Dunia kanak-kanak sememangnya amat menyeronokkan. Fikir mereka hanyalah seronok,seronok,seronok dan seronok saja. Bangun pagi-pagi dah pikir untuk nak main dah,,sampailah ke petang. Aktiviti seperti tengok tv,cerita kartun,komik,mengayuh basikal dan bermacam-macam lagi aktiviti yang dibuat oleh kanak-kanak.
Sama ada sedar atau tidak, setiap anak-anak kecil itu sebenarnya sedang membawa obor tanggungjawab dan amanah besar untuk dibawa ke masa depan. Tanggungjawab itu adalah untuk memastikan mereka menjadi orang yang berguna suatu hari nanti atau lebih lagi iaitu untuk menjayakan cita-cita mereka yang sejak kecil lagi diidamkan. Maka tugas dan tanggungjawab untuk menjayakan misi anak-anak in i mestilah dibantu dengan penuh yakin dan merangsangkan daripada ibubapa,guru-guru dan rakan-rakan sekeliling.
Bagi ibubapa pula, harapan yang tinggi menggunung pada permata mereka untuk melihat pewaris mereka mengecapi kejayaan yang sempurna adalah menjadi cita-cita setiap ibubapa didunia ini. Kasih sayang yang tidak terhingga ibubapa buat anak kesayangan tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Boleh dikatakan hampir kesemua kemahuan si anak akan sedaya upaya dipenuhi oleh ibu dan bapa masing-masing.Buat mereka yang tidak punya keistimewaan seperti yang saya sebutkan tadi, itu juga sebenarnya tidak melambangkan bahawa ayah dan ibu anda tidak menyayangi anda. Boleh jadi kasih sayang serta perhatian itu diberi dalam sudut yang berbeza buat anda ketika kecil. jadi janganlah berkecil hati serta bersangka buruk pada mereka.
Sejak dari kecil lagi kita diasuh serta dididik untuk menghormati orang tua serta menjaga akhlak serta tingkahlaku untuk memastikan anak-anak mereka menjadi seorang manusia yang tinggi pekertinya. Kita dididik untuk dengan ajaran agama islam yang sempurna serta melatih untuk mendirikan solat,belajar untuk berpuasa serta serba sedikit ilmu fardhu kifayah. Saya juga turut melalui persekitaran yang sama ketika di zaman kanak-kanak dulu. Waktu malam selepas solat maghrib, kena baca quran. Kalau salah kena rotan. punyalah takot kalau-kalau tersalah baca. Selepas pada itu, ketika umur meningkat naik, saya juga dihantar ke sebuah rumah tok guru mengaji quran untuk mendalami bacaan quran itu. Malam-malam berkayuhlah basikal saya dan abang untuk ke rumah tok guru ngaji quran. Ketika itu, semasa diminta untuk mengikuti pengajian quran di rumah tok guru, tiada satu soalan pon yang diajukan pada ibu dan bapa saya tentang mengapa,bagaimana,apa dan lain-lain soalan. Semuanya dituruti dengan penuh patuh.
Di zaman kanak-kanak, sama seperti anak-anak lain, kita akan dihantar ke sekolah bagi menimba ilmu pengetahuan dan yang mana sekolah adalah gedung ilmu untuk ditimba oleh seseorang untuk berjaya. Dimarahi jika melakukan kesilapan. Bahkan akan dipukul jika melakukan perkara-perkara yang tidak menyenangi hati mereka. Jika ada jiran-jiran atau cikgu sekolah melaporkan tentang perilaku kita di luar pengetahuan mereka, maka siaplah balik nanti.huhu.. Tapi semua itu adalah untuk kebaikan si anak. Tidak ada tujuan lain selain itu.
Ibu adalah merupakan insan yang dianugerah tuhan kepada manusia yang tidak tidak ternilai besarnya anugerah berkenaan. Naluri seorang ibu ini biasanya akan memastikan yang terbaik untuk anaknya. Ini tidak bermakna kaum adam tidak mengasihi anak-anak mereka tetapi naluri ibu melebihi itu. Ibu sanggup menahan lapar demi untuk memastikan anaknya cukup makan serta kelengkapan yang lain terdaya mampu olehnya untuk dipenuhi. Jika anaknya meminta tentang sesuatu akan cuba dipenuhi sedaya upayanya. begitulah kasihnya ibu kepada si anak. Memberi ilmu pengetahuan kepada anak melalui penghantaran ke sekolah dan sebagainya, demi meastikan anaknya akan menjadi orang yang berguna suatu hari nanti dan bakal membela keluarga pula. Sanggup berhabis duit untuk menghantar anak masuk universiti serta melupakan keinginan untuk membeli baju baru dan sebagainya demi menghantar wang saku pada anak yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi. Walhal, si anak tadi sedang asyik leka berfoya-foya dan tidak menumpukan pelajaran semasa di pusat-pusat pengajian.
Apakah perasaan si ibu apabila dimaklumkan yang anak mereka tadi didapati tidak lulus pengajiannya?bertapa kecewanya hati ibu ketika itu.hancurnya harapan si ayah. Bagi yang berjaya tahniah diucapkan. Apakah sanggup pula anak yang berjaya ini untuk tidak membalas jasa dan pengorbanan kedua orang tuanya? Sejak-sejak bekerja dengan menjawat jawatan tinggi di kota, sudah tidak ada masa langsung untuk ibu dan ayah di kampung. Sejak punyai kekasih atau isteri yang tinggal di kota, sudah tidak mahu lagi pulang ke kampung dengan alasan sibuk, sedangkan malu untuk diketahui bakal isteri atau isteri yang jauh lebih moden dari kampung tempat asalnya. Masih lagi kedengaran berita-berita didada-dada akhbar mengenai anak mengusir ibunya, memukul orang tua mereka serta tidak mengaku yang orang tua itu ibu dan ayah mereka. Dimanakah nilai seorang muslim yang diasuh serta dididik dengan nilai-nilai murni yang tinggi selama ini?
Inikah balasan dari seorang anak setelah ditumpahkan kasih sayang yang tinggi menggunung oleh ibu dan ayah selama ini? Inikah harga yang perlu dibayar oleh ayah dan ibu setelah membesarkan anak ini dengan penuh kecintaan serta tidak membenarkan seekor nyamuk pun menggigit tatkala kecil? Tidak sehari pon dibiarkan anak ini kelaparan kerana tiada makanan? Jika inilah pembalasan yang diterima setelah pengorbanan yang dicurahkan, layaklah anak ini disamakan dengan si tanggang lagenda lama yang penuh pengajaran bermakna. Bayangkan bertapa hancurnya hati si ibu yang menganggap selama ini anaknya itulah kandil hatinya yang bakal memberi cahaya harapan kegemilangan, namun ia berlaku sebaliknya.
Baru-baru ini saya sempat berkunjung ke rumah seorang teman,dari segi cara dan gaya layanan yang diberi serta adab sopan ketika melayan tetamu, telah jelas memberi gambaran kepada saya akan bertapa berjayanya ibu dan bapa teman ini mendidik anaknya untuk ke arah kesempurnaan hidup. Dari situ juga, saya dapat simpulkan bahawa pastinya ibu dan ayahnya juga seorang yang baik serta mengamalkan cara ketimuran. Alhamdulillah.
Kita sedar bahawa bagi membalas jasa kedua ibubapa tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Caranya adalah dengan memenangi hati dan perasaan mereka. Menggembirakan hati mereka merupakan sesuatu yang perlu dilakukan selaku seorang anak. Hari ini tenaga mereka sudah tidak segagah dulu. Boleh jadi esok,lusa atau bila-bila masa sahaja mereka akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Jadi sementara mereka masih ada, hargailah mereka dan manfaatkanlah kesempatan ini untuk meluangkan masa buat mereka. Melapangkan masa untuk menjenggah mereka di kampung adalah suatu amalan yang sepatutnya dilakukan. Mengambil cuti serta membawa mereka bercuti adalah sesuatu yang baik. mendoakan kesejahteraan mereka adalah suatu langkah seorang anak soleh dan solehah!
Buat mereka yang tidak sempat untuk itu kerana ibu dan ayah ayahnya telah dulu menghadap illahi, iringkanlah doa serta banyakkanlah jariah dan sedekahkan buat mereka untuk bekalan di hari akhirat kelak. Buatlah apa yang patut dan termampu demi kebaikan, kerana kaulah kandil hati ibu yang bakal menerangi segala kegelapan ibu dan ayah selama ini dengan kejayaan dan kecemerlangan kau di dunia dan akhirat. Saya berdoa dengan penuh harapan agar saya dan anda akan sentiasa menjadi anak yang baik kepada kedua ibubapa serta direstui dan berada dalam kasih sayang serta rahmatNYA.
Sunday, 27 February 2011
Sunday, 20 February 2011
Ekspedisi Mendaki Bukit : Dusun Durian
Perancangan telah disusun sejak malam tadi bersama mak dan jugak sedara yang lain untuk aktiviti pagi ini iaitu untuk pegi dusun durian yang dah lama xjenguk. Seawal pagi tadi jam 8 pagi, saya dikejut oleh mak tuk siap-siap nak ke sana. Memandangkan dusun yang dah lama xdijengah tuh yang memerlukan pendakian bukit, perasaan lemah dan jugak malas menyelubungi diri. Ditambah pula dengan bayangan pacat dan juga memerlukan kekeuatan mental dan fizikal untuk mengharungi semak samun serta penebasan laluan untuk sampai ke puncak, adalah antara perkara yang menambahkan lagi perasaan malas tuk nak ambik port!
Tapi, berbekalkan semangat serta keazaman yang tinggi untuk memastikan kesihatan apabila pendakian dilakukan, maka digagahkan jua diri ini untuk ke sana. Selesai bersiap dengan parang dan juga peralatan lain termasuklah air minuman, maka rombongan kami 2 buah kereta pon bergeraklah ke dusun yang letaknya di batu kurau,Perak.
Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 40minit untuk sampai ke sana agak membosankan apabila melihat persekitaran yang berpandukan hutan simpan di kiri dan kanan sebelum sampai ke sana sebelum menempuh suasana kampung selepas itu. Sebaik saja sampai dikaki bukit,kami mengambil 'feel' dulu dan juga menghirup udara nyaman sambail melihat keindahan alam semulajadi iaitu pemandangan air terjun dan kawasan perkelahan disitu sebelum sempat mendaki. Kebetulan, kawasan di kaki bukit berkenaan adalah kawasan perkelahan dan untuk mandi di lata yang airnya sangat jernih dan belum tercemar serta kesejukan airnya sangat mengujakan.
Kami memulakan pendakian tepat jam 9.30pagi. Pendakian yang diketuai oleh saya sendiri, terpaksa berhenti beberapa tempat sebelum sampai ke destinasi yang ditujui memandangkan pasukan pendakian kali ini semuanya telah lama tidak mengikuti 'kursus latihan senaman/aktiviti sukan/apa-apa aktiviti kesihatan'. hahaha..termasuklah saya sekali. Kepenatan dan tercungap-cungap ahli yang lain juga terpancanr jelas di wajah masinh-masing.
Satu rahmat dan nikmat, hasil daripada pendakian ini satu himah diperolehi apabila melaluinya, kami sekeluarga dapat mengeluarkan peluh yang mampu menyihatkan badan. Sebaik sahaja sampai di kawasan dusun ini, kami mendapati kawasan dusun adalah tidak memuaskan. Semak samun mula menyelubungi kawasan dusun. Maklumlah, dusun ini seingat saya sudah hampir 3 tahun tak dikunjungi. Tanpa berlengah, semua ahli pasukan memulakan misi bagi membersihkan kawasan sekitar. Bila melihatkan dangau tempat yang disediakan dulu ketika menanti durian luruh, telah tersenget dek kerna salah satu kaki dangau berkenaan telah mereput akibat dimamah anai-anai, kami menarik nafas panjang melihatkan salah satu aset yang ditinggalkan tersadai seperti ini yang tiada penjaganya.
Dalam pada skuad kami membersihkan kawasan sekitar dangau berkenaan, nampak jelas disetiap pokok durian ada mengeluarkan putik durian yang dijangkan pada bulan April nanti akan mula meluruh. Kunjungan kali ini, walaupun durian masih lagi belum dapat dipungut hasilnya, tapi kami sempat membawa pulang hasil dari dusun berkenaan seperti pucuk paku dan juga daun sayur yang sempat dipungut oleh pasukan kami. Sebaik sahaja selesai operasi membersihkan kawasan sekitar, kami sempat berehat sebentar sambil membelek-belek kaki masing-masing kalau-kalau ada disinggahi oleh sang pacat yang jahat! ternyata, sangakaan kami memang benar belaka. Dengan asyiknya sang pacat yang malang telah menghisap darah di kaki saya!! Seperti kata orang tua-tuan, ajal da dekat bagi sang pacat itu. ;P
Tepat jam 12 tengahari, para pendaki mula menuruni bukit dan meninggalkan dusun durian. Sebaik saja sampai dikai bukit, tanpa membuang masa lagi, aktiviti seterusnya adalah menikmati kesegaran air terjun lata yang jernih lagi mempersona. Sayang sekali bila saat-saat itu tidak dapat dirakamkan dalam sebarang kamera ataupun telefon bimbit untuk kenang-kenangan.
Selesai saja mandi manda, kami bersiap-siap untuk berangkat pulang. Kami akan mengaturkan lagi program untuk datang semula ke sana dalam masa sebulan akan datang. Pada masa berkenaan, dijangka persiapan yang lebih rapi akan dibuat bagi membersihkan kawasan serta memungut hasil jika punya rezeki! ;P

Friday, 18 February 2011
Mensyukuri nikmat islam : Perjalanan yang panjang
Sungguhnya kehidupan di dunia ini adalah bersifat sementara.Kehidupan di akhirat adalah yang kekal dan ianya adalah benar sepertimana yang dijelaskan dalam al-quran.Oleh itu, bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t di atas nikmat islam yang diberikannya sehingga ke saat ini.
Saya rasa bertuah apabila dilahirkan dalam keluarga serta keturunan yang beragama islam.Agama syumul ini adalah agama yang sarwajagat ataupun menyeluruh serta sesuai bagi mana-mana zaman pun sehinggalah ke hari kiamat. beberapa hari yang lepas, kita baru saja selesai menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, junjungan besar yang membawa agama islam kepada umatnya sehingga ke hari ini berkembangnya agama ini. Apabila membaca serta mendengar akan kisah-kisah perjuangan baginda serta para sahabat demi menjulang agama Allah ini, membuatkan hati saya agak tersentuh dek kerna bertapa tingginya semangat juang mereka dan bertapa kuatnya pegangan terhadap agama mereka ketika itu. Walaupun tidak pernah melihat serta menatap wajah junjungan besar kita ini, tetapi saya sentiasa berdoa agar suatu masa nanti saya dapat bertemu dengan kekasih Allah itu.Namun, dalam keasyikan mengikuti ceramah perdana yang disampaikan oleh mufti negeri kedah semasa majlis sambutan maulidur rasul yang lalu, membuatkan saya terfikir sejenak akan apakah situasi hari ini bila melihat agama Allah ini seolah-olah dipersenda dan dihina oleh segelintir masyarakat.Hati ini bertambah sedih bila melihat hampir seluruh dunia islam tidak bersatu dan masih berpecah belah.berpuak-puak. Sedangkan ini bukanlah yang diajar oleh rasul serta dituntut agama.
Islam tak pernah ajar umatnya supaya membenci diantara satu dengan yang lain. Islam tak pernah ajar umatnya mencaci serta menjatuhkan maruah orang lain. Islam tak ajar umatnya supaya bermusuh sesama islam. Apa yang saya tahu, islam mengajar pengikutnya supaya sentiasa berkasih sayang, hormat menghormati, serta melakukan perkara-perkara yang baik serta disukai oleh Allah s.w.t. Bergitulah cantiknya islam.
Islam hari ini semakin tercalar kerana ada segelintir pengikut-pengikutnya yang sanggup 'menjual' agama ini demi kepentingan diri. banyak lagi perkara-perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini berkaitan islam yang tak perlu dihuraikan disini. Apa yang pasti, saya sedih dengan senario kini. Selaku muslim sejati, penghayatan islam itu serta perlaksanaannya yang sempurna adalah sebaik-baik insan. Kepada semua, sesungguhnya, perjalanan kita masih panjang untuk sampai penyatuan yang sebenar. Justeru, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri apakah sumbangan kita kepada agama Allah ini?saya turut berpesan kepada diri saya dan anda agar sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t.
Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan allah dan sentiasa dalam rahmatnya. Insya Allah. Marilah kita bersama berdoa kepadaNya agar nikmat islam ini yang dikurniakan kepada kita kekal kepada diri masing-masing sehingga ke akhir hayat dan tidak sekali-kali berpaling daripadanya.mudah-mudahan hendaknya. Amin.

Tuesday, 8 February 2011
KERUNCINGAN DI NEPAL,KESEDIHAN DI UGANDA & PERISTIWA BERDARAH DI RWANDA…
Kira-kira hampir 55 tahun lepas Malaysia telah bebas dari genggaman penjajah dan ancaman komunis. Dalam pada kesibukan menyambut acara-acara kemerdekaan bagi setiap tahun yang pada setiap tahunnya menjanjikan sambutan yang berbeza dan menarik,namun keadaan di Nepal adalah sebaliknya.
keadaan di Nepal adalah berlaku keadaan yang sungguh menyedihkan.Negara ini adalah satu-satu negara didunia yang masih diancam secara serius oleh gerila komunis. Gerila komunis ini dinamakan Maois.mereka bersifat kejam dan menggunakan pembunuhan serta penderaan bagi mencapai matlamat mereka sepertimana yang dilakukan oleh parti komunis di asia pada tahun 60-an dan 70-an.
Selain Nepal,hanya Peru memiliki gerakan Maois iaitu pengganas yang dikenali sebagai " The Shining Path". keganasan dan siri-siri pembunuhan yang sudah semacam menjadi keadaan biasa di sana sehinggakan berlaku pembunuhan sekeluarga keluarga diraja yang memerintah Nepal. sebagai tambahan nota untuk sejarah dan pengetahuan am,nepal adalah satu-satunya negara yang agama rasminya adalah hindu didunia. dalam sejarah negara ini berjaya bebas daripada penjajahan inggeris yanga menguasai india. bagaimanapun,rakyatnya terkenal sebagai gurkha yang menjadi tentera paling setia bagi empayar british suatu ketika dahulu.sebelum kedatangan sebelum kedatangan inggeris,nepal ditubuhkan oleh Pahlawan Hindu. Nepal juga adalah salah sebuah negara yang mundur dan rakyatnya miskin. Akibat daripada persengketaan dan juga serangan komunis yang sering kali mengancam negara ini ditambah pula dengan kekacuan politik yang melanda termasuk skandal salahguna kuasa oleh pihak raja,telah memburukkan lagi keadaan di negara yang terkenal dengan keindahan gunung tertinggi didunia itu. Hanya 15% rakyatnya yang mendapat akses elektrik.kira-kira 500,000 kanak-kanak bawah 14 tahun yang menjadi buruh,sementara anak-anak gadis nepal pula terlibat secara serius dalam industri seks dan banyak yang meninggal dunia sebelum menjangkau usia 25 tahun. hal ini adalah kerana mereka melakukan pengguguran haram. sementara jurang kaya dan miskin sangat luas dan amat-amat jauh sekali. statistik pula menunjukkan 42% daripada 27.7juta rakyat nepal hidup dibawah paras kemiskinan,rakyat marhaen,kira-kira 42.2% daripada populasi Nepal dalah buta huruf dan juga pendapatan perkapita pula hanya US250 setahun.
Di Nepal, tidak ada falsafah " Hati gajah sama dilapah.hati kuman sama dicecah".banyak perkara-perkara yang sepatutnya diberi perhatian bersama bagi seluruh warga nepal,temasuk pendidikanya,sosiopolitiknya,kewanganya,pengurusanya dan berbagai-bagai lagi perkara penting daripada membeli pesawat untuk kegunaan peribadi,serangan hendap yang bertubi-tubi,pergolakan politik yang tidak menentu dan melakukan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan sesebuah negara itu sendiri.
Sementara di Uganda,lain pula ceritanya. Perang saudara yang berlarutan selama 20 tahun masih belum menampakkan tanda-tanda untuk tamat dalam erti kata sebenar di Uganda. jika di Nepal,puak pemberontak dikenali sebagai Gerakan Maois,tetapi di Uganda mereka menderita akibat puak pemberontak yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai " Tentera Pemberontak Tuhan" @ LRA. pasukan ini yang diketuai oleh Acellam Caesar Otto. puak pemberontak ini akan melancarkan serangan-serangan terhadap kerajaan dengan harapan dan cita-cita untuk menggulingkan kerajaan sediada melalui senjata.LRA yang berkubu kuat di utara Uganda,akan masuk menyerang ke kampung-kampung dan mencederakan serta membunuh penduduk awam. mereka akan menculik kanak-kanak kerana kanak-kanak ini mudah dilatih untuk menyertai kumpulan itu.
Puluhan ribu penduduk terkorban dalam perang saudara itu,manakala lebih 2juta penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa bergantung kepada bantuan asing. Negara itu menyaksikan pelbagai kekejaman terhadap penduduk awam seperti pembunuhan,penyeksaan dan penculikan. Wanita dan kanak-kanak dijadikan hamba seks di kubu-kubu LRA.
Amito adalah wanita yang kehilangan 2 saudaranya apabila anggota Tentera Pemberontak Tuhan menyerang kampungnya yang terletak di pinggir bandar Gulu pada tahun 2000. Sementara seorang lagi rakyat uganda menjadi mangsa kekejaman puak pemberontak ini apabila bibirnya dipotong tanpa belas kasihan kerana tidak mahu menyertai LRA.
Perang saudara membuatkan ratusan ribu rakyat uganda terpaksa menjadi perlarian dan bergantung kepada bantuan asing untuk meneruskan hidup.
Peristiwa di Rwanda pula,pasti lebih menyayat hati apabila ratusan ribu nyawa terkorban disana. saya kira semua sudah sedia maklum mengenai peristiwa berdarah ini.Perperangan yang antara puak hutu dan Tutsiyang liberal ke dalam seratus hari yang cukup melukakan luka yang parah dan masih berdarah sampai ke hari ini. Apa yang paling menyedihkan ialah bagaimana ketika puak hutu sibuk mengasah parang ,memasang paku pada belantan kayu dan bermandi darah saudara senegara dari puak tutsi,pasukan pengaman antarabangsa dibawah panji PBB memaling muka dan meninggalkan Rwanda..800,000 nyawa terkorban setelah mencecah 100 hari.

Friday, 4 February 2011
Suasana cuti di kampung
Sempena cuti tahun baru cina kali ini, saya akan pulang ke kampung halaman di Selama, Perak. Percutian kali ni, tiada perancangan untuk ke mana-mana sebagai destinasi percutian dan sebagainya. Cuma sekadar meluangkan masa bersama keluarga dan juga rakan-rakan yang turut bercuti sempena cuti umum ini.
Selebihnya, manfaat cuti yang cuma 4 hari ini, akan diberi kepada aktiviti-aktiviti ke kebun dan juga dusun. Haiii..dah lama tak pegi ke dusun. Seingat saya, terakhir kali saya ke dusun adalah kira-kira 3 tahun lalu. (agaknya, dusun tuh da jd utan x?). Semalam, sebaik saja melalui di kawasan pekan selama, seakan ternampak ada penjual yang menjual durian. Walaupun tak berapa banyak buah yang dijualnya, tapi memberi saya petanda, apakah di dusun saya juga turut mengeluarkan hasil?kena check ni..
Seperti yang sedia maklum, sejak-sejak bekerja ni, masa untuk diluangkan ke kebun dan dusun agak terhad dan seakan tiada masa. Ditambah pula dengan faktor jarak, membuatkan masa untuk menjenggah kebun dan dusun tidak dapat dilakukan tetapi berpindah kepada aktiviti lain. Kebiasaannya, bila balik ke kampung, seawal pagi saya akan ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan dapur yang dipesan mak. Kemudian, setelah itu, kalau ada masa, tumpuan akan ke kebun. Sebelah petang pulak bila dah hampir maghrib, persiapan ke masjid atau surau. Kemudian malam sikit, kalau kawan-kawan balik bercuti, kitorang lepak minum dan sembang-sembang.
Peredaran zaman dan masa telah berlaku. Setiap tahun menjanjikan perkara baru dari sebelumnya. Demikian juga dengan cuti kali ni. Bilangan kawan-kawan yang masih single dan balik bercuti pula sudah semakin berkurangan. Status juga telah bertukar. Kalau dulu, ramai kawan-kawan yang masih berstatus pelajar, penganggur. Tapi kali ni, ramai dah bertukar status kepada pekerja. termasuklah saya. Jemputan kawin juga sentiasa diterima daripada rakan-rakan. INI MENUNJUKKAN YG DIRI DAH SEMAKIN TUA!!! hehe.
Walau apapun, sudah disetkan dalam minda ni, kalau cuti saja, mesti pulang ke kampung. Saya terkenangkan kata-kata seorang teman, katanya "Selagi ada mak bapak, rajin-rajinlah balik tengok diorg". Walaupun kata-katanya berseloroh ketika itu, tp sangat bermakna dan berupa nasihat buat saya dan anda.
Buat pembaca penulisan ini, dikesempatan ini, saya ,mengucapkan selamat bercuti! ;)

Wednesday, 26 January 2011
Zaman Sekolah Rendah
Bagi entri terbaru saya kali ini, saya berkongsi bersama anda di luar sana mengenai kenangan di zaman persekolahan saya. Kalau nak diikutkan, terlalu banyak memori untuk ditulis, tapi kali ini saya memilih untuk berkongsi mengenai zaman persekolahan saya di sekolah rendah.
Saya mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Menteri, Selama Perak. Disitulah permulaan saya untuk mula belajar selepas mengikuti pembelajaran diperingkat tadika selama 1 tahun sebelumnya. Bagi sekolah kesayangan saya ini, kenangan terlalu banyak selama saya di sana. Memulakan hari pertama disekolah berkenaan, tahun 1 saya diletakkan di kelas 1 seri. Kebetulan kami disekolah berkenaan mempunyai 2 kelas. Indah dan Seri. Hari pertama saya dapati ada diantara rakan kelas saya meraung tak henti-henti. Sehinggakan, cikgu seolah berkenaan terpaksa memasukkan puting ke mulut pelajar ini untuk memastikan rakan yang sorang ni diam seketika. Namun, ternyata usaha berkenaan sia-sia belaka.
Masa darjah 1, masih segar dalam ingatan, cikgu yang paling saya takut sekali ialah Sir Lachumanan! mengajar subjek bahasa inggeris. Bayangkan badannya yang besar dan tinggi serta bersuara garau, dah cukup buat saya tak senang duduk dibuatnya. fuhh, bila tiba masa dia saja, saya merasakan masa untuk bergerak terlalu lambat!!!! aduiiii..haha tapi nasibla setahun saja.
Kita tinggalkan sir dengan anak muridnya seketika. Tapi untuk kenangan, cikgu yang paling saya suka sekali ialah cikgu kelas saya ketika itu yang juga mengajar kami dalam subjek bahasa melayu. Tahap ketekunan serta baiknya cikgu ni, cukup membuatkan saya dan pastinya kami sekelas cukup senang dengan cara yang dibawa oleh cikgu Rokiah. Zaman tu, boleh dikatakan, suara cikgu-cikgu akan kedengaran dari luar kelas lagi. (bertapa menunjukkan mereka sangat-sangat ikhlas dalam menyampaikan ilmu.)
Waktu bangun pagi untuk ke sekolah pula, suasana waktu itu agak kelam kabut sikit sebab kami yang perlu ke sekolah 3 orang. Saya,abang dan jugak ayah!! hihi.. Bayangkanlah, jam 6 pagi da kena siap, sebab pakcik yang amik saya dengan abang dengan van akan sampai jam 6.30pagi. Punyalah tension time tuh, manalah nak kena tahan kesejukkan air pagi lagik..aduiiyaii,, semuanya sangat tak perlu diceritakan sebab saya juga pasti anda juga melalui keadaan yang sama bagi yang tinggal di kawasan luar bandar.
Biasanya, my mum akan pakaikan baju sekolah, seluar skolah (time tuh seluar pendek tau..hehe), sikat rambut, bedak n etc. Siap semua, sarapan dan tak lupa time tuh sy bawak bekal! hehe... Air tea dengan nasik goreng ;) .(tetiba je rindu masakan mak..) Da selesai semua, ayah akan bg duet skolah n kami pon akan tunggu pakcik van datang amik kitorang.
Dah sampai sekolah time tuh, seperti hari-hari biasa, persekitaran sekolah time tuh tak seperti sekarang. Sekarang ni, keadaan sekolah da jauh berbeza dari zaman saya bersekolah kat situ. Maklumlah, dunia dah moden kan..Dulu di kawasan antara blok kelas saya dengan bangunan blok darjah 4-6 ada kolam simen yang dalamnya dipelihara kura-kura. Berdekatan kantin pulak, ada dipelihara burung-burung. Da macam zoo la pulak.hihi.. Sakarang da lain dah..Cikgu-cikgu yang dulu pun da banyak da berpencen dan ada juga yang telah berpindah ke sekolah lain.
Antara banyak kenangan di situ, kenangan dengan guru besar sekolah saya yang sorang ni membuatkan saya tak boleh lupa. Kepada bekas-bekas pelajar yang sempat dipimpin oleh cikgu Yahya, mungkin ingat kenangan itu. Cikgu yahya merupakan seorang guru besar pada saya yang sangat dedikasi dan optimistik!
Pada waktu P&P, beliau akan 'round' dari kelas ke kelas. Kalau didapati ada pelajar yang tengah 'main-main' masa cikgu tengah mengajar, on da sport cikgu yahya akan masuk dan tempeleng! agak ngeri. Kerana tanpa disedari oleh guru yang tengah mengajar dan juga murid terlibat., dia akan masuk dan terus tindakan. Masih saya ingat ketika di tahun 6, dia mengajar subjek matematik, just imagine!!.. Tumpuan kena lah sepenuhnya! kang tak pasal-pasal kna lempang kang..Pada saya, walaupun cikgu yahya begitu ianya secara tidak langsung akan membuatkan pelajar akan memberi fokus dan tidak main-main semasa belajar. Perkataan seperti "togol" pada sesiapa yang tak dapat jawab dah popular di sekolah tuh..hihi..
Sementara keletah kawan-kawan saya pulak, ramai diantara mereka ni punyai bakat melukis kartun. Sampai ada yang sanggup beli buku tulis just untuk buat lukisan kartun dragon ball kot!.. siap bersiri lagik,.. Apa yang menarik disekolah saya ketika itu, kami akan sentiasa main 'spelling bee". Walaupun, xda la apa sangat, tapi sungguh baik tuk ejaan dan juga penulisan serta makna. Permainan 'Pepsi Cola' yang pada mulanya hanya dimain oleh beberapa pelajar sahaja, kemudiannya berkembang hampir ke seluruh sekolah dan kelas, sehingga menyebabkan guru disiplin ketika itu mengumumkan permainan tersebut diharamkan. Kepada sesiapa yang ditangkap bermain permainan berkenaan, akan dikenakan tindakan.
Saat mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur dan Melaka, juga punyai kenangan tersendiri. Waktu itu, satu rombongan sekolah untuk ke destinasi seperti Planetarium,Menara KL, Zoo Melaka, dan beberapa destinasi lagik disekitar Kl dan melaka membuatkan saya ketika itu sangat teruja untuk ikuti program berkenaan. Tak banyak gambar-gambar kenangan ketika rombongan yang sempat saya ambil sebagai simpan rekod peribadi saya. Tapi ianya cukup bermakna.
Mengingatkan kembali pada zaman berkenaan, ianya tidak dapat lari daripada saya terus mengingati rakan-rakan saya semasa dibangku sekolah berkenaan. Bagaimana kerjasama dan semangat dalam sekelas, tak mungkin dapat saya lupa. Lepas UPSR dan peperiksaan hujung tahun, aktiviti bebas sebelum bertemunya cuti sekolah ketika itu mewarnai hari-hari persekolahan bagi pelajar tahun 6, 1997.
Setelah itu, setelah melangkah ke alam sekolah menengah, rakan-rakan disekolah rendah semakin membaw haluan masing-masing dan sibuk dengan halatuju tersendiri, membuatkan ianya hanya sekadar berada dalam kenangan lalu sahaja dan tak mungkin untuk diulang kembali.
Banyak lagi memori yang tersimpan dalam ingatan saya ketika zaman itu, dan kalau nk dihuraikan pastinya tak mungkin sama sepertimana yang dilalui ketika itu. Yang pasti, saya amat merinduinya! Jika anda membaca entri ini yang agak serabut dan sukar untuk difahami, saya minta maaf, kerana fikiran dan tangan saya pantas untuk nk taip setiap apa yang terlintas difikiran ketika saya sedang mengimbas kembali zaman itu. Begitulah banyaklah kenangan yang saya ingin tulis disini.
Insya Allah, saya akan berkongsi perkara lain pula pada entri yang baru. Bye ;P

Friday, 21 January 2011
PENGALAMAN MERASMIKAN HARI ANUGERAH SRJK(T)
Sebaik sahaja saya mula menulis disini berhubung tajuk di atas, ianya telah mengingatkan saya kembali kepada pengalaman kira-kira tiga tahun lepas. Saya tentunya ingin berkongsi bersama rakan-rakan saya di luar sana berhubung pengalaman yang tak mungkin dapat saya lupakan ini.
Semuanya bermula sewaktu saya masih bertugas di salah sebuah syarikat perladangan suatu masa dahulu, apabila saya dijemput oleh salah sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan tamil untuk majlis perasmian hari anugerah sekolah berkenaan. Persekitaran sewaktu itu adalah berkisarkan di kawasan estet yang mempunyai komuniti berbilang kaum dan juga terdapat kemudahan seperti sekolah jenis kebangsaan ini.
Berbalik kepada jemputan berkenaan, masih segar dalam ingatan saya kini pada sabtu ketika itu, tepat jam 9.30 pagi, saya tiba di sekolah berkenaan yang dijadualkan akan dirasmikan pada pukul 10.00 pagi. Sebaik sahaja sampai, saya disambut oleh guru besar sekolah tersebut dan diiringi oleh beberapa guru untuk ke bilik guru besar. Saya turut diberi penerangan ringkas mengenai sekolah berkenaan termasuk pencapaian yang telah diperolehi sepanjang tahun berkenaan. Saya turut tersentuh apabila dimaklumkan oleh guru besar, pencapaian sekolah ini telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Saya turut teruja apabila dimaklumkan seorang telah lulus dalam UPSR. Sangka saya seorang telah mendapat 5A dalam UPSR berkenaan! walaubagaimanapun, ianya sesuatu yang menarik apabila dengan melihatkan keadaan persekitaran sekolah ini, bagi saya ianya sesuatu yang menuju ke arah yang positif. Ditambah pula, melihatkan semangat guru besar yang berjiwa besar ini disokong pula denga kakitangan yang menunjukkan komitmen yang tinggi, saya yakin suatu hari nanti akan ada "bintang" yang boleh digilap hasil daripada sekolah ini.
Menceritakan pengalaman semasa zaman persekolahan guru besar sekolah ini, agak menyedihkan apabila beliau sewaktu zamannya, tidak mampu untuk membeli buku serta peralatan persekolahan lain. Mujurlah, ketika itu, guru besarnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk memajukan pendidikan dan masa depan anak didiknya ketika itu dengan membeli buku tulis, pensil dan beberapa kelngkapan lain demi memastikan beliau ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Hari ini, perkara yang sama dilakukan oleh guru besar terhadap anak didik di sekolahnya. Memahami kekangan yang terpaksa dilalui oleh murid-murid yang ibubapa pelajar adalah tidak mampu, maka menginsafkan nya dan mendorong beliau untuk melakukan perkara sama seperti bekas guru besarnya dulu. "Saya pernah susah, tapi jasa guru besar saya ketika itu yang sanggup mengeluarka duit poketnya sendiri demi membeli buku tulis dan pensil kepada saya kerana mahukan saya berjaya dan hari ini saya telah menjadi guru besar, tak mungkin saya lupa sampai bila-bila"ujarnya. " Sekarang sudah menjadi tugas saya pula untuk melakukan perkara serupa kepada anak didik saya disekolah ini. Kerana harapan saya, mahukan mereka-mereka ini menjadi orang yang berguna suatu hari nanti."tambahnya lagi.
Kata-kata yang keluar dari pemimpin berjiwa besar seperti ini, membuat saya berfikir sejenak, inilah pengorbanan seorang guru dengan sanggup mengenepikan kepentingan peribadi. Sanggup berkorban, demi masa depan dan amanah yang dipikul oleh guru besar yang bakal berpencen tahun depan sewaktu beliau menceritakan kepada saya waktu itu. Dalam fikiran saya, apakah akan ada lagi perasaan dan rasa tanggungjawab ini kepada para guru-guru kini? dan jika pun ada, berapa ramaikah golongan seperti ini?
"Pangkat dan duit ini bukan kita punya. Semua ini "atas" sana yang kasi. Tapi dia kasi untuk kita tolong orang lain" pesan guru besar ini lagi. Semua kata-katanya sewaktu bersembang santainya dengan saya, membuatkan saya menginsafi segalanya. Saya turut dimaklumkan mengenai jumlah murid di sekolah berkenaan, iaitu seramai 50 orang sahaja. Dari darjah 1 hingga tahun 6. Saya diminta untuk merasmikan hari anugerah berkenaan. Saya sempat menjenggah, dan saya tersenyum sedirian kerana dalam sekolah berkenaan, hanya saya, seorang kerani dan seorang tukang kebun sahaja melayu. Sementara yang selebihnya, adalah berketurunan india. Senyuman saya bukannya apa, tetapi saya sedang berfikir apakah bentuk yang akan saya sampaikan ucapan perasmian nanti? Hendak berucap dalam bahasa tamil, sumpah saya tak tahu. Saya mengambil keputusan untuk bertawakal dan berucap dalam bahasa ibunda- bahasa melayu!
Tibalah waktu yang ditunggu. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Kuil, pemuda India Kedah, Pengerusi PIBG sekolah serta para ibubapa pelajar sekolah berkenaan. Ucapan alu-aluan dimulakan oleh guru besar. Hanya ucapan pembuka sahaja beliau berucap dalam bahasa melayu, kemudian beliau meminta izin untuk berucap dalam bahasa tamil. Ucapan terus berlaku rancak oleh guru besar dalam bahasa tamil sambil disambut tepukan gemuruh dalam ucapan berkenaan. Sementara saya pula ketika itu, hanya faham ketika beliau menyebut nama saya sahaja! hehe.. just imagine.. kemudian disahut dengan tepukan oleh ibubapa. Walaupun begitu, saya percaya inilah suasana yang tidak boleh didapati dimana-mana tempat selain Malaysia. Keharmonian diantara rakyat negara ini walaupun berbilang bangsa dan agama tetapi masih boleh hidup dengan aman dan makmur.
Selepas itu, tiba pula giliran saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis berkenaan. Sedang asyik saya mendengar ucapan guru besar (walaupun xpaham..), saya turut terdetik, apakah perkara yang saya nk ucapkan? banyak lagi persoalan yang timbul,, mampukah saya sampaikan dengan sebaik mungkin?sedangkan saya tidak punya pengalaman untuk berucap di khalayak seperti ini dan merasmikan hari anugerah ini. Mungkin ramai di luar sana mengganggap ini suatu perkara kecil. Tetapi jauh dilubuk hati saya, majlis dan pengalaman ini sangat bermakna buat saya!
Saya memulakan ucapan saya dengan memohon maaf kepada hadirin kerana saya tidak mampu untuk berucap dalam bahasa tamil. sambil disambut hilai ketawa hadirin ketika itu. Perasaan gugup bertambah apabila semakin ramai hadirin telah membanjiri di perkarangan kantin sekolah dimana majlis berkenaan diadakan. Setelah selesai memberi ucapan perasmian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan pelajar sebelum penyampaian hadiah dilakukan.
Mengenangkan persiapan yang ditunjukkan oleh pihak sekolah ditambah pula dengan persiapan murid, ianya seakan mengimbas kembali memori saya ketika suatu ketika dulu dibangku sekolah.hehe.
Perasaan terharu mula menyelubungi diri ini apabila pihak pengurusan sekolah sanggup keluar membeli juadah untuk dihidangkan kepada saya. Sesungguhnya, pengalaman ini sangat beharga buat saya. Walaupun, tiada sekeping gambar pun diambil oleh pihak saya ketika itu, namun kenangan itu terlalu indah!
Saya akan berkongsi lagi bersama anda jika berkesempatan dilain waktu! bye .

Subscribe to:
Posts (Atom)