Friday 4 February 2011

Suasana cuti di kampung

Sempena cuti tahun baru cina kali ini, saya akan pulang ke kampung halaman di Selama, Perak.  Percutian kali ni, tiada perancangan untuk ke mana-mana sebagai destinasi percutian dan sebagainya.  Cuma sekadar meluangkan masa bersama keluarga dan juga rakan-rakan yang turut bercuti sempena cuti umum ini.

Selebihnya, manfaat cuti yang cuma 4 hari ini, akan diberi kepada aktiviti-aktiviti ke kebun dan juga dusun.  Haiii..dah lama tak pegi ke dusun.  Seingat saya, terakhir kali saya ke dusun adalah kira-kira 3 tahun lalu. (agaknya, dusun tuh da jd utan x?).  Semalam, sebaik saja melalui di kawasan pekan selama, seakan ternampak ada penjual yang menjual durian.  Walaupun tak berapa banyak buah yang dijualnya, tapi memberi saya petanda, apakah di dusun saya juga turut mengeluarkan hasil?kena check ni..

Seperti yang sedia maklum, sejak-sejak bekerja ni, masa untuk diluangkan ke kebun dan dusun agak terhad dan seakan tiada masa.  Ditambah pula dengan faktor jarak, membuatkan masa untuk menjenggah kebun dan dusun tidak dapat dilakukan tetapi berpindah kepada aktiviti lain.  Kebiasaannya, bila balik ke kampung, seawal pagi saya akan ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan dapur yang dipesan mak.  Kemudian, setelah itu, kalau ada masa, tumpuan akan ke kebun.  Sebelah petang pulak bila dah hampir maghrib, persiapan ke masjid atau surau.  Kemudian malam sikit, kalau kawan-kawan balik bercuti, kitorang lepak minum dan sembang-sembang.


Peredaran zaman dan masa telah berlaku.  Setiap tahun menjanjikan perkara baru dari sebelumnya.  Demikian juga dengan cuti kali ni.  Bilangan kawan-kawan yang masih single dan balik bercuti pula sudah semakin berkurangan.  Status juga telah bertukar. Kalau dulu, ramai kawan-kawan yang masih berstatus pelajar, penganggur. Tapi kali ni, ramai dah bertukar status kepada pekerja.  termasuklah saya.  Jemputan kawin juga sentiasa diterima daripada rakan-rakan.  INI MENUNJUKKAN YG DIRI DAH SEMAKIN TUA!!! hehe.


Walau apapun, sudah disetkan dalam minda ni, kalau cuti saja, mesti pulang ke kampung.  Saya terkenangkan kata-kata seorang teman, katanya "Selagi ada mak bapak, rajin-rajinlah balik tengok diorg".  Walaupun kata-katanya berseloroh ketika itu, tp sangat bermakna dan berupa nasihat buat saya dan anda.


Buat pembaca penulisan ini, dikesempatan ini, saya ,mengucapkan selamat bercuti! ;)

No comments:

Post a Comment