Pada
14 – 15 September 2024 yang lalu, kami telah menyertai satu program anjuran
keluarga besar Tok Ariff Generation (TAG) ‘family gathering’ bagi mengukuhkan
lagi silatulrahim sesama kami iaitu anak cucu cicit tok ariff. Memandangkan
sejak berlakunya covid-19 hingga tahun ini tiada program atau aktiviti keluarga
dibuat sama ada family day atau gathering dilakukan. Ada di antara sepupu yang
telah mendirikan rumah tangga dalam tempoh itu, tidak kurang juga ada yang
telah menimang cahaya mata. Memandangkan kesibukan setiap warga TAG dengan
tugasan masing-masing, agak sukar untuk mengatur dan menyusun program bagi
melibatkan semua ahli keluarga.
Sepupu-sepupu semasa minum petang di tepi pantai
Walaubagaimanapun,
kami tetap berusaha untuk memastikan kesemua ahli keluarga dapat sertai program
atau aktiviti yang dianjurkan. Jika pun tidak, sekurang-kurangnya sebahagian
besarnya dapat sertainya. Maka, kami merancang untuk mengadakan program ‘Family
Gathering’ di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Tarikhnya adalah pada 14 hingga 15
September 2024 baru-baru ini sempena cuti umum pada 16 September 2024. Sengaja
tarikh berkenaan dipilih memandangkan tarikh berkenaan dilihat agak sesuai
memandangkan ianya adalah ‘long weekend’ yang memudahkan banyak pihak dapat
meluangkan masa.
Bungalow tempat kami menginap. Fasilitinya lengkap dan baik Taklimat awal mengenai tentatif program kepada semua ahli keluarga termasuk penetapan bilik masing-masing
Pada
14 September, bermula dengan perjalanan ke homestay yang telah disewa khas
iaitu sebuah bungalow 2 tingkat di Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang mempunyai
kelengkapan yang memenuhi piawaian keluarga besar TAG untuk menghuni disana
selama 2 hari 1 malam. Seramai 25 orang daripada 34 orang telah menyertai
program kali ini termasuk kecik dan besar. Sementara selebihnya tidak dapat
bersama memandangkan kekangan tugasan masing-masing. Alhamdulillah program yang
dirancang berjalan lancar. Sebaik sahaja sampai di bungalow tempat kami
menginap, ianya berdekatan dengan pantai dan juga masjid terapung di sana.
Aktiviti pertama kami sebaik sahaja ‘check-in’, adalah berkumpul diruang tamu
untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh aku sendiri tentang tentatif
program sepanjang 2 hari 1 malam kami di Pulau Pinang.
dari kini : pakcik lie, mak, cuteh, paklang zain dan pakngah ya |
Pada
jam 5.00 petang hari yang sama kami bergerak ke pantai berhampiran untuk
beriadah dan juga minum petang sebelum menjelang malam. Pada malam hari, satu
sesi makan malam keluarga di Lan Ikan Bakar telah diatur dimana tempat kami
menjamu selera. Tempatnya selesa dan makanannya pun boleh dikatakan baik juga.
Selesai makan malam keluarga, kami bergerak kembali ke bungalow untuk
menyambung aktiviti yang telah sekian lama dirancang. Disamping kemudahan di
bungalow berkenaan yang dilengkapi dengan peralatan sukan seperti pool, sahiba,
indoor games, kami juga telah membawa dan menyediakan aktiviti sukan melibatkan
keluarga secara indoor games. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selain
itu, sesi ‘Kenali Daku’ turut diadakan. Sesi ini adalah melibatkan ahli-ahli
keluarga yang baru telah diberi peluang dan ruang untuk memperkenalkan diri
selain memberi peluang kepada ahli keluarga sedia ada untuk lebih mengenali ahli
keluarga yang baharu.
Majlis makan malam keluarga - dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Din
Makan malam dengan memastikan semua ahli keluarga pakai baju family yang disediakan :p
Sebelum aktiviti indoor games dijalankan
Menerusi
aktiviti dan program gathering seumpama ini, kami yakin ukhuwah dan
silatulrahim dalam kalangan kami akan sentiasa terjalin. Pada hari kedua iaitu
hari terakhir kami 15 September 2024. Kami mulakan dengan solat subuh berjemaah
di Masjid Terapung Tanjung Bungah. Program ini hanya melibatkan kaum adam
sahaja. Pada awal pagi sekitar jam 5.30 pagi kami telah bersiap-siap untuk ke
masjid bagi menunaikan solat subuh berjemaah. Alhamdulillah, di kesubuhan yang
hening serta hujan renyai mengiringi solat subuh kami. Selesai solat subuh
berjemaah, kami bergerak terus ke warung sekitar bagi mencari sarapan pagi
untuk dibawa pulang. Menu kami simple saja, roti canai, kuih muih dan nasi
lemak. Tea O dan kopi O menjadi menu sarapan pagi kami.
Selesai
sarapan pagi, ada sebahagian dari kami melayan movie menerusi tv yang ada di
ruang tamu, sementara sebahagian lagi bermain snooker/pool, ada sebahagian yang
lain pula meluangkan masa dengan bersembang dan bertanya khabar dan
aktiviti-aktiviti lain. Tepat jam 10.00 pagi kami sekali lagi berkumpul di
ruang tamu bagi mengadakan Majlis Penutupan Program Family Gathering TAG. Semua
ahli keluarga telah mula mengambil tempat dan majlis pun bermula. Dalam majlis
ini diterangkan tentang program yang telah diadakan dan juga turut menyatakan
hasrat untuk mengadakan Family Day tahun ini yang bakal diadakan pada tahun
hadapan bagi menyediakan cukup masa kepada semua untuk bersedia. Selain itu
juga, majlis ini telah disempurnakan oleh ucapan perasmian penutup oleh Sazali
bin Md Ariff iaitu bapa saudara kami yang bertindak sebagai Presiden Kelab TAG.
. Sebahagian ahli keluarga TAG yang menyertai program Family Gathering kali ini. Sebagi tanda semangat cintakan tanah air ini, kami mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Malaysia!
Sebaik
sahaja selesai, sesi terakhir adalah mengadakan sesi bergambar kenangan bersama
keluarga diadakan sebelum semua ahli keluarga bergerak pulang ke destinasi
masing-masing. Memandangkan masa yang ada, aku bersama keluarga kecil kami ke Lebuh
Pantai dan sekitar art street untuk mencuci mata! selain itu juga, kami turut
mengambil kesempatan untuk makan tengahari – Nasi Briyani Claypot di Restoran
Kapitan @ Georgetown. Masakannya memang kena selera. Sekian sajalah percutian
dan program family gathering kami pada bulan lalu. Insya Allah, jika ada lagi
peluang untuk bonding time bersama family tentu sekali tidak akan kami
lepaskan. Kami amat menghargai setiap detik bersama yang tentunya merakam
memori indah dan tidak ternilai. Hingga bertemu lagi di entry akan datang!
Sekian.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment