Ketika ramai yang sibuk berbicara mengenai perhimpunan BERSIH 2.0, entri saya memilih untuk tidak menghuraikan mengenainya secara panjang. Sebaliknya entri kali ini adalah berkisar mengenai Projek Lynas yang membangunan kilang pemprosesan nadir bumi di gebeng, Pahang dan sedikit mengenai pertimbangan wajar melalui kewarasan fikiran.
Pada mulanya apabila membaca mengenainya beberapa bulan lalu, saya gak tidak mengambil pusing mengenainya. Sehinggalah perkara ini menjadi semakin serius apabila menerima bantahan daripada penduduk kawasan sekitar mengenai kebimbangan mereka akan kesannya setelah beroperasi kelak, maka saya turut rasa terpanggil untuk mengikutinya dengan lebih dekat. Setelah sekian lama, maka semalam telah disahkan oleh beberapa orang pakar dan ilmuan mengenainya bahawa projek berkenaan akan dipantau rapi dan akan memastikan bahawa segala prosedur dan peraturan dipatuhi syarikat agar kejadian yang tidak diingini tidak berlaku di sini seperti kesan berbahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.
Pastinya, sebaik sahaja mendapat pengesahan pakar mengenai kadar kandungan bahan tercemar adalah diparas terkawal jika projek berkenaan beroperasi kelak, dan disebar luaskan oleh media arus perdana dan tempatan,tentunya memberi sedikit kelegaan kepada penduduk setempat. walaubagaimanapun, ada juga yang masih sangsi akan laporan berkenaan dan masih menganggap ianya pasti memberi kesan sampingan serius dan tak kurang juga ada yang membandingkannya kesan sejarah terburuk di Jepun apabila rektor nuklear negara matahari terbit itu meletup dan tidak dapat dikawal.
Kita selaku rakyat negara ini, pastinya inginkan kemakmuran,keamanan, selamat dan berada disamping keluarga tersayang. Kita juga pastinya mengimpikan untuk melihat tanahair tercinta ini berkembang pesat dan maju. Tambahan pula keyakinan pelabur untuk terus melabur di negara ini secara konsisten dan menunjukkan tahap keyakinan yang memberangsangkan. Namun dalam masa sama, saya juga penuh yakin, pemeliharaan alam sekitar dan juga kehidupan sejagat adalah merupakan keutamaan.
Apabila menyentuh soal kehidupan sarwajagat dan pemuliharaan alam sekitar yang sistematik, pastinya ia menuntut kepada pengorbanan dan juga komitmen yang tinggi bagi semua pihak. Dalam sebarang tindakan pembangunan, seharusnya pihak bertanggungjawab perlu memikirkannya supaya ia menjadi perkara utama. pemahaman kepada masyarakat adalah agenda penting supaya projek yang dibangunkan mendapat sokongan dan juga dalam bahasa metaforanya "restu" rakyat agar sesuatu projek itu berjalan sempurna.
Saya percaya, perancang sesuatu projek dan juga pencetus ilham mempunyai naluri murni untuk membangunkan negara dan juga untuk membawa sesuatu yang sempurna. Namun, bagaimana pula dengan mereka yang kurang maklumat mengenainya? Golongan ini akan diperalatkan dan golongan tertentu akan menggunakan perkara ini sebagai isu politik untuk meraih undi. Memainkan isu yang pastinya membangkitkan kemarahan sebahagian rakyat yang masih samar mengenainya dilihat bakal berjaya untuk menarik golongan ini untuk memihak kepada mereka.
Justeru, aspek pemahaman dan juga penerangan yang telus dan berhemah serta memberi fakta-fakta dan juga data-data yang tepat disamping maklumat sebenar mengenai sesuatu projek yang dilihat bakal mencetus "kontroversi" kepada rakayat, dilihat lebih efisyen dan bakal menangkis tohmahan serta dakyah palsu yang dilemparkan. Hari ini, melalui pemerhatian yang dibuat, ramai mereka-mereka yang sebenarnya tidak tahu pun akan isu dan permasalahan apabila sesuatu isu itu berbangkit atau terjadi, tetapi mereka hanya "ikut-ikut" oleh kerana ramai yang bertindak demikian maka mereka pun rasa terpanggil untuk turut sama. walhal, bagi orang yang berilmu, seharusnya mereka perlu mengkaji dan menilai serta membuat pendirian sediri tanpa menjadi pak turut sahaja yang membabi buta. Sebagai contoh, perhimpunan BERSIH 2.0, ramai diluar sana yang sebenarnya tidaklah begitu mengambil pusing mengenai ketelusan, integriti dan juga prihatin kepada sistem pilihanraya selama ini. Tetapi oleh kerana melihat di Tv, akhbar dan pelbagai saluran media yang berlaku di sana-sini, maka mereka pun mula bertindak sama. Memaki dalam Fb,twitter dan pelbagai medium yang menunjukkan kononnya mereka itu selama ini amatlah prihatin kepada isu bersih dalam pilihanraya ini. Jika diselidik lagi, ada juga yang sibuk untuk perkara sama adalah mereka-mereka yang baru pernah mengundi pertama kali dan ada juga yang tidak pernah mengundi pun, tapi nak tunjuk bahawa prihatinnya mereka kepada perkara ini.
Saya tidak berapa kisah jika pemimpin parti politik tanahair menyatakan untuk menyertai perhimpunan ini atau sebaliknya. Ada yang menentang dan ada pula yang mahu menyertainya. Hal ini adalah kerana, semestinya tugas mereka selaku wakil kepada rakyat untuk menyuarakan perkara itu. tetapi yang menghairankan saya, pada mereka-mereka yang tidak terlibat pun sebagai wakil rakyat, ahli politik bahkan diluar lingkup politik, hanya pengundi biasa, juga sibuk untuk menyatakan sokongan dan meluahkan sesuatu yang teruk untuk penilaian kewarasan akal. Agak lucu buat mereka ini untuk berbahas mengenai kebebasan,demokrasi dll.
Pada saya, untuk menyertai atau sebaliknya adalah hak individu samalah juga dengan menyokong seseuatu idea juga hak individu. Jika fikir kita ianya baik buat kita, maka lakukanlah ia setelah pemahaman yang jelas. Namun, sebelum bertindak maka hendaklah berfikir sejenak dan mengambil sesuatu keputusan itu dengan akal yang waras dan melakukannya dengan pertimbangan yang wajar serta menilai dan mengkaji terlebih dulu daripada menurut dengan membabi buta!
Saturday, 2 July 2011
Monday, 27 June 2011
Meluangkan masa untuk menulis disini
Salams buat semua,
Terutama sekali, agak lama saya tidak menulis diruangan ini untuk meng'update' entri-entri terbaru saya. Kesibukan yang melampaui kebiasaan membuatkan keterbatasan untuk saya menulis di sini seperti biasa. Walaubagaimanapun, saya juga tidak melepaskan utnuk terus mengikuti blog2 rakan-rakan yang telah saya 'follow' ketika saya punya masa untuk menjenggah diruangan saya.
Kalau nak diikutkan, saya juga ingin turut berkongsi bersama anda mengenai pandangan peribadi saya mengenai isu-isu semasa sepertimana rakan-rakan saya yang turut mengulasnya sama ada di blog, fb, twitter dan pelbagai lagi medium untuk menyatakan pandangan mereka. Tetapi apakan daya, masa membataskan untuk saya berbuat demikian. Insya Allah, pastinya saya akan memastikan kedua-dua account blog saya sama ada di blogspot mahupun wordpress.com akan dimasukkan entri-entri mendatang dengan terus ebrkongsi bersama anda yang sudi meluangkan masa untuk membaca penulisan saya. T.kasih.

Friday, 3 June 2011
Coretan semalam
Assalamualaikum dan doa sy pada anda semua sihat dan berbahagia disamping orang yang tersayang.
saya mengikuti beberapa blog yang ditulis oleh rakan-rakan blogger saya dan antara penulisan berkenaan saya membaca suatu artikel yang menulis mengenai saat pemergian orang yang dikasihi dan bermakna buat dirinya. Saya turut bersimpati mengenainya. Saya juga pernah melalui keadaan sama dan pedihnya sangat memilukan. Tak mampu nk menggambarkan dengan kata-kata melainkan mereka yang pernah melalui situasi sama yang dapat memahami keadaan berkenaan.
Buat rakan itu, takziah diucapkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Insya Allah. Kemudiannya, saya berpindah pula ke satu lagi blog yang menceritakan mengenai saat bahagia bagi yang ingin melangkah ke gerbang perkahwinan dan juga melalui majlis pertunangan. Buat mereka tahniah diucapkan.
Menyentuh mengenai penulisan oleh vip yang menyentuh skop politik, saya kira tak perlu disentuh disini. Buat pensyarah saya yang baru mempunyai blognya yang tersendiri dan menghantar email kepada saya untuk melayari blognya, sukacita dimaklumkan yang saya telahpun melayari blog encik dan saya tertarik mengenai skop yang encik nak utarakan dalam blog encik mengenai fluid & lubrication yang biasanya dibincangkan oleh pakar-pakar dalam kejuruteraan mekanikal. Namun, sehingga kini saya masih tertunggu-tunggu update tuan yang terbaru untuk saya turut mendalami ilmu kejuruteraan bendalir itu. Sangat menghargai emangat tuan untuk berkongsi ilmu. t.ksih.
Sementara lain-lain blog yang disinggahi saya, ingin saya nyatakan buat anda yang juga ada diantarannya merupakan kawan-kawan sejak sekolah rendah lagi, bahawa penulisan anda sangat baik dan teruskan berkarya dan insya allah saya akan mengikuti perkembangan penulisan saudara-sauadara semua walaupun, tidak semua yang saya meninggalkan komen.
Di ruangan ini, saya sedang mengumpulkan beberapa input dan juga mencari sesuatu yang ingin dikongsi bersama anda semua. insya allah. Buat semua blogger, selamat meneruskan penulisan anda dengan penuh semangat karyawan dan menjadikan blog-blog anda sebagai sesuatu yang menarik untuk dibaca!

Saturday, 28 May 2011
Tahniah dan selamat pengantin baru
Cuti sekolah kali ini dihiasi dengan majlis kenduri kendara. boleh dikatakan majlis kerja kawen nih berlangsung diseluruh negara. Banyak jemputan yang diterima. Pastinya jemputan berkenaan datangnya daripada rakan, sahabat handai dan juga dari kalangan sanak saudara.
Kepada rakan-rakan yang sudi memberi jemputan kawen mereka kepada saya, terima kasih diucapkan. Dalam masa yang sama, ingin sekali saya mengucapkan, selamat pengantin baru buat anda. Semoga anda menjalani kehidupan bergelar suami atau isteri dengan bahagia hendaknya sehingga ke akhir hayat.
Saya juga ingin memohon maaf kepada mereka-mereka yang melangsungkan perkahwinan mereka hari ini dan esok, kerana tidak dapat hadir ke majlis anda atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun, saya berdoa semoga bahagia selalu hendaknya.
Cuti kali ini juga menyaksikan ramai kawan-kawan lama saya diperingkat tadika mahupun sekolah rendah dan sekolah menengah dan juga diperingkat pengajian tinggi melangsungkan perkahwinan. Selain itu jug, rakan sekerja turut mengambil tempat bagi melangsungkan saat bahagia masing-masing. Tahniah,tahniah dan tahniah diucapkan.
Buat semua, selamat pengantin baru!!

Wednesday, 25 May 2011
Bersama menjaga amanah warisan depan
Ketika mula mendengar lagu warisan anak kecil main api ini, saya mula merenung dan meneliti setiap bait-bait lirik dalam lagu ini. Agak sayu juga apabila mendengar dan menghayati lirik lagu ini. Ianya berkaitrapat dengan hasil sejarah lampau di bumi bertuah ini sehinggalah rentetan beberapa peristiwa hari ini.
Suatu ketika dahulu, bertapa agung dan gahnya kerajaan negeri melaka, apabila negeri kecil ini berjaya melebar luaskan jajahan takluknya sehingga ke tanah jawa dan beberapa negeri di tanah melayu. Keagungan ini bertambah istimewa apabila menjadi tarikan dan keinginan kuasa timur dan barat untuk menguasainya. Kemasyhuran kerjaan agung ini yang diperintah oleh sultan melayu melaka ketika itu bertahan berabad lamanya. Perlabuhan yang sibuk dengan kapal dagang keluar masuk dan berlabuh disamping berurus niaga yang datangnya dari pelbagai pelosok dunia.
Keagungan pemerintahan beraja yang diamalkan sejak sekian lama sejak parameswara lagi, akhirnya lenyap sehingga kini. Kini, negeri yang dahulunya sangat terkenal dan masyhur di dunia, akhirnya hari ini negeri berkenaan tidak bersultan!
Runtuhnya kerajaan negeri melaka yang dahulunya hebat mengenai kepahlawanan dan sistem pertahanan yang mantap sama ada di darat mahupun di air, ketokohan pahlawan melaka yang tiada tolok bandinhnya Laksamana Hang Tuah dan saudara, kepintaran dato' bendahara seperti tun perak, untuk membantu mengukuhkan kekuatan dan kehebatan melaka yang diperintah oleh sultan sehinggakan berjaya menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan kuasa besar seperti china runtuh akibat daripada persengketaan sesama sendiri.
Pembukaan ruang dan memberi peluang kepada orang luar melaka untuk menyerang melaka adalah sesuatu yang akhirnya merugikan bangsa dan diri sendiri. Ya, mungkin kita puas dengan tindak tanduk kita dapat menewaskan musuh dalaman negeri kita, tetapi apakah mungkin kerana itu kita sanggup gadaikan tanahair tercinta ini kepada penjajah?
Bagi menghurai lanjut perkara ini, saya kira ramai yang cerdik pandai yang melawan hujah dan fakta. Tetapi dengan menghayati lagu di atas, bersamalah kita merenung kembali dan memikirkan mengenai tanah air tercinta ini. ;p
Monday, 16 May 2011
Selamat Hari Guru : Berkhidmat untuk kecemerlangan bangsa
Tahniah diucapkan seluruh warga pendidik yang bergelar guru di Malaysia di atas pengumuman sebentar tadi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia mengenai kejutan buat guru-guru seluruh negara dengan pelbagai insentif baru buat anda.
Kenaikan pangkat dengan lebih cepat berbanding kini guru-guru perlu menunggu selama 10 tahun untuk kenaikan pangkat secara timed-based tetapi kini perlu diberi nafas baru apabila laluan kenaikan pangkat guru tidak terhenti kepada DG48 bahkan sehingga ke DG54 setelah sekian lama berkhidmat dalam perkhidmatan.
Pengumuman mengenai kenaikan pangkat pengetua sekolah menengah seluruh negara yang masih DG48 kepada DG52 pastinya melegakan seluruh pengetua dan dianggap sebagi hadiah hari guru yang penuh makna. Demikian juga kenaikan gred daripada DG44 ke DG48 dan DG32 ke DG34 buat seluruh penolong kanan dan HEM diperingkat sekolah rendah dan menengah juga khabar gemibira buat golongan ini yang telah menabur bakti buat anak bangsa. Guru Wibawa dan Pendita Guru juga merupakan pengenalan kepada laluan kenaikan pangkat dalam kerjaya guru adalah sesuatu yang juga membuktikan bertapa kerajaan menghargai jasa dan pengorbanan guru selama ini. Selaras dengan itu, keprihatinan kerajaan ini juga tentunya hasil daripada perhatian dan sentiasa mendengar keluh kesah golongan ini yang sering disuarakan. Kini, memartabatkan profesion keguruan ini dilihat jauh ditinggikan dalam kalangan masyarakat dengan berpandukan kepada guru adalah pekerjaan yang dimuliakan.
Buat seluruh warga guru, dengan pengiktirafan oleh kerajaan ini, saya ingin sekali mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan sentiasa berharap supaya kualiti guru kini juga perlulah selari dengan ganjaran yang diberi. Kualiti ini tentunya datang dari pelbagai aspek termasuk sahsiah guru selaku menjadi model kepada pelajar dan masyarakat. Saya juga pastinya dengan penuh minat ingin juga mendengar supaya suatu hari nanti guru-guru kualiti dilahirkan dengan seramai mungkin disamping guru sejati. Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu!
Subscribe to:
Posts (Atom)