Friday 18 February 2011

Mensyukuri nikmat islam : Perjalanan yang panjang

Sungguhnya kehidupan di dunia ini adalah bersifat sementara.Kehidupan di akhirat adalah yang kekal dan ianya adalah benar sepertimana yang dijelaskan dalam al-quran.Oleh itu, bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t di atas nikmat islam yang diberikannya sehingga ke saat ini.

Saya rasa bertuah apabila dilahirkan dalam keluarga serta keturunan yang beragama islam.Agama syumul ini adalah agama yang sarwajagat ataupun menyeluruh serta sesuai bagi mana-mana zaman pun sehinggalah ke hari kiamat.  beberapa hari yang lepas, kita baru saja selesai menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, junjungan besar yang membawa agama islam kepada umatnya sehingga ke hari ini berkembangnya agama ini.  Apabila membaca serta mendengar akan kisah-kisah perjuangan baginda serta para sahabat demi menjulang agama Allah ini, membuatkan hati saya agak tersentuh dek kerna bertapa tingginya semangat juang mereka dan bertapa kuatnya pegangan terhadap agama mereka ketika itu. Walaupun tidak pernah melihat serta menatap wajah junjungan besar kita ini, tetapi saya sentiasa berdoa agar suatu masa nanti saya dapat bertemu dengan kekasih Allah itu.Namun, dalam keasyikan mengikuti ceramah perdana yang disampaikan oleh mufti negeri kedah semasa majlis sambutan maulidur rasul yang lalu, membuatkan saya terfikir sejenak akan apakah situasi hari ini bila melihat agama Allah ini seolah-olah dipersenda dan dihina oleh segelintir masyarakat.Hati ini bertambah sedih bila melihat hampir seluruh dunia islam tidak bersatu dan masih berpecah belah.berpuak-puak. Sedangkan ini bukanlah yang diajar oleh rasul serta dituntut agama.

Islam tak pernah ajar umatnya supaya membenci diantara satu dengan yang lain. Islam tak pernah ajar umatnya mencaci serta menjatuhkan maruah orang lain. Islam tak ajar umatnya supaya bermusuh sesama islam. Apa yang saya tahu, islam mengajar pengikutnya supaya sentiasa berkasih sayang, hormat menghormati, serta melakukan perkara-perkara yang baik serta disukai oleh Allah s.w.t. Bergitulah cantiknya islam.

Islam hari ini semakin tercalar kerana ada segelintir pengikut-pengikutnya yang sanggup 'menjual' agama ini demi kepentingan diri. banyak lagi perkara-perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini berkaitan islam yang tak perlu dihuraikan disini. Apa yang pasti, saya sedih dengan senario kini. Selaku muslim sejati, penghayatan islam itu serta perlaksanaannya yang sempurna adalah sebaik-baik insan. Kepada semua, sesungguhnya, perjalanan kita masih panjang untuk sampai penyatuan yang sebenar. Justeru, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri apakah sumbangan kita kepada agama Allah ini?saya turut berpesan kepada diri saya dan anda agar sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t.

Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan allah dan sentiasa dalam rahmatnya. Insya Allah. Marilah kita bersama berdoa kepadaNya agar nikmat islam ini yang dikurniakan kepada kita kekal kepada diri masing-masing sehingga ke akhir hayat dan tidak sekali-kali berpaling daripadanya.mudah-mudahan hendaknya. Amin.

No comments:

Post a Comment