Sunday 20 February 2011

Ekspedisi Mendaki Bukit : Dusun Durian

Perancangan telah disusun sejak malam tadi bersama mak dan jugak sedara yang lain untuk aktiviti pagi ini iaitu untuk pegi dusun durian yang dah lama xjenguk. Seawal pagi tadi jam 8 pagi, saya dikejut oleh mak tuk siap-siap nak ke sana. Memandangkan dusun yang dah lama xdijengah tuh yang memerlukan pendakian bukit, perasaan lemah dan jugak malas menyelubungi diri. Ditambah pula dengan bayangan pacat dan juga memerlukan kekeuatan mental dan fizikal untuk mengharungi semak samun serta penebasan laluan untuk sampai ke puncak, adalah antara perkara yang menambahkan lagi perasaan malas tuk nak ambik port!

Tapi, berbekalkan semangat serta keazaman yang tinggi untuk memastikan kesihatan apabila pendakian dilakukan, maka digagahkan jua diri ini untuk ke sana. Selesai bersiap dengan parang dan juga peralatan lain termasuklah air minuman, maka rombongan kami 2 buah kereta pon bergeraklah ke dusun yang letaknya di batu kurau,Perak.

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 40minit untuk sampai ke sana agak membosankan apabila melihat persekitaran yang berpandukan hutan simpan di kiri dan kanan sebelum sampai ke sana sebelum menempuh suasana kampung selepas itu. Sebaik saja sampai dikaki bukit,kami mengambil 'feel' dulu dan juga menghirup udara nyaman sambail melihat keindahan alam semulajadi iaitu pemandangan air terjun dan kawasan perkelahan disitu sebelum sempat mendaki. Kebetulan, kawasan di kaki bukit berkenaan adalah kawasan perkelahan dan untuk mandi di lata yang airnya sangat jernih dan belum tercemar serta kesejukan airnya sangat mengujakan.

Kami memulakan pendakian tepat jam 9.30pagi. Pendakian yang diketuai oleh saya sendiri, terpaksa berhenti beberapa tempat sebelum sampai ke destinasi yang ditujui memandangkan pasukan pendakian kali ini semuanya telah lama tidak mengikuti 'kursus latihan senaman/aktiviti sukan/apa-apa aktiviti kesihatan'. hahaha..termasuklah saya sekali. Kepenatan dan tercungap-cungap ahli yang lain juga terpancanr jelas di wajah masinh-masing.

Satu rahmat dan nikmat, hasil daripada pendakian ini satu himah diperolehi apabila melaluinya, kami sekeluarga dapat mengeluarkan peluh yang mampu menyihatkan badan. Sebaik sahaja sampai di kawasan dusun ini, kami mendapati kawasan dusun adalah tidak memuaskan. Semak samun mula menyelubungi kawasan dusun. Maklumlah, dusun ini seingat saya sudah hampir 3 tahun tak dikunjungi. Tanpa berlengah, semua ahli pasukan memulakan misi bagi membersihkan kawasan sekitar. Bila melihatkan dangau tempat yang disediakan dulu ketika menanti durian luruh, telah tersenget dek kerna salah satu kaki dangau berkenaan telah mereput akibat dimamah anai-anai, kami menarik nafas panjang melihatkan salah satu aset yang ditinggalkan tersadai seperti ini yang tiada penjaganya.

Dalam pada skuad kami membersihkan kawasan sekitar dangau berkenaan, nampak jelas disetiap pokok durian ada mengeluarkan putik durian yang dijangkan pada bulan April nanti akan mula meluruh. Kunjungan kali ini, walaupun durian masih lagi belum dapat dipungut hasilnya, tapi kami sempat membawa pulang hasil dari dusun berkenaan seperti pucuk paku dan juga daun sayur yang sempat dipungut oleh pasukan kami. Sebaik sahaja selesai operasi membersihkan kawasan sekitar, kami sempat berehat sebentar sambil membelek-belek kaki masing-masing kalau-kalau ada disinggahi oleh sang pacat yang jahat! ternyata, sangakaan kami memang benar belaka. Dengan asyiknya sang pacat yang malang telah menghisap darah di kaki saya!! Seperti kata orang tua-tuan, ajal da dekat bagi sang pacat itu. ;P

Tepat jam 12 tengahari, para pendaki mula menuruni bukit dan meninggalkan dusun durian. Sebaik saja sampai dikai bukit, tanpa membuang masa lagi, aktiviti seterusnya adalah menikmati kesegaran air terjun lata yang jernih lagi mempersona. Sayang sekali bila saat-saat itu tidak dapat dirakamkan dalam sebarang kamera ataupun telefon bimbit untuk kenang-kenangan.

Selesai saja mandi manda, kami bersiap-siap untuk berangkat pulang. Kami akan mengaturkan lagi program untuk datang semula ke sana dalam masa sebulan akan datang. Pada masa berkenaan, dijangka persiapan yang lebih rapi akan dibuat bagi membersihkan kawasan serta memungut hasil jika punya rezeki! ;P

No comments:

Post a Comment