Friday 21 January 2011

PENGALAMAN MERASMIKAN HARI ANUGERAH SRJK(T)

Sebaik sahaja saya mula menulis disini berhubung tajuk di atas, ianya telah mengingatkan saya kembali kepada pengalaman kira-kira tiga tahun lepas.  Saya tentunya ingin berkongsi bersama rakan-rakan saya di luar sana berhubung pengalaman yang tak mungkin dapat saya lupakan ini. 

Semuanya bermula sewaktu saya masih bertugas di salah sebuah syarikat perladangan suatu masa dahulu, apabila saya dijemput oleh salah sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan tamil untuk majlis perasmian hari anugerah sekolah berkenaan.  Persekitaran sewaktu itu adalah berkisarkan di kawasan estet yang mempunyai komuniti berbilang kaum dan juga terdapat kemudahan seperti sekolah jenis kebangsaan ini. 

Berbalik kepada jemputan berkenaan, masih segar dalam ingatan saya kini pada sabtu ketika itu, tepat jam 9.30 pagi, saya tiba di sekolah berkenaan yang dijadualkan akan dirasmikan pada pukul 10.00 pagi.  Sebaik sahaja sampai, saya disambut oleh guru besar sekolah tersebut dan diiringi oleh beberapa guru untuk ke bilik guru besar.  Saya turut diberi penerangan ringkas mengenai sekolah berkenaan termasuk pencapaian yang telah diperolehi sepanjang tahun berkenaan.  Saya turut tersentuh apabila dimaklumkan oleh guru besar, pencapaian sekolah ini telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.  Saya turut teruja apabila dimaklumkan seorang telah lulus dalam UPSR.  Sangka saya seorang telah mendapat 5A dalam UPSR berkenaan! walaubagaimanapun, ianya sesuatu yang menarik apabila dengan melihatkan keadaan persekitaran sekolah ini, bagi saya ianya sesuatu yang menuju ke arah yang positif. Ditambah pula, melihatkan semangat guru besar yang berjiwa besar ini disokong pula denga kakitangan yang menunjukkan komitmen yang tinggi, saya yakin suatu hari nanti akan ada "bintang" yang boleh digilap hasil daripada sekolah ini.

Menceritakan pengalaman semasa zaman persekolahan guru besar sekolah ini, agak menyedihkan apabila beliau sewaktu zamannya, tidak mampu untuk membeli buku serta peralatan persekolahan lain.  Mujurlah, ketika itu, guru besarnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk memajukan pendidikan dan masa depan anak didiknya ketika itu dengan membeli buku tulis, pensil dan beberapa kelngkapan lain demi memastikan beliau ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Hari ini, perkara yang sama dilakukan oleh guru besar terhadap anak didik di sekolahnya. Memahami kekangan yang terpaksa dilalui oleh murid-murid yang ibubapa pelajar adalah tidak mampu, maka menginsafkan nya dan mendorong beliau untuk melakukan perkara sama seperti bekas guru besarnya dulu.  "Saya pernah susah, tapi jasa guru besar saya ketika itu yang sanggup mengeluarka duit poketnya sendiri demi membeli buku tulis dan pensil kepada saya kerana mahukan saya berjaya dan hari ini saya telah menjadi guru besar, tak mungkin saya lupa sampai bila-bila"ujarnya.  " Sekarang sudah menjadi tugas saya pula untuk melakukan perkara serupa kepada anak didik saya disekolah ini. Kerana harapan saya, mahukan mereka-mereka ini menjadi orang yang berguna suatu hari nanti."tambahnya lagi.

Kata-kata yang keluar dari pemimpin berjiwa besar seperti ini, membuat saya berfikir sejenak, inilah pengorbanan seorang guru dengan sanggup mengenepikan kepentingan peribadi. Sanggup berkorban, demi masa depan dan amanah yang dipikul oleh guru besar yang bakal berpencen tahun depan sewaktu beliau menceritakan kepada saya waktu itu.  Dalam fikiran saya, apakah akan ada lagi perasaan dan rasa tanggungjawab ini kepada para guru-guru kini? dan jika pun ada, berapa ramaikah golongan seperti ini?

"Pangkat dan duit ini bukan kita punya. Semua ini "atas" sana yang kasi. Tapi dia kasi untuk kita tolong orang lain" pesan guru besar ini lagi.  Semua kata-katanya sewaktu bersembang santainya dengan saya, membuatkan saya menginsafi segalanya.   Saya turut dimaklumkan mengenai jumlah murid di sekolah berkenaan, iaitu seramai 50 orang sahaja.  Dari darjah 1 hingga tahun 6.  Saya diminta untuk merasmikan hari anugerah berkenaan.  Saya sempat menjenggah, dan saya tersenyum sedirian kerana dalam sekolah berkenaan, hanya saya, seorang kerani dan seorang tukang kebun sahaja melayu. Sementara yang selebihnya, adalah berketurunan india.  Senyuman saya bukannya apa, tetapi saya sedang berfikir apakah bentuk yang akan saya sampaikan ucapan perasmian nanti? Hendak berucap dalam bahasa tamil, sumpah saya tak tahu.  Saya mengambil keputusan untuk bertawakal dan berucap dalam bahasa ibunda- bahasa melayu!

Tibalah waktu yang ditunggu. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Kuil, pemuda India Kedah, Pengerusi PIBG sekolah serta para ibubapa pelajar sekolah berkenaan.  Ucapan alu-aluan dimulakan oleh guru besar.  Hanya ucapan pembuka sahaja beliau berucap dalam bahasa melayu, kemudian beliau meminta izin untuk berucap dalam bahasa tamil.  Ucapan terus berlaku rancak oleh guru besar dalam bahasa tamil sambil disambut tepukan gemuruh dalam ucapan berkenaan.  Sementara saya pula ketika itu, hanya faham ketika beliau menyebut nama saya sahaja! hehe.. just imagine.. kemudian disahut dengan tepukan oleh ibubapa.  Walaupun begitu, saya percaya inilah suasana yang tidak boleh didapati dimana-mana tempat selain Malaysia. Keharmonian diantara rakyat negara ini walaupun berbilang bangsa dan agama tetapi masih boleh hidup dengan aman dan makmur.

Selepas itu, tiba pula giliran saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis berkenaan.  Sedang asyik saya mendengar ucapan guru besar (walaupun xpaham..), saya turut terdetik, apakah perkara yang saya nk ucapkan? banyak lagi persoalan yang timbul,, mampukah saya sampaikan dengan sebaik mungkin?sedangkan saya tidak punya pengalaman untuk berucap di khalayak seperti ini dan merasmikan hari anugerah ini.  Mungkin ramai di luar sana mengganggap ini suatu perkara kecil. Tetapi jauh dilubuk hati saya, majlis dan pengalaman ini sangat bermakna buat saya!

Saya memulakan ucapan saya dengan memohon maaf kepada hadirin kerana saya tidak mampu untuk berucap dalam bahasa tamil. sambil disambut hilai ketawa hadirin ketika itu.  Perasaan gugup bertambah apabila semakin ramai hadirin telah membanjiri di perkarangan kantin sekolah dimana majlis berkenaan diadakan.  Setelah selesai memberi ucapan perasmian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan pelajar sebelum penyampaian hadiah dilakukan.

Mengenangkan persiapan yang ditunjukkan oleh pihak sekolah ditambah pula dengan persiapan murid, ianya seakan mengimbas kembali memori saya ketika suatu ketika dulu dibangku sekolah.hehe.

Perasaan terharu mula menyelubungi diri ini apabila pihak pengurusan sekolah sanggup keluar membeli juadah untuk dihidangkan kepada saya.  Sesungguhnya, pengalaman ini sangat beharga buat saya.  Walaupun, tiada sekeping gambar pun diambil oleh pihak saya ketika itu, namun kenangan itu terlalu indah!

Saya akan berkongsi lagi bersama anda jika berkesempatan dilain waktu! bye .

3 comments:

  1. pengalaman swktu sekolah sgt bermaknakan..
    lebih bermakna lg..bila diri ini mersai sendiri apa yg dilalui dalm kehidupan seorg insan ber'title' GURU...syukur~~

    ~happy bloging~

    ReplyDelete
  2. yup....ianya mengingatkan ttg ayah sy lar..huhu..sedey ;(

    ReplyDelete
  3. moga saja..segala pengorbanan dan jasa yg pernah diberikan diingati dan dihargai oleh anak didiknya hingga bila2~~
    guru itu tugas yg sgt mulia~~Percayalah.. Allah pasti sgt sntiasa menyayanginya..=)

    ReplyDelete