Monday 12 March 2012

Cepat sekali masa berlalu,,

Terfikir saya akan bertapa cepat sekali masa itu berlalu. Bila melihatkan kad-kad jemputan kawin yang dibuat panggilan melalui FB, penghantaran di rumah dan sebagainya, membuatkan akdang-kadang saya merasakan bahawa inilah dia kehidupan putaran alam.

Tambah membuatkan saya lebih teruja apabila merasakan ianya sesuatu yang berada dalam mimpi ataupun sedang saya melihat sebuah filem yang panjang. Cuba bayangkan, saya masih lagi teringat akan memori sewaktu di zaman sekolah sama ada sekolah rendah, menengah, di IPT dan kenangan-kenangan semasa menunggu keputusan SPM, semester break dan sebagainya bersama-sama kawan-kawan saya terutama di kampung, tetapi kini mereka-mereka itu telah pun bertemu pasangan masing-masing dan kelihatan bahagian sekali. Sesungguhnya saya gembira melihat keadaan itu. Namun, itulah yang saya katakan tadi, bagaikan tak percaya pulak kawa-kawanku ini kini telah bergelar seorang suami dan mempunyai tanggungjawab yang besar selain mempunyai bahtera masing-masing untuk dilayarkan.

Itu soal yang baru berkahwin dan membuat jemputan. Jika dilihat lagi, kawan-kawan sekolah rendah saya, ramai diantara mereka yang telah meletakkan gamabr-gambar anak masing-masing di wall FB. Seolah-olah mereka kini jauh lebih dari sebelumnya. Bukan sahaja sebagai suami, tetapi kini sebagai seorang ayah/bapa kepada seorang kanak-kanak. Allahurobbi,..Cepatnya masa berlalu... Dulunya mereka-mereka ini adalah kawan yang duduk melepak sekali, tapi kini telah punyai keluarga dan perlukan perancangan yang baik untuk memeta halatuju keluarga masing-masing. Itulah yang membuatkan saya kadang-kadang seakan tak percaya pulak sepantas ini masa berlalu. Sesekali macam sedang menonton filem pulak,,;p

Bagi hujung bulan ini - 31 mac 2012, seorang lagi kawan lama saya (nazirah Ngah) akan mendirikan rumah tangga. Tahniah Nazirah,,semoga bahagia dan berkekalan hendaknya. Begitulah cepatnya masa berlalu. Tau-tau saja sudah menjangkau usia ke 27 tahun. Insaflah saya akan firman Allah dalam surah Al-Asr(ayat 1- 3)"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

Masa akan meninggalkan kita sekiranya kita leka dan alpa. Justeru itu, saya menyeru diri saya dan anda supaya marilah kita memperbanyakkan amal kita untuk bekalan kita bagi bertemu Allah S.w.t di destinasi kekal kita - Akhirat- ,, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment