Kira-kira hampir 55 tahun lepas Malaysia telah bebas dari genggaman penjajah dan ancaman komunis. Dalam pada kesibukan menyambut acara-acara kemerdekaan bagi setiap tahun yang pada setiap tahunnya menjanjikan sambutan yang berbeza dan menarik,namun keadaan di Nepal adalah sebaliknya.

keadaan di Nepal adalah berlaku keadaan yang sungguh menyedihkan.Negara ini adalah satu-satu negara didunia yang masih diancam secara serius oleh gerila komunis. Gerila komunis ini dinamakan Maois.mereka bersifat kejam dan menggunakan pembunuhan serta penderaan bagi mencapai matlamat mereka sepertimana yang dilakukan oleh parti komunis di asia pada tahun 60-an dan 70-an.

Selain Nepal,hanya Peru memiliki gerakan Maois iaitu pengganas yang dikenali sebagai " The Shining Path". keganasan dan siri-siri pembunuhan yang sudah semacam menjadi keadaan biasa di sana sehinggakan berlaku pembunuhan sekeluarga keluarga diraja yang memerintah Nepal. sebagai tambahan nota untuk sejarah dan pengetahuan am,nepal adalah satu-satunya negara yang agama rasminya adalah hindu didunia. dalam sejarah negara ini berjaya bebas daripada penjajahan inggeris yanga menguasai india. bagaimanapun,rakyatnya terkenal sebagai gurkha yang menjadi tentera paling setia bagi empayar british suatu ketika dahulu.sebelum kedatangan sebelum kedatangan inggeris,nepal ditubuhkan oleh Pahlawan Hindu. Nepal juga adalah salah sebuah negara yang mundur dan rakyatnya miskin. Akibat daripada persengketaan dan juga serangan komunis yang sering kali mengancam negara ini ditambah pula dengan kekacuan politik yang melanda termasuk skandal salahguna kuasa oleh pihak raja,telah memburukkan lagi keadaan di negara yang terkenal dengan keindahan gunung tertinggi didunia itu. Hanya 15% rakyatnya yang mendapat akses elektrik.kira-kira 500,000 kanak-kanak bawah 14 tahun yang menjadi buruh,sementara anak-anak gadis nepal pula terlibat secara serius dalam industri seks dan banyak yang meninggal dunia sebelum menjangkau usia 25 tahun. hal ini adalah kerana mereka melakukan pengguguran haram. sementara jurang kaya dan miskin sangat luas dan amat-amat jauh sekali. statistik pula menunjukkan 42% daripada 27.7juta rakyat nepal hidup dibawah paras kemiskinan,rakyat marhaen,kira-kira 42.2% daripada populasi Nepal dalah buta huruf dan juga pendapatan perkapita pula hanya US250 setahun.

Di Nepal, tidak ada falsafah " Hati gajah sama dilapah.hati kuman sama dicecah".banyak perkara-perkara yang sepatutnya diberi perhatian bersama bagi seluruh warga nepal,temasuk pendidikanya,sosiopolitiknya,kewanganya,pengurusanya dan berbagai-bagai lagi perkara penting daripada membeli pesawat untuk kegunaan peribadi,serangan hendap yang bertubi-tubi,pergolakan politik yang tidak menentu dan melakukan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan sesebuah negara itu sendiri.

Sementara di Uganda,lain pula ceritanya. Perang saudara yang berlarutan selama 20 tahun masih belum menampakkan tanda-tanda untuk tamat dalam erti kata sebenar di Uganda. jika di Nepal,puak pemberontak dikenali sebagai Gerakan Maois,tetapi di Uganda mereka menderita akibat puak pemberontak yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai " Tentera Pemberontak Tuhan" @ LRA. pasukan ini yang diketuai oleh Acellam Caesar Otto. puak pemberontak ini akan melancarkan serangan-serangan terhadap kerajaan dengan harapan dan cita-cita untuk menggulingkan kerajaan sediada melalui senjata.LRA yang berkubu kuat di utara Uganda,akan masuk menyerang ke kampung-kampung dan mencederakan serta membunuh penduduk awam. mereka akan menculik kanak-kanak kerana kanak-kanak ini mudah dilatih untuk menyertai kumpulan itu.

Puluhan ribu penduduk terkorban dalam perang saudara itu,manakala lebih 2juta penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa bergantung kepada bantuan asing. Negara itu menyaksikan pelbagai kekejaman terhadap penduduk awam seperti pembunuhan,penyeksaan dan penculikan. Wanita dan kanak-kanak dijadikan hamba seks di kubu-kubu LRA.
Amito adalah wanita yang kehilangan 2 saudaranya apabila anggota Tentera Pemberontak Tuhan menyerang kampungnya yang terletak di pinggir bandar Gulu pada tahun 2000. Sementara seorang lagi rakyat uganda menjadi mangsa kekejaman puak pemberontak ini apabila bibirnya dipotong tanpa belas kasihan kerana tidak mahu menyertai LRA.
Perang saudara membuatkan ratusan ribu rakyat uganda terpaksa menjadi perlarian  dan bergantung kepada bantuan asing untuk meneruskan hidup.

Peristiwa di Rwanda pula,pasti lebih menyayat hati apabila ratusan ribu nyawa terkorban disana. saya kira semua sudah sedia maklum mengenai peristiwa berdarah ini.Perperangan yang antara puak hutu dan Tutsiyang liberal ke dalam seratus hari yang cukup melukakan luka yang parah dan masih berdarah sampai ke hari ini. Apa yang paling menyedihkan ialah bagaimana ketika puak hutu sibuk mengasah parang ,memasang paku pada belantan kayu dan bermandi darah saudara senegara dari puak tutsi,pasukan pengaman antarabangsa dibawah panji PBB memaling muka dan meninggalkan Rwanda..800,000 nyawa terkorban setelah mencecah 100 hari.