Saturday 30 April 2011

SAMBUTAN HARI PEKERJA

Esok adalah merupakan hari yang penuh bermakna buat seluruh pekerja di Malaysia. Setiap tahun, 01 mei adalah merupakan hari yang dikhaskan untuk warga pekerja untuk menraikan mereka selain mengenang jasa dan pengorbanan selain sumbangan mereka kepada pembangunan negara.

Bagi menunjukkan komitmen dan penghargaan ini, kerajaan telah mengisytiharkan cuti umum bagi seluruh negara menandakan penghargaan buat mereka yang sudah pun masuk ke alam pekerjaan. Saban tahun ianya disambut dengan meriah sekali. Aktiviti pengisian adalah lebih kepada berbentuk rasmi dan juga memberi anungerah kepada tokoh-tokoh yang pekerja bagi mengiktiraf sumbangan mereka. Selain itu juga, bagi penjawat awam pula, pastinya hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu untuk mendengar sebarang berita gembira kalau-kalau diumum perdana menteri pada hari berkenaan.

Buat semua yang telah menempuh ke alam pekerjaan, iangin sekali untuk saya memesan buat diri ini dan juga anda supaya memperbetulkan niat kita masing0masing ke arah kebaikan bagi mendapatkan rezeki yang halal lagi diberkati. Sesungguhnya,ramai orang hari ini bertungkus lumus untuk melakukan yang terbaik supaya mendapat pujian dan penghargaan daripada majikan masing-masing serta tidak kurang juga yang sibuk untuk mengejar anugerah. Namun, dalam masa sama saya juga tidak menafikan untuk golongan yang sememangnya ikhlas melakukan tugas untuk keredhaan Allah dan menyerahkan kepada Allah untuk menilai dan memberi ganjaran hasil kerjanya.

Mempamerkan prestasi yang baik serta konsisten dalam hasil tugasnya adalah sesuatu yang perlu dicontohi. Memberi komitmen kepada organisasi adalah baik tetapi dalam masa sama perlu juga kembali kepada perkara asas iaitu kerja ini adalah ibadat. Maka melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh adalah dituntut dengan syarat kerja berkenaan tidak bertentangan dengan syariat agama serta tidak juga mengabaikan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. Kita selalu inginkan supaya setiap kerja yang dilakukan mendapat perhatian daripada bos dan pastinya kita akan gembira apabila hasil kerja kita diberi penghargaan dan pengiktirafan. Sebaliknya, kita akan mula gelisah dan sedih serta berduka apabila kerja yang dilakukan bertungkus lumus tidak diendahkan oleh majikan. Kita sering merasakan bahawa kerja yang dilakukan selama ini seakan sia-sia belaka. Apakah pernah kita bersusah hati dan bertanya kepada diri sendiri, apakah kerja yang telah kita lakukan ini mendapat keberkatan serta keredhaan Allah atau tidak? Kita agak kecewa apabila markah penilaian hujung tahun dinilai rendah oleh 'bos' apabila kita sendiri pernah yakin bahawa kita telah melakukan yang terbaik untuk organisasi tetapi penilaian tidak setimpal sepertimana yang dinilai. Tetapi berapa ramai yang pernah terfikir akan penilaian Allah ke atas kerja kita di dunia ini? Sedangkan Dialah maha penilai yang sebenar-benarnya setiap mahkluk di alam fana ini.

Buat pembaca yang sudi meluangkan masa anda untuk membaca setiap ayat di ruangan ini, marilah kita memuji Allah s.w.t dan juga meningkatkan prestasi kerja kita di tempat kerja kita. Mewujudkan kecintaan terhadap kerja yang kita laksanakan sekarang dan memperbanyakkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana masih diberi ihsanNya serta dipilih diantara berjuta manusia untuk berpeluang mendapat kerja kini berbanding mereka yang masih menganggur dan pencari kerja yang masih belum diberi ruang dan peluang. Belajarlah untuk berusaha bagi menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi daripada meminta daripada organisasi. Sentiasalah yakin akan janji dan ganjaran Allah buat kita selaku hamba yang bersyukur. terlibatlah secara "active in participant" dalam organisasi berbanding hanya menjadi 'penumpang' dalam organisasi.

Buat semua pekerja di Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2011. Semoga kita akan terus mengukir kegemilangan serta sentiasa meningkatkan prestasi untuk kecemerlangan organisasi.

No comments:

Post a Comment