Saturday, 17 March 2012

Macam Tu Pulak,,,Oke,

Order kena pakai code. Tak main lar main tulis,tulis nama menu yg nak makan. Contohnya nak mee rebus, skrg nih dah xtulis "Mee Rebus". Skrg da pakai kod bagi mee rebus yang tertera dalam buku menu tuh. Begitulah keadaannya bila aku berkunjung ke sebuah cafe tadi untuk order makan +minuman.

Cafe nya nih agak esklusif gakla dan selesa. Order macam aku cakap tadi lah, just masukkan code number jer. So, hasil daripada keinginan ku dan juga setelah semak menu yang diberi, jadi aku telah pilih code L22(kuey teow sup) satu, serta untuk minuman J2(orange juice). Bila, pelayan yang datang amik order tadi kembali semula ke meja, maka dia pun bawa lah kertas yang ditulis kod tadi ke kaunter untuk di 'key-in' dalam sistemnya supaya bahagian kitchen dapat sediakan menu sepertimana yang dikehendaki oleh pelanggan. Itulah bertapa canggihnya teknologi sekarang neyh. Main key-in je dalam komputer, xpayah terjerit2 macam time2 dulu atau di warung-warung. tapi, personally, pada aku aktiviti jerit-jerit dan bunyi periuk belanga yang bising tuh penambah kepada kemeriahan untuk makan-makan santai waktu petang dan malam.,taklah terlalu protokol dan sunyi sangat kan.hihi

Ok, back to my cerita nih, setelah hampir 5 minit menunggu, maka J2 aku pun sampai. Walaupun pada aku, jangkamasa yang diberikan oleh pihak cafe pada customer nya tidak memuaskan, tapi oklah pada aku yang tak terlalu cerewet soal tu. Selang 5 minit kemudian, maka saat yang ditunggu2 telah tiba. L22 (kuey teow sup) yang di order akhirnya di bawa oleh pekerja cafe berkenaan dan dengan selamber nya dia bg aku ntah apa kod pun aku xpasti, tapi bahasa mudahnya ialah NASI GORENG KAMPUNG! Oke,.. Aku pada mulanya agak kagum dan bangga jugaklah sebab order pakai kod dan siap key-in pulak pakai sistem+komputer...tapi last2 camni jadiknya..aduiii..

Maka, ku panggillah pekerja cafe berkenaan dan tanya pada dia adakah aku tersalah tulis kod number menu tuh? yela takut gak sebab selalunya kalau tulis kod nih payah nak salah kan.. Kemudian, dia pun check semula kat kaunter, then bgtau yang bahagian kaunter silap key-in kod number. Alamak, pakai sistem pun silap eh?..ermm oke,, So., aku cakap ngan pihak cafe tuh supaya kuey teow sup tuh mintak dibungkuskan jela sebab dah xda mood mo makan situ, sbb lama sangat tunggu. Dengan confident nya dijawab - Ok, tunggu jap bang eh..

After 10 minit kemudian,,setelah muka ku pun da naik tak berapa nak senyum sebab terlalu lama tunggu, pekerja cafe tuh datang dan bgtau yang "abang, kuey teow yang abang pesan tuh, xda lah malam nih. Kalau kuey teow goreng boley x?" ,,Bak kata pepatah, jangan banyak komunikasi kalau time2 camni.. terus aku cakap cancel jer dan buat payment minuman jer. Keluar pada cafe yang ku anggap berprestij tadi terus ke warung then aku order "abg, kuey teow sup 1 bungkus",, dijawab semula oleh abg warung tepi jalan nih.."siap!".. haha (bahasa standard kan org beniaga).. 5minit jugak ah tunggu selepas perkataan siap yag abg slumber nih cakap td..hihi,, tp kejap jer, da siap kuey teow aku, da baru selesai aku sapu td..

Terfikir aku, yg xguna nak pakai sistem canggih manggih kalau last2 warung yang xpayah guna sistem key-in bagai,, boley bagi service cepat dan terbaik!

Dunia Blog : Keunikan & Followers

Satu fenomena buat diri aku bila lihat rakan2 blogger yg lain yang punyai ramai followers masing-masing. Sangat kagum. Tak terjangkau dek fikiran untuk aku nak dapat ramai followers yg macam tuh. Jangan katakan puluhan ribu,ribu atau ratus,, puluh pun xpasti,,ehe,, Terfikir jugak mungkin sesuatu yang unik dalam blog anda sehingga membuatkan ramai yang ingin mengikutinya dan menjadi pembaca setia bg setiap kali entry yang dimasukkan.

Apa pun, aku sangat kagum dan salute lah dengan korang yang punyai ramai followers. Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan,(eceh2,,haha) mendapati ada yang baru seminggu wat blog,,tp followers da hampir 100 org,. perghh,, Ada blogger yang ada followers sampai puluhan ribu tuh pulak,apa kes?... mmg mcam pisang panas lahh,,Disamping tu jugak, setiap blog yang dihasilkan mempunyai tarikan dan keunikkan yang tersendiri. Sama ada dari segi persembahan dan juga design bagi tiap2 blog. Tak ketinggalan juga dari segi gaya penulisan dan penceritaan bagi pengisian entri2 yang dimuatkan dalam blog masing-masing.

Chaiyokk dan tahniah buat anda sang blogger yang pyai ramai pengikut!

Friday, 16 March 2012

Trivial Pursuit: Cepat sekali masa berlalu,,

Trivial Pursuit: Cepat sekali masa berlalu,,: Terfikir saya akan bertapa cepat sekali masa itu berlalu. Bila melihatkan kad-kad jemputan kawin yang dibuat panggilan melalui FB, penghanta...

Monday, 12 March 2012

Cepat sekali masa berlalu,,

Terfikir saya akan bertapa cepat sekali masa itu berlalu. Bila melihatkan kad-kad jemputan kawin yang dibuat panggilan melalui FB, penghantaran di rumah dan sebagainya, membuatkan akdang-kadang saya merasakan bahawa inilah dia kehidupan putaran alam.

Tambah membuatkan saya lebih teruja apabila merasakan ianya sesuatu yang berada dalam mimpi ataupun sedang saya melihat sebuah filem yang panjang. Cuba bayangkan, saya masih lagi teringat akan memori sewaktu di zaman sekolah sama ada sekolah rendah, menengah, di IPT dan kenangan-kenangan semasa menunggu keputusan SPM, semester break dan sebagainya bersama-sama kawan-kawan saya terutama di kampung, tetapi kini mereka-mereka itu telah pun bertemu pasangan masing-masing dan kelihatan bahagian sekali. Sesungguhnya saya gembira melihat keadaan itu. Namun, itulah yang saya katakan tadi, bagaikan tak percaya pulak kawa-kawanku ini kini telah bergelar seorang suami dan mempunyai tanggungjawab yang besar selain mempunyai bahtera masing-masing untuk dilayarkan.

Itu soal yang baru berkahwin dan membuat jemputan. Jika dilihat lagi, kawan-kawan sekolah rendah saya, ramai diantara mereka yang telah meletakkan gamabr-gambar anak masing-masing di wall FB. Seolah-olah mereka kini jauh lebih dari sebelumnya. Bukan sahaja sebagai suami, tetapi kini sebagai seorang ayah/bapa kepada seorang kanak-kanak. Allahurobbi,..Cepatnya masa berlalu... Dulunya mereka-mereka ini adalah kawan yang duduk melepak sekali, tapi kini telah punyai keluarga dan perlukan perancangan yang baik untuk memeta halatuju keluarga masing-masing. Itulah yang membuatkan saya kadang-kadang seakan tak percaya pulak sepantas ini masa berlalu. Sesekali macam sedang menonton filem pulak,,;p

Bagi hujung bulan ini - 31 mac 2012, seorang lagi kawan lama saya (nazirah Ngah) akan mendirikan rumah tangga. Tahniah Nazirah,,semoga bahagia dan berkekalan hendaknya. Begitulah cepatnya masa berlalu. Tau-tau saja sudah menjangkau usia ke 27 tahun. Insaflah saya akan firman Allah dalam surah Al-Asr(ayat 1- 3)"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

Masa akan meninggalkan kita sekiranya kita leka dan alpa. Justeru itu, saya menyeru diri saya dan anda supaya marilah kita memperbanyakkan amal kita untuk bekalan kita bagi bertemu Allah S.w.t di destinasi kekal kita - Akhirat- ,, Insya Allah.

Saturday, 10 March 2012

Baru berjinak-jinak dengan GOLF

Sukan golf merupakan sukan yang dilihat untuk golongan elit. Menyentuh soal perbelanjaan bagi terlibat secara serius dalam sukan nih pun ianya memerlukan komitmen modal yang besar bagi peminat-peminat yang mahu menyertai secara aktif untuk sukan jenis ini. Apa tidaknya, latihan untuk melantik tenaga pengajar saja pun sangat tinggi. Dengar-dengar daripada rakan-rakan yang telah menyertai golf nih, untuk bayaran kepada jurulatih pun sekurang-kurangnya paling rendah RM 400-500/bulan. Itu belum soal peralatan yang diperlukan lagi. Contohnya seperti golf set, glove,T, bola golf, kasut, n etc. Belum lagi untuk bayaran green fees, buggy bagi setiap kali turun ke padang, bayaran untuk 100 biji bola bagi latihan di driving range dsbnya.

Benarlah pandangan ramai bahawa permainan ini hanya sesuai untuk golongan berada dan yang mempunyai kedudukan saja. Namun, tidak mustahil dan bukanlah dilarang buat golongan sederhana seperti kebanyakkan kita. Mengambil contoh diri saya yang baru berjinak-jinak untuk turun mengenali golf ini, merasakan bahawa akan bertapa uniknya permainan ini. Dulunya, saya juga berpendapat bahawa golf ini diterjemahkan sebagai Golongan Orang Lemah Fikiran, Golongan Orang Lupa Family, Golongan Orang Lupa Fardhu dan sebagainya. Tetapi, bila perlahan-lahan saya bersama rakan-rakan lain cuba untuk mengenali golf ini, rupanya permainan ini membentuk seseorang untuk membina keyakinan diri melalui dalaman. Ianya juga melatih individu untuk beretika dan disiplin selain jujur dan waras dalam pertimbangan!

Sebenarnya, terlibatnya saya dalam Golf ini adalah hasil daripada bos saya yang sememangnya sangat dihormati dan disegani dalam arena Golf ini dikalangan pemain-pemain lain termasuklah dikenali di istana Perlis akan kebolehan bos saya untuk bermain dan melatih orang untuk pandai bermain golf sebelum ini. Bertitik tolak dari situ, beliau telah mengarahkan supaya kakitangannya untuk turun bermain golf dan kesediaannya untuk menunjuk ajar dengan percuma! Oleh itu, saya bersama rakan-rakan lain pada mulanya terpaksa, tetapi kini semakin suka terhadap golf. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari terutama dari segi pukulan, pengiraan mata,teknik betul untuk bermain selain pemahaman undang-undang pemainan dan juga istilah-istilah dalam permainan.

Sebaik berpeluang untuk bermain di padang golf, saya dapat perhatikan kebanyakkan orang di sini adalah orang yang berjawatan tinggi dari pelbagai jabatan dan sektor. Di sinilah pertemuan mereka dan dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain. Mereka di padang sangat beretika dan menghormati di antara satu dengan yang lain. Rupa-rupanya, dari segi memukul bola golf dan tindakan-tindakan semasa permainan berlangsung semuanya dilihat,dinilai dan diperhatikan oleh semua orang terhadap kita. Bagi yang telah lama terlibat dalam arena ini, golf sebenarnya boleh mencerminkan perwatakan seseorang!

Disamping itu juga, ianya juga menyihatkan badan. Permainan yang memerlukan kita berjalan dan mengeluarkan peluh mampu menyihatkan badan. Cuba bayangkan apakah kita mahu berjalan jauh tanpa tujuan? pastinya tidak. tetapi dengan bermian golf, anda perlu berjalan untuk mencari bola golf yang telah dipukul dan dengan cara ini ianya membakar kalori dan mampu memberi keishatan yang baik buat diri.

Berbalik kepada saya yang baru sahaja terlibat. Beruntunglah kami kerana kesudian bos untuk menurunkan ilmu golf kepada kami. Selain itu, perasaan malu hampir dikikis sepenuhnya kerana ramai kawan-kawan yang turun itu juga masing-maisng baru mengenali golf. Bayangkan jika semua telah punnyai kemahiran dan telah pandai dan hanya tinggal saya saja yang baru bertatih, mungkin juga saya akan terus tidak turun dan menyertainya. Belajar beramai-ramai ini baik untuk kami kerana ramai yang sedia membantu termasuk bagi pihak kelab di sini sendiri. Terima kasih semua. Buat masa ini, set pon saya pinjam yang bos punya. hikhik.. (kalau bos bg terus lagik bagus..)haha..

Menyesalnya saya suatu ketika dulu sewaktu di sektor swasta, saya juga pernah diarah oleh bos untuk turun bermain golf dan beliau juga sedia menunjuk ajar kepada saya. Katanya permainan golf ini wajib untuk level saya ketika itu. Masih saya ingat lagi, setiap hari selasa jam 4.30 petang perlu ada di padang golf. Tetapi waktu itu, saya sering mencari alasan dan mengelak. Kini, baru saya sedar bahawa jika saya turun dahulu tidaklah terkial-kial seperti sekarang. Namun, peluang kedua ini tidak akan dilepaskan. Bagi saya, tidak semestinya belajar itu untuk terlibat menjadi jaguh walaupun itulah semestinya. Tetapi buat saya, cukup untuk mengambil tahu dan mempunyai basic kepada perkara ini supaya tidaklah janggal bila berhadapan dengan piahk lain nanti ketika bercakap soal golf ni.

Buat anda di luar sana, cuba-cubalah untuk mengenali golf ini, kerana apabila anda sudah mulai mengenalinya, pasti akan menyukainya kerana sukan ini sangat unik dan hebat.

Saturday, 3 March 2012

Ujian ini mendewasakan saya,,

Sebaik saja menerima sepucuk surat dari pejabat peguam pada hari kedua minggu ini, saya terkedu seketika. Tetapi perasaan ini beransur hilang apabila tindakan itu telahpun saya jangkakan sebelum ini. Disamping itu juga ada beberapa sebab yang membuatkan saya semakin kuat untuk menempuhinya tanpa perasaan lemah dan gentar. Berikut adalah antara sebabnya;

Kemudiannya saya memanggil seorang rakan kerja saya yang telahpun berkhidmat 36 tahun lamanya. Saya bertanya apakah beliau pernah menerima surat seperti ini disepanjang perkhidmatannya? jawabnya, inilah kali pertama beliau menemui perkara seumpama ini. Sebaik saja saya mendengar jawapan itu, saya mula membandingkan tempoh perkhidmatan saya yang mencecah 5 tahun lebih (swasta+kerajaan). Pada saya, inilah satu rahmat, a[abila orang lain perlu mengambil masa lebih 30 tahun untuk mendapat pengalaman ini, sedang saya hanya perlukan masa 5 tahun utnuk menperolehinya. Syukur alhamdulillah.

2. Apabila menerima ujian ini, saya sentiasa ingat bahawa saya sentiasa berpegang kepada ajaran agama saya yang syumul dan agung. Setiap permasalahan dan dugaan yang menimpa saya, biasannya saya akan pulangkan kepada ajaran agama. Dengan berserah kepada Allah, hati ini menjadi tenang dan sentiasa yakin bahawa ketentuan Allah adalah segalanya. Saya penuh percaya bahawa perancangan Allah itu adalah yang terbaik melampaui perancangan manusia. Berbekalkan semangat dan panduan itu, semakin mengukuhkan diri saya untuk tempuhinya. Mujurlah Allah kurniakan saya akan nikmat ISLAM..untuk saya jadikan pedoman dan panduan hidup..Alhamdulillah syukur,,

3. Seterusnya, saya yakin apa yang telah dilakukan adalah mengikut prosedur dan sehingga kini tidak satupun yang dilihat bercanggah dengan peraturan dan diluar bidang kuasa yang sepatutnya untuk dilaksanakan. Jadi mengapa perlu saya bimbang?

4. Mujurlah saya masih mempunyai ibu tersayang untuk saya mengadu dan membantu menguatkan diri ini bagi menempuhi rintangan dalam kehidupan. love u mom!

5. Selain itu juga, buat dia yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan.. terima kasih diucapkan.

6. Saya yakin bahawa,.sekiranya kita tidak salah, mengapa perlu kita takut?.. teruskan perjuangan,, kerana perjuangan ini adalah perjuangan air mata & suci Insya Allah..

Buat yang diluar sana, janganlah sesekali untuk mengainayai orang,, kerana kesannya sangat buruk dan dibenci oleh agama. berbuat baiklah sesama manusia. Yang penting, sentiasa bersikap positif dan mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi olehNYA dan berada dalam rahmatnya sentiasa.

Monday, 13 February 2012

Penulis Buku : angan-angan atau cita-cita?

Sebaik sahaja terbaca di akhbar berita minggu semalam mengenai penghasilan buku negara semakin merosot akibat daripada tidak ramai penulis-penulis yang menghasilkan karya mereka dalam aktiviti penulisan amat mendukacitakan. Difahamkan oleh Presiden Yayasan Pembangunan Buku Negara, jumlah buku yang dihasilkan tahun lepas adalah sebanyak 18,000 naskah sahaja berbanding tahun sebelumnya iaitu 17,000 naskah. Ini pun menurut yayasan berkenaan telah termasuk penghasilan buku-buku teks sekolah dan diulang cetak.

Keadaan ini sungguh menyedihkan. Justeru, diseru agar lebih ramai penulis yang menulis buku untuk memastikan survival industri ini terus berkembang dan mampan. Artikel berkenaan juga turut memetik bahawa antara kaedah yang mungkin relevan ialah menggalakkan para siswazah yang baru tamat pengajian masing-masing untuk terlibat dalam penghasilan buku ini. Ini merupakan satu cadangan atau lontaran idea yang baik memenadangkan disamping mereka tidak hanya menjadi penggangur tetapi boleh menyumbang sesuatu buat negara dan diri sendiri.

Lanjutan itu, saya juga mula terfikir apakah saya juga boleh menyumbang sesuatu kepada pembangunan buku negara? Apakah saya punya keupayaan untuk menjadi seorang penulis? Sedangkan saya sendiri tidak pernah mengikuti atau menghadiri bengkel atau seminar untuk menjadi seorang penulis sepertimana yang pernah salah seorang rakan saya hadiri dan kini beliau menjadi seorang penulis buku dan novel walaupun dalam masa sama beliau adalah seorang pendidik! Apakah ini cita-cita atau hanya sekadar angan-angan?

Apapun, jika ditanyakan minat untuk menulis buku, jawapan saya,, ya! tetpai suka saya nyatakan di sini, tetapi bukan dalam penulisan untuk novel,, kerana saya tidak punya imaginasi yang kuat untuk menghasilkan sebuah karya seumpama itu. Namun., berbalik ekpad apenulisan buku tadi, saya juga berminat jika diberi peluang dan sedikit bimbingan daripada mereka yang pakar dalam bidang ini. Ingin sekali buku yang dihasilkan itu bermanfaat buat para pembacanya dan berbentuk ilmiah.

Persoalannya kini, apakah itu semua cita-cita atau angan-angan? Walau apapun, biarlah saya simpan minat itu dengan membiarkan takdir dan waktu yang menentukan segalanya.