Monday 16 May 2011

Selamat Hari Guru : Berkhidmat untuk kecemerlangan bangsa




Tahniah diucapkan seluruh warga pendidik yang bergelar guru di Malaysia di atas pengumuman sebentar tadi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia mengenai kejutan buat guru-guru seluruh negara dengan pelbagai insentif baru buat anda.

Kenaikan pangkat dengan lebih cepat berbanding kini guru-guru perlu menunggu selama 10 tahun untuk kenaikan pangkat secara timed-based tetapi kini perlu diberi nafas baru apabila laluan kenaikan pangkat guru tidak terhenti kepada DG48 bahkan sehingga ke DG54 setelah sekian lama berkhidmat dalam perkhidmatan.

Pengumuman mengenai kenaikan pangkat pengetua sekolah menengah seluruh negara yang masih DG48 kepada DG52 pastinya melegakan seluruh pengetua dan dianggap sebagi hadiah hari guru yang penuh makna. Demikian juga kenaikan gred daripada DG44 ke DG48 dan DG32 ke DG34 buat seluruh penolong kanan dan HEM diperingkat sekolah rendah dan menengah juga khabar gemibira buat golongan ini yang telah menabur bakti buat anak bangsa. Guru Wibawa dan Pendita Guru juga merupakan pengenalan kepada laluan kenaikan pangkat dalam kerjaya guru adalah sesuatu yang juga membuktikan bertapa kerajaan menghargai jasa dan pengorbanan guru selama ini. Selaras dengan itu, keprihatinan kerajaan ini juga tentunya hasil daripada perhatian dan sentiasa mendengar keluh kesah golongan ini yang sering disuarakan. Kini, memartabatkan profesion keguruan ini dilihat jauh ditinggikan dalam kalangan masyarakat dengan berpandukan kepada guru adalah pekerjaan yang dimuliakan.

Buat seluruh warga guru, dengan pengiktirafan oleh kerajaan ini, saya ingin sekali mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan sentiasa berharap supaya kualiti guru kini juga perlulah selari dengan ganjaran yang diberi. Kualiti ini tentunya datang dari pelbagai aspek termasuk sahsiah guru selaku menjadi model kepada pelajar dan masyarakat. Saya juga pastinya dengan penuh minat ingin juga mendengar supaya suatu hari nanti guru-guru kualiti dilahirkan dengan seramai mungkin disamping guru sejati. Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu!

No comments:

Post a Comment