Wednesday 27 April 2011

Mood balik kampung semakin memuncak

Hari ini adalah merupakan hari yang ketiga dalam minggu terakhir bulan april. Tentu sekali perasaan saya semakin gembira apabila pergerakkan waktu semakin hampir menjenggah hari jumaat. Memandangkan hujung minggu ini agak istimewa sedikit berbanding biasa, apabila pada hari ahad ini merupakan hari cuti umum sempena hari pekerja yang disambut seluruh malaysia, maka cuti berkenaan dilanjutkan ke hari isnin minggu berikutnya. Maka, cuti hujung minggu ni adalah agak istimewa dan membuatkan perasaan saya untuk pulang ke kampung semakin memuncak. Terutama sekali apabila saya juga tahu yang kini abang saya juga berada di kampung telah sekian lama. (khabarnya sejak minggu lepas). Agak hampeh jugak, bila hari sabtu yang lalu, panggilan telefon yang diterima datangnya dari abang saya yang bagitau yang kini diorang bersama my mum n semuanya sedang bercuti di cameron highland! kowt ye pun tunggu la aku!! kalau nak pegi berehat pon. Tak sabar-sabar..Apa pun, buat mak.. tunggu kepulangan anak mu yang sorang nih untuk pulang menemui mu yang dirindui.

Belum pun sampai ke kampung lagi, pelbagai perancangan serta aktiviti yang telah berlegar dalam kepala saya kini untuk dilakukan sempena cuti yanh hanya 2-3 hari ini. Termasuklah untuk menghadiri majlis kenduri kawin di sungai petani, kedah serta juga ingin sekali pekena durian di kampung yang kini sedang dalam musim durian di perak. aiii tak sabarnya lar nak balik kampung. Dalam kesibukan tugasan harian, kini saya dalam peringkat akhir untuk entri terbaru saya sempena Hari Pekerja serta tidak lupa juga buat sambutan perayaan hari guru nanti. Tapi apa yang pasti, entri-entri berkenaan saya akan masukkannya dalam blog wordpress saya di sana. ;p

Buat rakan-rakan, walaupun perasaan ingin balik kampung semakin meningkat, tapi sebenarnya, bagi tuntutan kerja masih tidak juga diabaikan. Komitmen perlu diberi kepada tempat 'kita carik makan'.

;p

No comments:

Post a Comment