat, isu rumahtangga dan sebagainya. Pemerhatian saya, pada mereka ini jika dapat berjumpa dengan kita dan meluahkan isi hati mereka merupakan suatu perkara yang baik dan sudah memadai. Jika kita mengutarakan kaedah penyelesaian pula, ianya bertambah-tambahlah menggembirakan hati mereka. Apabila sedikit kajian secara sendiri, saya dapati mereka ini sebenarnya memerlukan perhatian.

Bagi saya, kadang bila sendirian, mula saya terfikir apakah sekarang ini, tempat ini dan diri saya seorang 'Dr' masayarakat atau 'kaunselor'? haha... sampai isu rumah tangga pun kadang-kadang di bawa ke pejabat untuk minta penyelesaian. haha..Apa pun, saya seronok dengan kerja saya dan saya mengganggapnya sebagai satu cabaran dan ianya sangat membantu saya untuk menimba pengalam untuk mendidik manusia menjadi manusia! Anda di luar sana juga, buat yang malas atau tak suka pada kerja anda, nasihat saya supaya jadikannya positif supaya anda boleh menyesuaikan diri dengan kerja anda kini! ;p

No comments:

Post a Comment