Wednesday 25 May 2011

Bersama menjaga amanah warisan depan



Ketika mula mendengar lagu warisan anak kecil main api ini, saya mula merenung dan meneliti setiap bait-bait lirik dalam lagu ini. Agak sayu juga apabila mendengar dan menghayati lirik lagu ini. Ianya berkaitrapat dengan hasil sejarah lampau di bumi bertuah ini sehinggalah rentetan beberapa peristiwa hari ini.

Suatu ketika dahulu, bertapa agung dan gahnya kerajaan negeri melaka, apabila negeri kecil ini berjaya melebar luaskan jajahan takluknya sehingga ke tanah jawa dan beberapa negeri di tanah melayu. Keagungan ini bertambah istimewa apabila menjadi tarikan dan keinginan kuasa timur dan barat untuk menguasainya. Kemasyhuran kerjaan agung ini yang diperintah oleh sultan melayu melaka ketika itu bertahan berabad lamanya. Perlabuhan yang sibuk dengan kapal dagang keluar masuk dan berlabuh disamping berurus niaga yang datangnya dari pelbagai pelosok dunia.

Keagungan pemerintahan beraja yang diamalkan sejak sekian lama sejak parameswara lagi, akhirnya lenyap sehingga kini. Kini, negeri yang dahulunya sangat terkenal dan masyhur di dunia, akhirnya hari ini negeri berkenaan tidak bersultan!

Runtuhnya kerajaan negeri melaka yang dahulunya hebat mengenai kepahlawanan dan sistem pertahanan yang mantap sama ada di darat mahupun di air, ketokohan pahlawan melaka yang tiada tolok bandinhnya Laksamana Hang Tuah dan saudara, kepintaran dato' bendahara seperti tun perak, untuk membantu mengukuhkan kekuatan dan kehebatan melaka yang diperintah oleh sultan sehinggakan berjaya menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan kuasa besar seperti china runtuh akibat daripada persengketaan sesama sendiri.

Pembukaan ruang dan memberi peluang kepada orang luar melaka untuk menyerang melaka adalah sesuatu yang akhirnya merugikan bangsa dan diri sendiri. Ya, mungkin kita puas dengan tindak tanduk kita dapat menewaskan musuh dalaman negeri kita, tetapi apakah mungkin kerana itu kita sanggup gadaikan tanahair tercinta ini kepada penjajah?

Bagi menghurai lanjut perkara ini, saya kira ramai yang cerdik pandai yang melawan hujah dan fakta. Tetapi dengan menghayati lagu di atas, bersamalah kita merenung kembali dan memikirkan mengenai tanah air tercinta ini. ;p

No comments:

Post a Comment