Friday 22 April 2011

Kawan, marilah memuji Allah

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t kerana sehingga kini diberi ihsan Allah supaya kita menghirup udara dan masih bernafas di bumi Allah yang terbentang untuk mengajak kita bersyukur dengan sesyukur2 nya. Kawan-kawan, marilah kita memuji Allah dan membesarkan Allah dengan sebanyak-banyaknya sebagai tanda kita hamba yang tunduk dan bersyukur nikmat illahi.

Tidak ada yang lain selain Allah s.w.t yang patut disembah dan dipuji kerana sesungguhnya dialah maha pencipta serta maha pengasih dan maha penyayang.

Dikesempatan hari jumaat yang merupakan penghulu segala hari serta dimana setiap kebaikan yang dibuat pada hari ini akan digandakan pahalanya, dan setiap keburukan yang dilakukan akan digandakan dosanya. Oleh itu, ingin sekali saya mengajak kawan-kawan supaya kita memperbanyakkan amalan kebaikan kita pada hari ini dan seterusnya. Bermuhasabah diri dengan menilai serta melihat kembali tentang apa yang telah dilakukan pastinya membuatkan kita akan lebih bertaqwa kepada Allah yang maha esa.

Wahai kawan-kawan, Sesungguhnya Allah itu maha pengampun! maka mohonlah keampunan daripadaNya dengan sesungguh-sungguh kekesalan atas segala dosa yang pernah dilakukan. Nescaya Allah akan perkenankan. Tak ada lain-lain yang boleh beri manfaat dan tidak juga mampu memberi mudharat! Membasahi lidah dengan zikir dan memuji allah nescaya akan mendekatkan diri lagi dengan pencipta!

Punya banyak nikmat Allah selama hidup ini, maka selayaknya saya dan anda untuk tunduk sujud dan bersyukur kepada nikmat Allah yang sekelumit cuma. Dengan itu kawan-kawan, marilah kita bersama memuji dan membesarkan Allah dalam kehidupan kita dan janganlah sekali-kali kita menduakan Nya kerana perbuatan seperti itu ditakuti kita tergolong dalam kumpulan orang-orang yang mensyirikkan Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam limpah dan rahmatnya serta kerja yang kita lakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t serta berharap agar nikmat islam ini, akan kekal selamanya dalam diri kita sehingga ke akhir hayat,insya Allah. sekian wasalam.

1 comment:

  1. BERITA BAIK UNTUK AL

    Saya ingin mengingatkan semua pencari pinjaman internet untuk berhati-hati, terdapat penipuan pinjaman dalam talian di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen palsu dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran, maka mereka akan meminta anda membayar yuran lesen dan bayaran pemindahan, jadi berhati-hati.

    Semua pemberi pinjaman palsu ini mempunyai banyak persamaan yang saya dapati dan saya akan menyenaraikan mereka di bawah

    Kebanyakan mereka mempunyai akaun gmail

    Mereka semua mempunyai kuasa yang meyakinkan. mereka akan menjanjikan segala-galanya

    Mereka semua mempunyai gambar profil palsu seorang wanita yang memakai tudung

    Mereka semua memberi kadar faedah 2%

    Tiada had pada jumlah yang anda boleh pinjam

    Berita baiknya ialah saya telah menemui firma pinjaman dalam talian yang sah. Saya tidak berada di sini untuk berkhotbah tetapi untuk membantu orang keluar dari pengisap wang ini. hubungi syarikat (Dailypayloan@yahoo.com) Jika anda berminat untuk mendapatkan pinjaman, atau anda menghantar saya e-mel peribadi (zaradam@yahoo.com). Satu perkataan cukup untuk orang bijak

    ReplyDelete