Saturday 9 April 2011

Terima kasih atas ucapan!

Saya membaca setiap ucapan yang dihantar kepada saya oleh rakan-rakan mengenai ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran saya semalam dengan penuh teliti satu persatu dan mencuba untuk membalas semuanya tanda terima kasih serta penghargaan saya buat mereka yang sudi mengucapkannya menggunakan pelbagai medium untuk mesej itu sampai kepada saya. Terima kasih diucapkan.

Semalam merupakan ulang tahun kelahiran saya yang ke ...??? ehe, dan saya banyak menerima ucapan tak kira menerusi sms, facebook, serta tak kurang jugak yang menghubungi melalui telefon serta blackberry messenger (bbm)dan tidak lupa juga melalui Yahoo messenger! (ym).

Dikesempatan ini juga, saya ingin melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t atas nikmat hidup sehingga ke hari ini serta nikmat islam kepada saya sampai ke saat ini. Alhamdulillah. Setiap kali tibanya ulangtahun ini, menunjukkan saya semakin dewasa serta mengingatkan saya untuk review balik tahun-tahun yang telah dilalui apakah yang telah dilakukan sebelum ni. Disamping itu juga, turut memberi isyarat pada saya untuk merancang sesuatu yang menjamin lebih kegemilangan pada masa mendatang. Selain tu jugak, setiap kali menyambutnya, saya perlu semakin sedar yang semakin ramai rakan-rakan yang telah menamatkan zaman bujang masing-masing, mencorakkan kehidupan masing-masing dengan pelbagai pengisian.

Dalam hidup ni, tak semuanya indah dan bahagia. Ada masa sedih, ada masa suka,marah, ceria, disayangi,dicintai,dibenci dan pelbagai lagik yang melingakari kehidupan seharian. Tapi yang pasti, saya masih punya mak tersayang yang masih dipinjamkan Allah buat saya dimuka bumi ni walaupun, arwah ayah telah pergi dulu untuk menemui illahi. Disamping tu juga, saya juga sangat bersyukur kerana masih punya abang dan juga adik-adik serta keluarga yang sentiasa menyokong dan mendorong selain turut punya rakan-rakan,kawan-kawan dan sahabat-sahabat serta orang-orang kenalan yang ditemui. Ingin sekali, supaya sesiapa yang bertemu dan berjumpa dengan saya, mereka akan gembira dan senang untuk berkawan dengan saya.

Insya Allah, dengan keizinan waktu yang diberi Allah buat saya, akan saya manfaatkan dengan sebaiknya. Buat anda yang sudi meluangkan masa untuk menghantar kiriman ucapan buat saya, jutaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan semoga Allah akan sentiasa merahmati kita semua dan redha kepada kita dunia dan akhirat.Insya Allah.

1 comment:

  1. BERITA BAIK UNTUK AL

    Saya ingin mengingatkan semua pencari pinjaman internet untuk berhati-hati, terdapat penipuan pinjaman dalam talian di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen palsu dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran, maka mereka akan meminta anda membayar yuran lesen dan bayaran pemindahan, jadi berhati-hati.

    Semua pemberi pinjaman palsu ini mempunyai banyak persamaan yang saya dapati dan saya akan menyenaraikan mereka di bawah

    Kebanyakan mereka mempunyai akaun gmail

    Mereka semua mempunyai kuasa yang meyakinkan. mereka akan menjanjikan segala-galanya

    Mereka semua mempunyai gambar profil palsu seorang wanita yang memakai tudung

    Mereka semua memberi kadar faedah 2%

    Tiada had pada jumlah yang anda boleh pinjam

    Berita baiknya ialah saya telah menemui firma pinjaman dalam talian yang sah. Saya tidak berada di sini untuk berkhotbah tetapi untuk membantu orang keluar dari pengisap wang ini. hubungi syarikat (Dailypayloan@yahoo.com) Jika anda berminat untuk mendapatkan pinjaman, atau anda menghantar saya e-mel peribadi (zaradam@yahoo.com). Satu perkataan cukup untuk orang bijak

    ReplyDelete