Wednesday 11 May 2011

Kuarters Guru Usang

Saya cukup sedar kini semakin hampir hari sambutan perayaan guru. Sebab itu kalau anda peka terutama di akhbar berita harian, telah mula memainkan isu berkaitan permasalahan guru. Jika ditinjau daripada surat-surat diruangan surat dalam berita harian, pelbagai masalah ang diutus berkaitan masalah guru disiarkan.

2 hari lepas, laporan berkaitan dengan status guru GSTT. Laporan akhbar berita harian sekali lagi membangkitkan perkara berkenaan dan ingin mengetahui status berkenaan. Semalam, laporan dimuka depan, kuarters guru yang dikaitkan dengan usang dan terbiar. Tiada penghuni. Menurut laporan yang saya baca, antara sebab kuarters berkenaan tidak dihuni oleh warga pendidik adalah disebabkan lokasi yang tidak sesuai dan keadaan kuarters yang daif dan tidak terurus dan bukannya berpunca daripada elaun ETP dan COLA dipotong.

Hari ini isu berkenaan masih disiarkan dan telah mendapat perhatian daripada kerajaan apabila memaklumkan sebagai langkah penyelesaian bahawa kuarters2 yang kosong itu bakal disewakan kepada jabatan dan agensi lain bagi mengoptimumkan penggunaan aset kerajaan yang telah dibelanjakan. Dan dalam pada masa sama, pihak NUTP pula semalam menyatakan bahawa pemotongan elaun ETP dan COLA bukanlah punca utama yang menyebabkan guru-guru lebih berminat untuk menyewa diluar berbanding mendiami kuarters yang terpaksa elaun ETP dan COLA dipotong sebahagiannya. Hari ini NUTP pula merayu agar elaun ETP dan COLA tidak dipotong kerana bagi mengurangkan beban guru-guru yang menduduki kuarters2 guru.

Saya juga turut membaca diruangan surat pembaca pada hari ini. Saya tersenyum sendirian sebaik sahaja melihat akan utusan-utusan yang ditulis. Seperti dijangka, masalah guru dibangkitkan. Kali ini bercakap soal kuarters, maka hari ini keluarlah rintihan guru yang menetap dikuarters. hehe.. Sebagai makluman, ibu dan bapa saya bekerja disektor awam sejak sekian lama. Saya membesar hampir sebahagian umur saya di rumah kuarters kerajaan. Saya melalui bagaimana keadaan kuarters kerajaan sekian lama termasuk berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Saya nak maklumkan bahawa, kuarters guru design baru yang dtunjukkan dalam laporan akhbar ini boleh dikatakan jauh lebih moden daripada kuarters pernah saya duduki dahulu yang hanya papan dan batu. Kuarters yang dibina sekitar tahun 1970an, pelbagai juga masalah yang dihadapi. Tapi sepanjang itu, saya belum pernah terbaca dimana-mana ruangan yang dilaporkan,melaporkan atau terlapor berhubng perkara seperti isu kuarters guru ini. Adat mendiami kuarters, bagi kerosakan kecil dan pembaikan perlu dilakukan oleh penghuni. Cuma kerosakan besar sahaja yang bakal ditanggung oleh pihak kerajaan. Lagipun, jika itulah tempat kita sekeluarga berteduh, apa salahnya kita mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk meningkatkan tahap keselesaan untuk kita dan keluarga kita sendiri. aduiiiiii... Seperti cikgu ramesh, yang mengutarakan masalah sinki tersumbat dan bocor serta tersumbat di tandas sehinggakan menimbulkan bau yang kurang senang sehinggakan beliau malu apabila keluarga datang berkunjung. Katanya, telah melaporkan kepada PPD dan telah 3 bulan, masalah belum diatasi kerana budget tiada. Pada saya, masalah yang dibangkitkan, seperti sinki tersumbat, tandas tersumbat dan lain-lain,,cikgu ramesh..... anda selesaikanlah sendiri. Tak perlu tunggu sampai 3 bulan dan anda perlu bangkitkannya dalam surat khabar untuk tatapan umum semalaysia. Sampaikan tandas dan sinki pun nak mintak perhatian masyarakat dan kerajaan, apakah saudara tidak berasa malu? Takkan sampai tidak punya kemampuan untuk atasi masalah berkenaan? Seolah-olah perkara yang sekecil itu pun tak mampu diselesaikan.

Dulu masih teringat diminda saya, rumah yang kami pernah duduki di kuarters kerajaan, pintu bilik airnya mereput dan tanggal. Bapa saya mengupah orang untuk menggantikan pintu berkenaan dalam masa sehari sahaja sebaik sahaja mengenalpasti pintu berkenaan rosak. Kami tak perlu tunggu sampai 3 bulan dan kami tak lapor pon dalam akhbar seperti tindakan guru ini. Kerana kami punya kesedaran bahawa, kalau elok pon, untuk kami sekeluarga jugak yang menikmati. Saya tak fikir kalau perkara ini berlaku kepada cikgu yang mengeluh seperti diatas jika pintu bilik airnya atau pintu rumah kuartersnya rosak seperti itu. Agaknya dibiarkan juga kerana alasannya elaun telahpun dipotong dan ini menadi tanggungjawab kerajaan. ehe.. melucukan. Esok, saya tak sabar untuk membaca surat khabar, apa agaknya lagi masalah, cikgu mana pula yang meluangkan masa hari ini untuk menulis dan meluahkan permasalahan kuarters kediaman mereka pulak.

Buat guru, saya punya pesanan. Jadilah golongan yang kuat untuk menjadi penjana sepertimana tema hari guru anda tahun ini dan bukannya memperlihatkan golongan anda ini lemah dan hanya tahu meminta-minta. Buat guru yang komited saya ingin ucapkan tahniah dan selamat memartabatkan profesion anda. Sekian,

No comments:

Post a Comment