Assalamualaikum semua!
dah lama xupdate entri blog nih... kali ni aku cuma nak ajak kawan2 semua supaya jom ramai-ramai kita sertai pertubuhan warisan alam sekitar malaysia. persatuan nih merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan ROS dan sah. objektif pertubuhan nih mengenai menjaga warisan alam sekitar dan banyak aktiviti yang dijalankan untuk memupuk kesedaran dikalangan sekolah, IPT, komuniti tentang kepentingan menjaga alam ini untuk kita dan generasi akan datang. Sayangilah alam ini, kerana ianya merupakan anugerah allah buat kita semua. Jom mulainya sekarang.
Saturday, 30 May 2015
Tuesday, 3 February 2015
Hak organisasi yang sering dipinggirkan
Kita sering mendengar di sana-sini sama ada didada-dada akhbar, majalah HR, komentar, rencana dan media sosial serta dikebanyakkan perbincangan tentang organisasi, majoriti yang disentuh adalah berkaitan pekerja, keutamaan pekerja, pekerja berkualiti, hak pekerja dan sebagainya. Jarang sekali kita dengar dan baca mengenai hak organisasi. Pada aku, yang juga kerja makan gaji sememangnya aku mahukan hak aku dan juga memperjuangkan hak selaku pekerja diutamakan. Dalam banyak hal, kita seringkali membincangkan topik tentang tanggungjawab majikan terhadap pekerjanya dan kita seringkali juga membaca dan amat bersetuju tindakan-tindakan 'gila' bos yang mewakili majikan organisasi kita terhadap pekerja sepatutnya dikenakan hukuman setimpal.
Pun begitu, tidaklah ramai yang membicarakan tentang hak organisasi. Kita lebih gemar membicarakan dan mengupas tentang tindakan memaki atau menjatuhkan maruah kakitangan dikhalayak merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan sebolehnya mahukan majikan terbabit dikenakan tindakan berat dan cepat. Jarang sekali kita menganalisis tentang sebab dan mengapa ianya terjadi dan jauh sekali kita mengkaji untuk mengesan apakah punca kepada perkara ini. Kebanyakkan kita akan terus menyokong pekerja dan menyentuh tentang soal kemanusiaan yang menyatakan bahawa tidak sepatutnya pekerja diperlakukan begitu oleh majikannya.
Hari ini aku nak sentuh sikit mengenai hak organisasi dan majikan yang mewakili organisasi. Sebagai contoh, di sebuah organisasi seorang pengurus bahagian pengangkutan telah membuat permohonan supaya 1 buah lori berkapasiti 5 mt diselenggara bagi menghadapi persiapan musim tuaian padi. Alasan penyelenggaraan berkenaan untuk memudahkan kerja-kerja mengangkut padi dan dapat menjana pendapatan kepada bahagian pengangkutan. Kos terbabit adalah sebanyak RM 5k. Sebaik saja lori selesai diselenggara dan Pengurus Besar memberi kelulusan peruntukkan, lori berkenaan tidak bekerja untuk mengangkut padi sepertimana yang dinyatakan oleh pengurus bahagian sebelum ini. Apabila ditanya, pengurus bahagian berkenaan mula memberi alasan tentang ketiadaan pemandu lori dan kini usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan pemandu. Setelah 1 minggu berlalu, pengurus besar kembali bertanyakan kepada pengurus bahagian tentang mengapa lori berkenaan masih belum memberi sebarang pendapatan sedangkan penyelenggaraan telah dilakukan dan pemandu lori telah diperolehi? sekali lagi alasan dikemukakan ialah roadtax lori telah tamat tempoh! maka sebagai penyelesaian, pengurus besar minta supaya pengurus bahagian renew segera roadtax dan setelah roadtax diperbaharui lori berkenaan masih lagi tidak berfungsi dan apabila tnya soalan sama, pengurus bahagian berkenaan menyatakan bahawa tayar lori mengalami masalah yang memerlukan ianya diganti sebagai syarat untuk membolehkan lori berjalan. Apabila tayar ditukar, lori masih lagi tidak berjalan, dan kali ini pengurus bahagian memberi alasan sekali lagi tentang ketiadaan penyangkuk untuk menutup bahagian belakang lori pula yang menyumbang kepada masalah! sehinggalah kepada kemuncaknya, apabila ditekan bertubi-tubi, kali terakhir alasan yang dikemukakan adalah tentang bateri lori pulak weak dan perlu ganti. Kemuncak kesabaran pengurus besar dalam soal ini sudah tidak boleh dibendung lagi sehinggalah pengurus besar berkenaan bertempik dan menyatakan beliau tidak mahu lagi mendengar sebarang alasan melainkan mahu melihat lori berkenaan menjalankan kerjanya keesokkan hari atau pengurus bahagian terbabit akan dikenakan tindakan tegas!
Baru lah lori berkenaan mula melaksanakan kerja-kerja pengangkutan pada keesokan harinya tanpa sebarang masalah yang ditimbulkan lagi. Apa kesimpulannya di sini? dapatlah kita fahami bahawa sebenarnya tidak ada lain alasan melainkan pekerja itu sendiri yang mencipta alasan demi alasan bagi membolehkan beliau tidak dibebani kerja atau tugasan yang lebih! Apabila pengurus besar bertindak secara terbuka maka pekerja atau sesiapa jua yang hanya faham pada ketika lentingan pengurus besar berkenaan akan mula membenci pengurus besar dan menyatakan bahawa tindakannya adalah tidak patut dan hanya menampakkan sifat diktator. Tidak ada yang mula mengkaji mengapa dan kenapa tindakan pengurus besar berkenaan sedemikian. Banyak lagi kes-kes yang lain yang menunjukkan sikap pekerja itu sendiri yang banyak mengundang kesan buruk terhadap dirinya sendiri tetapi cuba dialihkan perhatian itu dalam konteks simpati dan cuba menyalahkan organisasi dan majikan. Oleh kerana, organisasi tidak ada sebarang pembelaan maka selamanya organisasi dan majikan akan dipersalahkan dan diagungkan pula adalah pekerja!
Tidak ada yang bercakap atau mahu mempersoalkan tentang masalah disiplin pekerja yang sering datang lewat ke pejabat. Tetapi sebaik saja tindakan seperti show cause letter diberikan, maka mulalah pekerja terbabit mengungkit kononnya bakti yang dicurahkan selama ini tidak diambil kira oleh organisasi, cacian dan makian mula dihamburkan kepada majikan dan organisasi yang memperlihatkan beliau seolah-olah sedang diainaya. Sudah tentu keadaan ini tidak adil kepada organisasi. Secara tidak langsung hak organisasi dipinggirkan sama sekali. Dalam kalam yang akhir, saya mengajak diri saya dan kalian agar bermuhasabah diri dalam keadaan kita mahukan hak kita diperjuangkan jangan kita lupa organisasi juga perlu diberi hak sebaiknya dengan adil. Marilah kita mencari pemuafakatan dalam berorganisasi supaya mewujudkan keharmonian dalam berorganisasi. Insya Allah.
Wallahua'lam.

Wednesday, 31 December 2014
Bukannya mudah mengubah pemikiran manusia
Assalamualaikum wbt,,. Dah lama aku tak update entry di blog aku nih. Boleh jadi sebab xsempat macam kawan-kawan lain yang selalu update di blog masing-masing. Tahniah semua. Aku curi-curi untuk tulis sikit harini sebagai panduan dan juga bebas untuk semua yang membaca entry nih untuk bagi pandangan dan komen.
Harini aku nk tulis sikit saja pasal macamna usaha untuk mengubah pemikiran manusia sekeliling kita supaya berubah daripada negatif kepada lebih positif. Ceritanya boleh jadi pernah terjadi pada korang semua ataupun pada yang belum pernah laluinya, boleh jadikan panduan ataupun mencari kaedah penyelesaiannya untuk atasi perkara ini. Pernahkah korang cuba untuk mengutarakan sesuatu idea yang pada fikiran korang baik tetapi ditolak oleh sebahagian besar ahli pasukan/organisasi korang? Lepas tuh korang, nekad untuk teruskan dengan idea tuh dan akhirnya terbukti berhasil! pernah?
Kalau pernah, mungkin korang sendiri tau macamna rasa keperitan dan kemanisannya melalui pengalaman seumpama ini. Untuk rekod, aku pernah lalui pengalaman berharga seperti ni dalam tempoh perkhidmatan pekerjaan. Ada banyak contoh, tapi cukuplah aku kongsi satu contoh saja dengan semua. Bukan tujuan tulisan nih nak bagitau seluruh dunia yang aku hebat atau apa, tapi untuk share dengan semua supaya lebih rasional dan berfikir di luar kotak. Awal taun nih (2014), office kami putuskan untuk laksanakan projek padi yang melibatkan para peladang. Apabila ianya bakal dilaksanakan, aku cadangkan supaya setiap transaction pengeluaran tunai perlu dikenakan caj 1% kepada peserta projek sebagai caj perkhidmatan kerana kerja-kerja pentadbiran termasuk menyerap kos yang terpaksa ditanggung oleh office aku akibat caj oleh bank. Bila aku utarakan idea untuk mengenakan caj perkhidmatan ini, majoriti seluruh pasukan kerja aku menolak dengan alasan akan menerima risiko peserta projek akan bertindak keluar daripada menyertai projek. Lagipun, tambah mereka mereka berpendapat, kos berkenaan biar saja office tanggung demi menjaga hubungan dengan peserta projek supaya tak terjejas. Mereka semuanya cadang kalau aku tetap nak laksanakan juga, perlu buat musim penanaman padi akan datang supaya bagi masa kepada peserta projek terlebih dahulu.
Oleh kerana aku punya idea ditolak, namun aku nekad untuk teruskan idea aku tu untuk di implementation. Aku cukup yakin, office xsepatutnya tanggung kos yang dikenakan oleh bank kerana wang yang dikeluarkan itu adalah kepunyaan peserta projek. Tak adil office pulak yang kena tanggung kos ini. Hujah aku lagi, kalau kita gagal perkenalkan caj ini, maka kita akan selamanya tak mungkin dapat perkenalkannya lagi kerana akan dijadikan perbandingan oleh peserta projek bila tiap kali cadangan ini dikemukakan untuk dilaksanakan. Maka aku berhujah bahawa masa permulaan inilah kita wajar perkenalkan. Dan akhirnya polisi ini dilaksana. Tiap kali sembahyab aku berdoa pada tuhan supaya pandukan dan bantu aku kerana membuat keputusan sendirian dengan meminggirkan keputusan secara musyawarah. Alhamdulillah, syukur pada Allah polisi ini diterima ramai dan berjaya malah berkesan pula apabila dijalankan. Selepas itu, ramai dikalangan pasukan kerja mula menzahirkan rasa lega dan menjadi orang paling kuat menyokong idea yang pernah mereka tolak sekerasnya satu masa lalu.
Kesimpulannya, bukannya mudah nak ubah pemikiran manusia. Sehinggalah mereka melihat dahulu akan hasilnya. Pada aku, sesuatu pemikiran atau tanggapan manusia itu akan berjaya meresapi kepada yang lain adalah apabila mereka berjaya mengatasi keraguan dan menangani persepsi negatif kepada sejauhmana rasional melalui fakta dan hujah. Bukannya berdasarkan persepsi semata-mata tanpa fakta dan auta.
Selamat berfikir dan sedia terima pandangan anda. wassalam.
Friday, 20 September 2013
Manusia mula mencari Tuhan ketika dalam kesusahan,
Sudah menjadi lumrah buat manusia ketika mereka merasakan diri sudah bergitu berjaya, mereka seakan terlupa bahawa yang Maha Kuasa sedang memerhatikan tingkah laku mereka. Seolahnya mereka ini apabila sudah mencapai sesuatu kejayaan ada diantaranya yang lupa untuk memanjatkan kesyukuran yang teramat kepada Allah yang menurunkan rezeki kepada hamba-hambaNYA.
Bagi sesetengah manusia, mereka ini apabila sudah mengecapi nikmat dunia, mereka biasanya menjauhkan diri daripada Allah s.w.t. Sedang mereka lupa bahawa kenikmatan yang diperolehi itu hanya sementara dan tidak kekal. Lupakah mereka ini tentang bagaimana kayanya karun? hebatnya firaun? Tetapi persoalannya berapa ramai diantara kita yang sentiasa bermuhasabah diri dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas nikmat yang diberi selama ini? Ketika aku mula menulis entri ini, aku melihat keadaan sekeliling yang menyumbang kepada perkara ini. Padahal, apabila kita (manusia) apabila ditimpakan musibah atau perkara buruk, manusia akan mula mencari tuhan!
Allah s.w.t merupakan pencipta yang maha pengasih lagi maha penyayang kepada makhluknya. Tetapi agak kesal, apabila makhluk mula mencari tuhan bila didatangkan kepada mereka akan sedikit ujian kesusahan. tetapi manusia mula mencari keseronokkan tanpa memikirkan tuhan dalam perbuatan! Seolah-olah melakukan sesuatu perkara yang menyalahi tuntutan agama merupakan suatu perkara biasa dan tidak perlu mempunyai perasaan takut atau gementar.
Aku ingin mengajak semua kawan-kawan yang membaca entri ini termasuk aku yang menulis, jom kita muhasabah diri apakah sewaktu kita mendapat sesuatu nikmat keseronokkan atau sebagainya kita ingat kepada Tuhan. Dan mengapa apabila kita menerima berita kematian, kesusahan, hadapi masalah dalam kehidupan kita sangat-sangat mengingati tuhan. Jika kita pernah lalui perkara ini, marilah kita sama-sama bertaut kepada Allah swt sama ada ketika susah mahupun senang. Wasalam.

Saturday, 24 August 2013
Insurans Perlindungan
Seperti biasa aku mulakan dengan salam dan selawat kepada nabi s.a.w dan memanjatkan rasa syukur kepada Maha Pencipta yang masih memanjangkan umurku hingga saat ini dan mesih meneguhkan hati dan imanku kepada agama Islam. Mudah2an nanti jika diizinkan Allah, akan ku mati dalam agama suci ini, insya Allah.
Bukan senang aku nak update blog-blog aku sekarang nih. Maklumlah, sejak kebelakangan nih, memang banyak sungguh keja yang terpaksa dibuat. Kalau tengak pada rakan blogger lain, diorang memang boleh dikatakan blogger yang aktif dengan entri-entri terbaru diorang. Aku nih boleh dikatakan blogger yang hanya update bila punya kesempatan macam sekarang nih. (sebelum masuk bilik air mandi dan persiapan solat maghrib),,hihi..
Kawan-kawan, di sini aku nak update sikit pasal insurans perlindungan. Ya, aku sedar yang tajuk ni bukanlah suatu benda baru, memang dah agak season dah pun,, hihi.. tapi aku nak tulis jugak. Cerita pasal insurans perlindungan diri. Tanggal 14.08.13 lalu, aku nekad untuk ambik insurans perlindungan diri. Kesedaran ini muncul sebab lihat ramai kawan-kawan dan saudara-saudara aku yang banyak jatuh sakit atau kemalangan tapi xpunya cukup kewangan untuk biayai kos perubatan. Akibatnya, mereka terpaksa dapatkan rawatan di hospital kerajaan yang dilihat agak kurang memuaskan dari segi treatment.
Jadi, hasil keputusan ini, aku amik untuk diri aku bukan dengan niat untuk dapat sejumlah wang jika aku ditimpa musibah, tapi untuk persediaan jika aku ditimpa musibah. Perbetulkan niat untuk ambik insurans. Ramai yang masuk insurans rasakan diri mereka dah pun selamat dari segala-galanya. Salah tu. Ini semua ketentuan Allah swt. Ramai jugak yang masuk insurans nih kerana dah pun target untuk dapatkan sejumlah wang yang banyak bila sakit atau sebagainya. Jika anda telah amik insurans dengan niat yang macamni, jangan mengeluh suatu hari nanti kenapa penyakit datang silih berganti pada anda!! Bukankah niat akan menterjemahkan tindakan?, jadi tanya diri soal iman masing-masing. Sebab itu, aku bila nekad amik insurans, bukan kerana berharap untuk dapatkan duit atau keuntungan, tapi niat untuk dapat ringankan kos rawatan jika ditakdirkan suatu hari nanti aku jatuh sakit atau sebagainya. Jika tidak, aku pohon supaya Allah peliharalah kesihatanku agar dapat terus menjadi hambanya yang bersyukur dan beriman kepadaNYA insya Allah.
Oh ya,, mungkin ada yang bertanya syarikat insurans mana yang aku pilih? hehe,, aku masuk Great Eastern Takaful. Untuk makluman, masa Great Eastern Takaful nih melaksanakan sistem konvensional, aku dah pun masuk waktu tu. Seingat aku masa aku keja swasta lagi, sekitar tahun 2007 macam tu. Tapi, aku berenti setahun kemudian sebab rasakan yang insurans tak penting waktu tu. ya lah, kan masih muda remaja lagi,,hehe.. tapi sekarang, alhamdulillah, bila dah beralih pada takaful, lagipun pengalaman kawan-kawan dan saudara-mara, menginsafkan aku. Aku sedar tak punya banyak wang untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital pakar swasta yang menelan kos puluh-puluh ribu misalnya, jadi aku pilih untuk sertainya. Lagipun, dengan takaful nih dijalankan secara islam dan dikeluarkan zakat pula, lebih meyakinkan aku kepadanya.
Buat kawan-kawan yang masih belum masuk mana-mana insurans, buatlah pilihan tepat dan yang penting, mengikut syariat islam. Insya Allah.

Thursday, 22 August 2013
Kak,,, profesional lar sikit,,
Assalamualaikum wbt.,
SUdah jadi tabiat manusia yang nak buat yang terbaik dalam semua perkara. Kadang-kadang kita lupa bahawa tindakan-tindakan yang kita lakukan demi untuk capai kebaikan yang diinginkan tuh telah mengguris hati orang lain. Menyebabkan tindakan-tindakan kita tu nampak seperti cuba untuk menuang pasir dalam periuk nasi orang. Malah yang lebih teruk lagi, bila tindakan kita bila tiap kali berhadapan masalah, kita cuba pindahkan kesalahan tu pada orang lain supaya di mata bos atau orang atasan kita, yang kononnya kita ni terbaik dan tak pernah buat silap.
Menyentuh kepada perenggan mukadimah di atas tadi, aku ada sikit pengalaman yang cuba nak dikongsikan bersama dan terbuka untuk perbincangan,ulasan,komen dan pendapat daripada anda semua yang membaca entri ni. Ianya berlaku baru lagi,,minggu lepas. Puncanya, bila aku terima satu surat daripada cawangan lain, satu organisasi yang menulis surat kepada bos kami. Surat berkenaan ditulisnya kerana ingin menjelaskan punca cawangan dia tertunggak untuk buat bayaran pinjaman. Surat tu telah disalinkan kepada cawangan aku dan juga ke HQ. Apa yang dikesalkan apabila surat berkenaan isi kandungnya menyalahkan cawangan aku bulat-bulat yang menyebabkan cawangan dia gagal bayar pinjaman? banyak alasan yang dikemukakan pada pihak atasan kononnya cawangan aku gagal buat bayaran pada cawangannya hinggakan menyumbang kepada kegagalan cawangan dia untuk jelaskan pinjaman.
Sedangkan alasan-alasan yang ditulis dalam surat berkenaan tak lebih daripada untuk memindahkan kelemahan diri kepada orang lain. Dalam soal ini, dia nak pamerkan seolah-olah dia tak pernah bersalah. yang bersalah adalah orang lain. Setelah meneliti surat berkenaan, aku merasakan bahawa keperluan untuk aku jawab semula surat berkenaan dan menjelaskan kedudukan sebenar kepada pihak atasan. Tanpa bertindak seperti dia yang terang-terangan kepada orang lain dengan tidak punya fakta melainkan alasan dan tuduhan, aku telah meletakkan fakta dan menjaga profesionalisme dalam melayani surat berkenaan.
Dalam kerja ni, aku turut menasihati diri aku sendiri dan semua, perlu ada profesionalisme dan jangan berdendam. Jika kita punyai sifat suka berdendam dan ada niat jahat pada orang lain, akhirnya ia akan makan diri kita sendiri. Orang yang banyak sangat sifat negatif akan berada dalam kehidupan yang tertekan dan sentiasa xtenteram hidupnya. Sebab, mereka akan bersangka buruk dengan sesiapa sahaja. Tapi kalaulah kita ikhlas dan yakin akan kerja buat kita hari ni betul dan ikut peraturan, jaga hubungan rakan sekerja, insya allah, mungkin lebih luas pertolongan Allah pada kita, insya Allah.
Berbalik pada si dia ni..setelah aku selidik punca disebalik surat berkenaan ditulis, tak lain tak bukan adalah bermotifkan dendam. Yang aku pelik dan hairannya, aku agak kurang berurusan dengan dia ni.. jadi kenapa dia perlu dendam dan benci aku?? kononnya xsuka aku dengan pelbagai alasan. Kononnya kerana aku baru keja dah belagak tunjuk pandai pulak,,,adoiii kak,,apa dosa aku pd kak?sungguh aku xfaham... Kalau ya pun, tolonglah profesional,, ni xprofesional langsung.. aku hormat dia sebab dia lebih super senior dari aku,,tp kalau begini tingkahlakunya,,, hurmmmm,,, - membujur lalu, melintang patah.. ;)

Monday, 19 August 2013
Kemalangan Lagi...Duit Oh Duit
Seperti yang selalu disebutkan 'Malang tak berbau'. Dulu aku agak kurang beri tumpuan dan memperdalam penghayatan kepada perpatah melayu lama ini. Namun, bila pada jumaat lalu, satu insiden yang buatkan duit aku melayang bilamana, persona aku mencium bontot kembara, maka ini petanda yang menunjukkan bahawa malang memang tak berbau.
Makanya, hari ini aku telah pergi ke bengkel kereta dan bincang mengenai berapakah kos yang diperlukan untuk repair semula kereta ni. Anggaran sebanyak RM 1,500. Aduhhh,,, pening kepala aku nak cari duit repair. sakit2. Mana lah baru saja lepas menyambut aidilfitri, dan persediaan untuk masuk semester baru pada bulan september nih pun perlu RM 2k jugak bagi membolehkan pendaftaran semester baru dan subjek dilakukan buat para penuntut UPM seperti aku. huhu.
Selain tu jugak, duit memang banyak untuk dipakai pada masa akan datang. Seperti yang sahabat aku tulis di blognya mengenai majlis perkahwinan rakan kami masa sekolah rendah dulu. Demikian juga aku yang sedang dalam perancangan untuk membina masjid. Insya Allah. Tapi bila banyak sangat keperluan yang mendesak seperti penggunaan kewangan dalam masa terdekat ni,, memang perit betul. Tapi aku anggap ini semua dugaan dan ujian dari Tuhan. Mudah-mudahan ini semua akan ada hikmah disebaliknya.

Subscribe to:
Posts (Atom)